Kalau yang mencari rangkaian produk skincare baru boleh lah cuba produk dari Tienna skincare ni. Rangkaian kosmetik Tenna ni sesuai untuk korang yang nak dapatkan kulit gebu, cerah dan nampak berseri. 

P1017020ed

Kalau nak tahu, produk Tienna menggunakan bahan semulajadi seperti buah betik (papaya extract) yang sangat berkhasiat untuk mencantikkan kulit. Ianya juga mempunyai vitamin A, C dan E yang membantu tekstur kulit menjadi lebih halus dan mulus. 

Antara kebaikan produk Tienna ni ialah
  1.  Mengatasi masalah jerawat.
  2.  Mencerahkan kulit yang kusam dan lebih berseri.
  3.  Memutihkan dan mencerahkan kulit.
  4.  Meratakan warna kulit yang tidak rata.
  5.  Meratakan kulit yang tidak rata kerana bekas jerawat.
  6.  Menyamarkan dan menghilangkan flek dan noda pada wajah.
  7.  Menyamarkan dan menghilangkan kedutan.
  8.  Meremajakan dan menyinarkan kulit.

Betik ni sangat berkhasiat dalam merawat masalah kulit dan jadikan kulit lebih berseri dan dan nampak lebih bermaya. Selain tu ianya juga buat kulit kita kurang berminyak dan tak juga kering sangat. Jadi kulit stabil dari segi kelembapannya. Kekny prefer bahan natural macam ni especially dari buah-buahan, something yang kita boleh makan.. jadi rasa terjamin nak guna tu kan sebab tak rasa was was tentang bahan kimia.

Satu set ada Facial Wash, Toner, Day Cream dan Night Cream
P1017025ed

Setiap satu ada functionnya yang tersendiri tau. Sebab tu produk ni dijual secara set supaya kesan pengunnan secara menyeluruh akan lebih menjamin hasil terbaik.  Haaaa dia tak jual asing-asing tau macam produk lain. Kalau produk lain kita selalu beli pencuci muka jenama lain, toner jenama lain, dah caca merba memang tak bagus guna macam tu. Sebab tu Tienna ni datang khas dalam pakej satu set. 

Cara pakai, cuma guna Tienna facial wash setiap kali cuci muka, diikuti toner dan kemudian waktu siang pakai day cream sebelum pakai make up. . Fungsi Day Cream ialah untuk melindungi kulit dari sinaran UV (SPF 30) dan kotoran serta debu yang melekat. Kotoran dan debu tu ada chemical yang kadangkala merosakkan kulit.

Manakala waktu malam pula lepas cuci menggunakan facial wash, dan pakai toner, pakai pula Night Cream. Fungsi Night Cream merangsang kulit untuk memperbaharui sel sel kulit, menghilangkan kedutan dan mencerah kulit. Jadi kombinasi set ni memang perlu jika nak betul berkesan.

Toner selain berfungsi sebagai pencuci deep cleanser, ianya juga berfungsi mengcutkan jerawat yang tumbuh dengan cepat. Yang ni Kekny suka. Sebab kadang jerawat ni tumbuh tak tentu masa. 

Tienna Night Cream pula untuk repair kulit, menghilangkan kedutan, dan mencerahkan kulit. Kena sapu setiap malam ye untuk nampak perubahan pada wajah. Kita pakai produk apa pun kena istiqamah untuk rajin guna.

Ada dua set korang boleh pilih. Kalau nak try dulu boleh ambil

Trial Set
RM 99 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)z
Cleanser 30ml
Toner 20ml
Krim siang 5g
Krim malam 5g
- Tahan sehingga 1 bulan penggunaan

Dah rasa sesuai tu boleh je ambik large set

Large set
 RM189 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)
Cleanser 100ml
Toner 50ml
Krim siang 20g
Krim malam 20g
- tahan sehingga 2 bulan penggunaan






Kesan setelah memakai dapat dirasakan sewal 3 hari bergantung kepada jenis kulit dan masalah kulit yang korang hadapi. Kalau kronik tu janganlah jangka 3 hari boleh selesai masalah kan. Produk ni juga akan mengelupas jika ada sel kulit mati lama di muka sahaja. Jika kulit ok maka tiada pengelupasan. Tapi jangan risau pengelupasan adalah minima dan tidak bahaya sebab nanti keluar lapisan kulit baru yang bersih cantik

Oklah kalau korang rasa nak cuba boleh lah cuba untuk dapatkan wajah yang lebih berseri.

