Nasi Goreng Dan Mee Banjir Udang Tronoh

9:48 am

Kalau ke Ipoh atau Batu Gajah Perak, korang boleh singgah ke Tronoh untuk menikmati kesegaran udang yang dimasak pelbagai menu. Kalau sebelum ni Kekny share pengalaman merasai Mee Udang di Kuala Sepetang, kali ni jom kita terjah Mee Udang Tronoh pula.


Pekan Tronoh, Perak

Pekan Tronoh, pekan kecil terletak diantara Batu Gajah dan Bandar Seri Iskandar. Kini pembangunan pesat di Tronoh selepas terbinanya Ipoh Lumut Highway yang menghubungkan Ipoh dan Lumut. Kedai Mee Udang ni terletak betul di tepi Jalan Ipoh Lumut Highway, iaitu shop lot berdekatan Stesen Minyak Petron, disebelah kanan dari Ipoh menghala ke Lumut. Pekan Tronoh di juga berhampiran UiTM Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas.

Banjir Udang Dalam Pinggan

Ni nasi goreng udang banjir. Memang penuh udang dalam tu. Puaslah meratah udang.Udang pula memang besar dan segar. rasa sangat manis isinya.
P_20160209_100710

Nasi Goreng Udang biasa pun ada kalau tak nak yang banjir udang... sesuai untuk kanak-kanak.
PA285297ed

Boleh juga order sambal udang sebagai lauk atau hidangan sampingan. Sambal tu sedikit manis, mungkin menggunakan tambahan sos. kalau sambalnya dibuat ala sambal tumis petai saya kira lagi sedap!
PA285304ed

Udangnya fresh dan kurang rasa berpasir... tengok kami order nasi goreng banjir udang, dan sambal order udang lagi.. ish kolestrol kolestrol hehehe..
PA285305ed

Ini paling win, mee banjir udang. Sedap betul! Rasa kuah mee dia sedap, pedas manis dan cukup rasa. 
P_20160209_101320

Kedai dari luar.. nama kedai ni Restoren Selera Matang yang ada segala macam jenis masakan udang. Terdapat juga udang galah disini tau.. kalau nak cuba boleh lah ke sini. Kalau dari Ipoh lebih kurang dalam 45 minit perjalanan.
P_20161028_085345ed

You Might Also Like

6 comments

  1. Wow! nampak mee udang tu pun memang sedap rupanya

    ReplyDelete
  2. udang fav sy kak eny.. alah terliur plak tengok lelama entry ni..

    ReplyDelete
  3. Dulu masa dok di Seri Iskandar, selalu makan sini. Lokasi asal dia kat bawah pokok, dalam pekan kecik Tronoh tu. :)

    ReplyDelete
  4. Terua scroll laju2..x bleh tahan wooo dah la fav SA udang....

    ReplyDelete
  5. lalu je, tak pernah nak singgah.nmpak sungguh menyelerakan..eny

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com