Mac and Cheese with Grill Fish

10:17 am

Sapa suka Mac & Cheese? ni memang feveret Kekny. Actually dah lama tak buat. kali ni gabungkan dengan grill fish jadilah Mac and Cheese with Grill Fish.

Mac and cheese ni agak kurang popular di Malaysia berbanding spaghetti bolognese dan carbonara. Di menu restoren pun jarang jumpa. Actually ianya lebih kepada homemeal atau jenis masakan rumah. Ianya versatil, boleh digandingkan dengan apa sahaja, ayam panggang, daging, sup atau macam Kekny buat ni, dengan kepingan ikan dory yang digrill. Dalam tu selalunya digabungkan pelbagai jenis cheese untuk memberi rasa mewah. Kalau budak budak memang suka lah mac and cheese ni.

P8123354ED

Boleh dimakan begitu sahaja atau digandingkan dengan ayam panggang atau kepingan ikan gril. Memang sedap. Ok jom tengok resepi mac and cheese ni..
P8123435ED
P8123434ED

Mac and Cheese

Bahan-bahan 
100 gm macaroni direbus
1⁄4 cawan mentega
3 sudu besar tepung gandum
1⁄2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk lada hitam
2 cawan susu
2 cawan keje cheddar diparut
2 cawan parmesan cheese diparut

Cara penyediaan 

1. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan tepung dan kacau rata. Tuang susu dan kacau lagi sehingga pekat. Ni basic asas kita buat white sauce ye. Biarkan mendidih.

2. Masukkan 2 jenis keju dan kacau rata.

3. Masukkan macaroni, garam dan serbuk lada hitam/putih. Kalau pekat just tambah susu je sikit-sikit. Kacau sehingga rata dan bolehla dihidangkan dengan ayam/ikan panggang dan sebagainya

You Might Also Like

5 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com