Paprik Sotong Pedaaaasss!

/
8 Comments
9:30 pm
Malam ni dinner simple saja, Sotong Paprik dan nasi putih. Layan juga hehehe. Ingat nak post resepi ni esok, tapi sambil layan mata mengantuk, blogwalking dan update post sekejap la hehehe

Hari tu dah buat Paprik Ayam, ini paprik Sotong pula. Tapi kali ni terlebih pedas pula hehehe. Resepi sama je, cuma saya lebihkan sedikit serbuk kunyit sebab sotong ni kadang-kadang keluar air hitam dia tu nampak tak cantik pula.


P2060128ed P2060145ed

Resepi Sotong Masak Paprik

Bahan diperap seketika :
1 mangkuk sotong dipotong kecil
2 sudu besar sos cili - nak dapat rasa manis sikit
1 sudu besar sos tiram
Halia dan bawang putih dicincang
1 sudu kecil lada hitam/putih yang serbuk
2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil garam

Bahan-bahan lain :
4 biji cilipadi merah thai - ketuk dulu
1-2 sudu besar serbuk cili kasar bukan yang halus ok. Kalau tak ada goreng sekejap cili kering tanpa minyak, dan kisar kering -  jumlah terpulang lah nak pedas macam mana
2 ulas bawang putih - diketuk
3 ulas bawang merah - dihiris nipis
3 inci halia di hiris nipis
Daun limau purut - jika suka. saya tak letak sebab tak berapa suka
Daun sup dipotong kasar
1 biji Bawang besar - dibelah lapan
Sedikit minyak

Cara-cara :
Perap sotong sekejap dengan bahan-bahan perap.

Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih, halia dan cili padi sehingga wangi. Masukkan sotong yang diperap, bawang besar potong dan serbuk cili. Jangan masukkan air sebab sotong akan keluarkan airnya. Goreng sekejap sahaja. Tutup api dan tabur daun sup.

Untuk resepi Paprik Ayam, KLIK SINI




You may also like

8 comments:

dyanzakhi said...

wah sdp ni... salam singgah :)

Deanna Morni said...

menelan air liur tgk nih...heheheheh

Shima Hasan said...

Sedapnya kak..lapar pulak tengok malam2 ni..

POJIEGRAPHY BLOG said...

Nasib baik buka entri ni lepas berbuka puasa. Kalau buka masa siang-siang, confirm tak keruan nanti. hAHAHA

nuyui a.k.a miss YUI said...

Nyum2 sdp ni kak..
bw mai sni.. hehhe

azman Arsad said...

wah sedapnya

Dunia Zumal said...

Teringinnya nak makan, tapi....

Jari Manis said...

sedapnya...boleh di makan begitu sahaja :-)