Durio Coffee .. Pernah Minum Kopi Durian?

Mesti ramai kat sini peminat durian kan. Buah bermusim, setahun berapa kali saja dapat menikmati buah durian ni. Ramai yang mengidam buah durian ni. Tapi sekarang ni banyak durian yang disejukbekukan, dan juga diprodukkan. Dalam banyak produk durian, ini kali pertama Kekny dengar Kopi Durian!!!

P1017048ed

Durio Coffee ialah minuman white coffee dari durian tempatan Malaysia. Datang dalam paket premix dan senang je nak menikmati secawan kopi durian istimewa ni. Nak nikmati aroma durian segar yang wangi sekarang tak perlu nak tunggu musim durian dah.

P1017031ed




Product Durio Coffe dari  Nature Goodness ni menggunakan 100% Durian Malaysia, iaitu durian terbaik di dunia. Susah sebenarnya tau nak menghasilkan kopi durian ni sebab ada R&D tersendiri yang dilakukan dalam mengekalkan kesegaran aroma durian tu. Isi durian  yang berkualiti iaitu jenis D24 dan Musang King yang digunakan  telah dibeku-kering dan dijadikan serbuk dan kemudian dicampur bersama campuran Ipoh White Coffee yang paling tinggi kualiti dan grednya. Haa gabungan mantap kedua bahan berkualiti dan keduanya ialah kegemaran orang Malaysia makan terhasilah Durio Coffee yang enak ni.

Nature Goodness ada pengktirafan HACCP, ISO, GMP dan juga mempunyai sijil HALAL. Sesuai sangat nak buat hadiah untuk kawan-kawan yang datang dari oversea terutama dari China yang rata rata sukakan durian Malaysia. 

P1017046ed

Bila Kekny try secawan Durio Coffee ni memang terkejut bila aromanya seperti bau durian segar yang kita kopek. Baunya tak kuat tetapi sangat aromatic dan sesuai digandingkan dengan white coffee dan rasa juga sangat sebati. 

Kopi dalam bentuk premix ni dijual pada harga  RM28.80 tapi kalau nak harga discount boleh beli pada harga RM 18.80 di www.tryandbuy.my

Post a Comment

5 Comments

  1. alahaii..macam manalah rasanya tu kan...hehehe...

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete
  2. Telan air liur, sebab suka sangat benda-benda rare macam ni..

    ReplyDelete
  3. Kena try ne, tak pernah cuba lagi kopidurian

    ReplyDelete
  4. First time dgr ada durian coffee..acane la rasa dia tu...

    ReplyDelete
  5. Saya memang peminat kopi.. tapi kopi durian ni belum lagi pernah cuba.. Murah juga harga kopi ni kan..

    Rugi pula kalau tak beli

    ReplyDelete