Trial set : RM 99 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)z
Large set : RM189 Postage : RM 8 / RM 11 (SS)

Untuk pembelian boleh hubungi : 
Instagram : Tiennaempire
 Facebook : Tiennaempireofficial
 Whatsapp : 017 6663592
Mesti ramai kat sini peminat durian kan. Buah bermusim, setahun berapa kali saja dapat menikmati buah durian ni. Ramai yang mengidam buah durian ni. Tapi sekarang ni banyak durian yang disejukbekukan, dan juga diprodukkan. Dalam banyak produk durian, ini kali pertama Kekny dengar Kopi Durian!!!

P1017048ed

Durio Coffee ialah minuman white coffee dari durian tempatan Malaysia. Datang dalam paket premix dan senang je nak menikmati secawan kopi durian istimewa ni. Nak nikmati aroma durian segar yang wangi sekarang tak perlu nak tunggu musim durian dah.

P1017031ed




Product Durio Coffe dari  Nature Goodness ni menggunakan 100% Durian Malaysia, iaitu durian terbaik di dunia. Susah sebenarnya tau nak menghasilkan kopi durian ni sebab ada R&D tersendiri yang dilakukan dalam mengekalkan kesegaran aroma durian tu. Isi durian  yang berkualiti iaitu jenis D24 dan Musang King yang digunakan  telah dibeku-kering dan dijadikan serbuk dan kemudian dicampur bersama campuran Ipoh White Coffee yang paling tinggi kualiti dan grednya. Haa gabungan mantap kedua bahan berkualiti dan keduanya ialah kegemaran orang Malaysia makan terhasilah Durio Coffee yang enak ni.

Nature Goodness ada pengktirafan HACCP, ISO, GMP dan juga mempunyai sijil HALAL. Sesuai sangat nak buat hadiah untuk kawan-kawan yang datang dari oversea terutama dari China yang rata rata sukakan durian Malaysia. 

P1017046ed

Bila Kekny try secawan Durio Coffee ni memang terkejut bila aromanya seperti bau durian segar yang kita kopek. Baunya tak kuat tetapi sangat aromatic dan sesuai digandingkan dengan white coffee dan rasa juga sangat sebati. 

Kopi dalam bentuk premix ni dijual pada harga  RM28.80 tapi kalau nak harga discount boleh beli pada harga RM 18.80 di www.tryandbuy.my
LANAFIRA ialah website pakaian muslimah yang sangat trendy. Paparan web yang pantas dan gambar yang menarik dengan jelas dan detail sangat menarik perhatian Kekny nak online shopping disini. Senang je nak pilih busana pilihan sebab maklumat lengkap dan terpeinci tersedia. Selain itu, Lanafira menerima online bank transfer. Jadi mudah lah bagi yang tak mahu guna kredit kad tu untuk membuat pembelian. 



Banyak design yang sangatlah menarik. Paling Keny tertarik, pilihan pakaian muslimah sekarang tidak terhad kepada jubah sahaja. Sekarang kan trend muslimah modern atttire. Jadi Pakaian yang mematuhi patuhan syariah ni banyak  tapi nak cari yang berkualiti menggunakan fabrik yang baik serta tahan lama memang susah. Banyak website jual pakaian dari fabrik yang tidak berkualiti. Bila pakai 2-3 kali baju kain dah rosak. Tapi Lanafira ni selain design yang cantik, kualiti fabrik juga menjadi keutamaan. Ditambah pula dengan harga mampu milik yang berpatutan. Mana nak cari kan !


Kekny sangat suka dengan Mellisa Long Dress. Ada pelbagai warna trendy yang menarik. Cantik sangat Mellisa Long Dress ni. Design simple dan praktikal tetapi sangat sophisticated! Nampak mewah dengan kemasan drapping dibahagian bawah tu buatkan dress ni nampak sweet dan tak jemu dipandang. Kain polos sesuai lah dengan koleksi tudung bercorak, sekarang kan trend tudung bawal bercorak pucci. Memang cantik digandingkan bersama

Ada pelbagai warna untuk Mellisa Long Dress ni. Yang ni warna Mint. Cantik sangat kan!!!!




Dah pilih warna yang berkenan tu boleh lah pilih saiz dan add to cart je dan masukkan maklumat bayaran. Payment macam Kekny cakap tadi, boleh guna credit card atau  online transfer. Pos menggunakan Poslaju ke seluruh Malaysia. Untuk   luar Malaysia boleh hubungi Lanafira terlebih dahulu sebelum buat pembelian.

Selain Mellisa Long Dress, ada banyak lagi busana muslimah moden keluaran Lanafira yang cantik-cantik dan trendy. Rasanya tak jumpa lagi design macam ni dari pengedar pakaian muslimah lain..






