Jom Masak Paprik Sotong

11:52 am

Mesti ramai suka paprik kan. Sedap dihidangkan bersama nasi goreng atau nasi putih. Hidangan ni versatil sebab kita boleh masak dengan apa sahaja dan kemudian boleh campurkan sayuran. Jadi buat lauk paprik semata pun dah cukup dengan khasiat. Tak payah masak lauk lain banyak-banyak hehe.. 

Sesuai sebenarnya lauk begini untuk ibu yang berkerja. Paprik ni teknik dia ialah kita perlu tau sos apa yang orang Thai selalu guna. Selalu campuran pelbagai jenis sos yang dicampur dengan serbuk cili khas thai. Tapi boleh je pakai cili kering biasa atau pakai serbuk cili yang dijual di psaraya. Janji ada rasa pedas tu hehe.. Jom tengok resepi paprik sotong kekny yang mudah

PB185645ed PB185635ed

Resepi Paprik Sotong

Bahan-bahan

1 mangkuk sotong dipotong kecil - kekny pakai sotong arus yang besar dipotong

Bahan sos - digaul sekali
2-3 sudu besar sos cili - nak dapat rasa manis sikit
1-2 sudu besar sos tiram
Halia dan bawang putih dicincang
1 sudu kecil lada hitam/putih yang serbuk
1 sudu kecil garam
1-2 sudu besar serbuk cili thai atau serbuk cili kasar (chilli flakes)

Bahan-bahan lain 
4 biji cilipadi merah thai - ketuk dulu
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 inci halia di hiris nipis
Daun limau purut - jika suka. saya tak letak sebab tak berapa suka
Daun sup dipotong kasar
1 biji Bawang besar - dibelah lapan
Boleh tambah sayur seperti kacang panjang, buncis, kobis, kobis bunga dan sebagainya
Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi. Masukkan sotong yang diperap. Masukkan sotong. Goreng sekejap. Tuang sos yang telah dibancuh dan masukkan juga daun limau purut. Jangan masukkan air sebab sotong akan keluarkan airnya.

Masukkan sayuran jika suka. Goreng sekejap sahaja. Tutup api dan tabur daun sup atau daun bawang diatasnya.

Untuk paprik sotong sebelum ni boleh KLIK SINI
Untuk resepi Paprik Ayam, KLIK SINI

You Might Also Like

6 comments

  1. benda simple tapi kalau malas menguasai diri. aduhai T___T

    hanisamanina.com

    ReplyDelete
  2. Nak jugak paprik sotong...
    Mesti sedap...

    ReplyDelete
  3. yg ni resepi terbaik...sedap nampak

    ReplyDelete
  4. wah..menarik ni..nanti cuti boleh try masak

    ReplyDelete
  5. Eny buat SA terliur la....sabar je la..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com