Tomyam Susu

1:06 pm

Kalau makan tomyam Kekny prefer tomyam yang cair cair tapi rasanya cukup masam pedas dan kena sikit manis. Kalau jenis di restoren siam tu kadang kala terlebih masin dan manis sangat rasanya sampai jadi muak. Actually tomyam kaw ala kedai ni letak susu sejat dan sedikit susu pekat manis, ada juga letak santan kotak sikit bagi melemakkan rasa kuahnya tu. Tapi tomyam yang sedap bergantung kepada pes tomyam tu sendiri kan. Kalau nak resepi tomyam jernih boleh tengok sini...
P8293680ed

Disebabkan DH peminat tomyam jenis kaw ni, buatlah juga dekat dia. Sekali sekala buat tomyam jenis ni memang sedap. Tapi makesure jangan terlebih garam dan gula hehe..
P8293681ed

Tomyam jenis pekat ni memang letak banyak pes tomyam didalam. Sebab tu kena seimbangkan rasanya dengan susu atau santan. Kekny tambah tomato yang dilenyek nak bagi kuah tu pekat dan rasa masam tu datang  dari tomato. Nanti cuba yee!
P8293667ed

Resepi Tomyam Susu

Bahan-bahan
Isi ayam dipotong kecil
Isi udang dibuang kulit
Sotong, dipotong
2 batang serai
2 inci lengkuas dipotong nipis
2 biji tomato hancurkan - lenyek
6-7 biji cili padi diketuk
Sedikit cendawan tiram
2 biji tomato dibelah 8
2 ulas bawang besar kuning, dibelah 8
1 botol kecil pes tomyam brand Peace (botol ungu)
1 cawan susu sejat (atau lebih jika perlu)
2-3 sudu besar sus pekat manis (ikut kemanisan)
3-4 sudu besar perahan limau kasturi
2 helai daun limau purut
Air secukupnya

Cara penyediaan

Panaskan air dan masukkan isi ayam, lengkuas, serai dan garam, didih hingga ayam empuk. 

Apabila ayam empuk, masukkan pes tomyam dan tomato yang dihancurkan. Kacau rata. Masukkan daun limau purut dan biar mendidih lagi.

Masukkan cili padi, bawang besar.. Masukkan cendawan tiram dan tomato. Masak seketika.

Masukkan susu dan susu pekat manis. sesuaikan rasa masin dan manis. Biar lagi sehingga mendidih baru masukkan sotong dan udang. Akhir sekali masukkan perahan limau jika nak lagi masam.

You Might Also Like

4 comments

  1. Tak pernah try resepi yang ni. Nanti boleh lah buat. Hehee :)

    ReplyDelete
  2. Wow, sebelum ni pernah makan tomyam biasa dan tomyam kelapa je

    first time dengar tomyam susu. Mungkin lepas ni keluar tomyam santan :)

    ReplyDelete
  3. parnah cuba tapi tak jadi sprti yg di ingini..hahha
    lps tu tak berani nak cuba masak tomyam yg biasa masak je..kah kah

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com