Ok kalau nak membuat pembelian boleh ke website 

WWW.LANAFIRA.COM 

Contact : 019-4003755

Sapa suka Mac & Cheese? ni memang feveret Kekny. Actually dah lama tak buat. kali ni gabungkan dengan grill fish jadilah Mac and Cheese with Grill Fish.

Mac and cheese ni agak kurang popular di Malaysia berbanding spaghetti bolognese dan carbonara. Di menu restoren pun jarang jumpa. Actually ianya lebih kepada homemeal atau jenis masakan rumah. Ianya versatil, boleh digandingkan dengan apa sahaja, ayam panggang, daging, sup atau macam Kekny buat ni, dengan kepingan ikan dory yang digrill. Dalam tu selalunya digabungkan pelbagai jenis cheese untuk memberi rasa mewah. Kalau budak budak memang suka lah mac and cheese ni.

P8123354ED

Boleh dimakan begitu sahaja atau digandingkan dengan ayam panggang atau kepingan ikan gril. Memang sedap. Ok jom tengok resepi mac and cheese ni..
P8123435ED
P8123434ED

Mac and Cheese

Bahan-bahan 
100 gm macaroni direbus
1⁄4 cawan mentega
3 sudu besar tepung gandum
1⁄2 sudu kecil garam
Sedikit serbuk lada hitam
2 cawan susu
2 cawan keje cheddar diparut
2 cawan parmesan cheese diparut

Cara penyediaan 

1. Panaskan mentega sehingga cair, masukkan tepung dan kacau rata. Tuang susu dan kacau lagi sehingga pekat. Ni basic asas kita buat white sauce ye. Biarkan mendidih.

2. Masukkan 2 jenis keju dan kacau rata.

3. Masukkan macaroni, garam dan serbuk lada hitam/putih. Kalau pekat just tambah susu je sikit-sikit. Kacau sehingga rata dan bolehla dihidangkan dengan ayam/ikan panggang dan sebagainya

Kalau sesiapa yang ada anak dan berminat nak dapatkan supplement Caliph ni memang sangat bermanfaat untuk kesihatan fizikal dan mental anak-anak. Suplement Caliph ni yang dibuat dari kurma dan ekstrak buah-buahan memberi nutrisi lengkap kepada anak anda. Terdapat produk untuk pelbagai peringkat umur kanak-kanak seawal bayi lagi. Kini Caliph datang dengan Caliph Combo Pack yang lebih murah dan berbaloi untuk dibeli!



Sebenarnya supplement untuk kanak-kanak Caliph ni dah berada di pasaran sejak 2 tahun lepas dan ianya mendapat sambutan menggalakkan dari ibu bapa yang mengambil berat tumbesaran dan perkembangan mental anak-anak mereka.

Tambahan pula dengan karakter kesayangan kanak-kanak Didi and Friends yang menjadi icon Caliph. 

Perasmian The Journey With Caliph Combo Pack Di Alor Setar


Semalam Kekny menghadiri majlis perasmian The Journey With Caliph Combo Pack untuk zon utara yang diadakan di De Romansion Snowing Café Alor Setar Kedah. Aktiviti yang dihadiri oleh para ibu bapa yang merupakan pelanggan setia Caliph termasuk juga para media dan blogger serta para usahawan. Event ini untuk memperkenalkan Caliph supplement yang kini datang dalam combo pack khas yang jauh lebih murah dan menjimatkan. Event semalam juga sebagai meraikan sempena ulangtahun 2 tahun Caliph yang kini berada di pasaran.


Peraduan Combo Pack Caliph

Untuk combo pack Caliph ni ada peraduan yang dianjurkan oleh Caliph kepada pembeli Caliph Combo Pack. Hadiah yang ditawarkan sangat menarik! Hadiah utama ialah sebuah kereta Proton Iris disamping hadiah pakej umrah untuk 20 pemenang bertuah. Hebat kan! Jadi kepada yang nak cuba produk Caliph ni boleh lah beli untuk anak-anak sebab produk ni mendapat review yang bagus dari kalangan ibu bapa.

Seronok semalam berada di event walau sedikit panas pada permulaanya namun cuaca menjadi teduh apabila menjelang petang. Cantik set up di majlis tu.



Dapat souveniuer dari pihak Caliph.. inilah Combo Packnya! 4X Rewards in 1 box dan free 1 Travel Pack.



Buffet spread yang enak dan lazat… ulang-ulang kali Kekny ke sini ambik makanan hihihi..



Kekny bawa Maktok yang minat sangat dengan Didi and Friends hihi.. tu semalam ada Jojo je dan juga Caliph. Seronok tengok Caliph menari zapin.



Caliph Combo Pack


Alhamdulillah Caliph Combo Pack telah dirasmikan dengan jayanya. Korang boleh la dapatkan combo pack ni di pasaran sekarang ye!

