Ayam Masak Paprik Paling Senang!

1:31 pm

P1221391ed 
Ramai yang ingat ayam masak paprik ni susah nak buatnya. Kena ada rempah dan pes paprik baru boleh buat. Tapi sebenarnya senang je resepi ni. Resepi ni hasil merisik dekat restoren siam di Jitra. Maklumlah sini banyak restoren siam yang memang sedap dan authentic. Mungkin sebab dekat dengan Thailand. Sebab saya tanya kakak tukang masak yang Thai-muslim, kat mana dia beli pes paprik yang sedap. Kot lah boleh cari kat Padang Besar je hehehe.. Dia bagitahu tak payah beli pes paprik ke rempah ke apa ke, guna serbuk cili buatan sendiri, serbuk lada, sedikit sos cili dan kunyit. Semua barang-barang yang sememangnya ada kat rumah hehehe...

Serbuk cili buatan sendiri ni diorang goreng cili kering tanpa minyak seketika dan kemudian dikisar kering kasar kasar. Dalam ertikata lain chilli flakes hehehe. Saya beli yang kat Tesco je. :D

Paprik Ayam 

Resepi Ayam Masak Paprik 

Bahan diperap seketika :
1 mangkuk isi ayam bahagian dada dipotong kecil
2 sudu besar sos cili - nak dapat rasa manis sikit
Halia dan bawang putih dicincang
1 sudu kecil lada hitam/putih yang serbuk
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan lain :
4 biji cilipadi merah thai - ketuk dulu
1-2 sudu besar serbuk cili kasar bukan yang halus ok. Kalau tak ada goreng sekejap cili kering tanpa minyak, dan kisar kering -  jumlah terpulang lah nak pedas macam mana
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 inci halia di hiris nipis
Daun limau purut - jika suka. saya tak letak sebab tak berapa suka
Sayuran seperti lobak merah, bunga kobis, jagung muda, capsicum. - dipotong dadu atau memanjang
1 Bawang besar - dibelah lapan
Sedikit minyak

Cara-cara :
Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi. Masukkan ayam yang diperap dan serbuk cili. Jika kering masukkan sedikit air dan masak sehingga ayam lembut dan empuk

Masukkan sayuran dan bawang. biar sehingga sayuran empuk dan siap. kalau tak suka kering sangat boleh tambah air ye. Saya suka masak sekejap je supaya sayur tu masih krup krap crunchy hehehe.

Rasa dia memang pedas sebab gabungan serbuk lada hitam, cili padi, serbuk cili. Kalau tak makan pedas pandai-pandai adjust heheh...

You Might Also Like

24 comments

  1. assalamualaikum eny...paprik mmg sedap tapi mama x suka ayam jadi jarang masak paprik ayam ni...kalau masak anak2 n hb yg mknnya...:)

    ReplyDelete
  2. Mati-mati saya ingat susah nak masak makanan ada bunyi 'paprik' ni. Bila baca your entri, laaaa. Semudah tu je. TQ la sharing. Kalau lapar ni boleh la cuba buat (sedap tak sedap, lain cerita. Asal dapat makan) haha

    ReplyDelete
  3. rasa nak try utk menu malam ni :D

    ReplyDelete
  4. Saya suka paprik...thanks sharing resepi ni..blh cuba lps ni..mkn malam nanti... thanks emy..

    ReplyDelete
  5. wah nampak menarik hidangan pulak lengkap ada protein ada vitamin...
    saya jenis yang suka makan nasi wajib ada sup kosong...
    nasi putih + ayam paprik + sup kosong = perghh....

    ReplyDelete
  6. Ayam masak paprik paling senang adalah apabila orang masakkan kite tinggal makan... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak lagi senang.. minta disuapkan.. hik hik hik

      Delete
  7. terima kasih kongsi resepi..weee =)
    salam perkenalan n follow kat sini

    ReplyDelete
  8. antara menu faveret kak ana ni Eny bila ke kedai tomyam...pernah juga cuba resepi ni..thanks for sahing resepi boleh cuba nanti.. :)

    ReplyDelete
  9. Sy suka mkn masakan paprik..tp xpernah try msk..tau ngoder kt kedai jer....adehhh...hehehehe

    ReplyDelete
  10. nampak ringkas dan sedap...tp nak masak punya la malas nombor satu

    ReplyDelete
  11. Sedapnyaaaa.. ni pun peberet kita jugak! Must try this :D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com