Caliph Combo Pack, De romansion snowing cafe


Untuk maklumat lanjut boleh ke caliphkidsexpert.com

Salam jumaat, happy friday! Hari ni breakfast bubur nasi dan terung bercili tapi tak pedas mana pun sedaplah buat makan pagi-pagi ni.

Bubur nasi bening rebus dengan sedikit halia. Ada ikan bilis, kacang goreng, daun bawang, kicap, minyak bijan dan lada sulah. Tapi yang sedap tu terung bercili lah hehehe..
DSC09130

Nampak berminyak sikit huhuhu. Sesuai dengan bubur nasi atau nasi panas kosong.
DSC05366  

Resepi Terung Bercili

Bahan-bahan :
2-3 biji terung panjang, potong dadu
1 ulas bawang besar dipotong dadu
1 sudu besar sos tiram
sedikit minyak untuk tumis

Bahan tumbuk kasar
3- biji cili merah
4 biji cili padi jika nak pedas
3 sudu besar udang kering - rendam dulu sekejap
3 ulas bawnag merah
3 ulas bawang putih

Cara penyediaan 

Panaskan minyak, masukkan terung dan goreng sekejap. angkat dan ketepikan

Dalam kuali sama, masukkan pula bahan tumbuk, dan tumis sehingga wangi. Masukkan sedikit sos tiram dan kemudian terung yang digoreng tadi bersama bawang besar. Masukkan garam secukupnya goreng sekejap dan siap!
Summer Spaghetti ni ialah resepi dari chef yang menjadi idol Kekny iaitu Chef Ina Garten. Spaghetti ni nampak ringkas tapi sangatlah sedap. Yang penting lengkap dan cukup khasiat dalam satu hidangan. Kalau suka letak daging, udang dan isi ayam boleh je. Tapi Kekny ikut resepi asal Ina hanya tomato dan daun basil. 

P6271314bred

Nampak agak boring tapi sebenarnya penuh rasa sebab pengunaan keju dalam tu. Dulu Kekny pernah masak sekali RESEPI DISINI

P6271310ed  

Summer Spaghetti

Bahan-bahan

200 gm spaghetti
3-4 sudu minyak zaitun
½ cawan keju parmesan
9-10 helai daun basil segar
½ cawan tomato ceri merah – dibelah dua
3 ulas bawang putih – dicincang halus
1 ulas bawang besar – dicincang kasar
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Beberapa tangkai daun herba sweet thymes – di cincang halus (boleh juga pakai herba thyme kering)
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Air rebusan pasta secukupnya

Cara penyediaan 

1. Panaskan minyak zaitun dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga layu.

2. Masukkan spaghetti yang direbus bersama sedikit air rebusan. Masukkan garam, serbuk lada hitam dan daun herba thyme

3. Masukkan keju parmesan yang diparut. Masukkan juga tomato ceri dan daun basil. Gaul rata dan masak sekita. Boleh la diangkat.

4. Hidangkan dengan menaburkan keju parmesan diatas pasta

Untuk resepi lain boleh klik Spaghetti Bolognese  dan Resepi Creamy Beef Fettucine

Malu nak tunjuk sebenarnya kek dulu dulu Kekny buat.. hahahahha.. memang sangat tidak cantik. Tapi tu lah orang kata, kita belajar dari pengalaman. Tahun ni masuk 2 tahun lebih Kekny berbisnes kek ni dan alhamdulillah masih lagi belajar dan belajar.

DSC03236ed

Kekny memang tak ada basic dalam deko kek ni. Buat kek mesti semua orang boleh, tapi nak deko memang perlukan minat, kreativiti focus selain kemahiran. Tapi apa yang penting ialah minat dan usaha. Kalau takda kedua tu, masuk kelas pun tak jadi.

Korang kalau rasa nak mula sesuatu tu sangat payah, jangan give up. Give up untuk orang yang kalah. Teruskan perjuangan walau sesusah mana. Banyak rintangan yang orang kata akan jadi penghalang di tengah tengah, tapi manis tu ada di penghujung jalan. Pada Kekny manisnya dapat dirasai bila pelanggan berpuas hati dengan kek yang seperti idaman mereka.

Buat adik-adik yang baru mula nak belajar baking tu, jangan give up. Setiap apa yang kita mulakan ianya adalah dari zero. Dari situ kita naik ke tahap 1, 2 dan seterusnya.

DSC03215ed

 Kalau nak tengok hasil kek kerjatangan Kekny boleh ke Instagram CAKEENY
 





Untuk tempahan kek di sekitar Jitra / Alor Setar boleh hubungi 012 - 5360877 (whatsapp)