Kerabu Kerang Taugeh

10:57 am

Kerabu taugeh kerang ialah paling sedap sekali. Bertambah sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng atau ikan masin. Ramai yang tak tahu katanya buat kerabu ni. Senang je, sediakan pes kerabu terlebih dahulu. pes ni boleh sediakan awal dan boleh disimpan sejuk beku selama sebulan. Bila nak guna panaskan dan gaul je dengan bahan sayur atau bahan kerabu. Kalau di utara kerabunya sedikit basah dan berair. Agak berlainan dengan kerabu di Perak yang mak mentau saya buat, ianya sedikit kering. Apa pun keduanya mempunyai rasa enak yang tersendiri.

PB115545ed

Rasa kerabu yang sedap mestilah cukup rasa garam, sedikit manis dan masam....
PB115562ed

Resepi Kerabu Kerang Taugeh 

Bahan-bahan
3 cawan Taugeh - dicelur seketika
1 cawan isi kerang
2 ekor ikan tamban goreng / kembung goreng - ambil isi dan tumbuk halus. - boleh ganti dengan udang kering tumbuk
1 sudu besar kerisik
2-3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
2-3  sudu besar perahan limau nipis / kasturi / air asam jawa - ikut lah nak masam macam mana

Bahan dikisar
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji cili padi
3 sudu pati santan
sedikit air

Cara-cara :
Bahan dikisar dimasak diatas api sehingga kering airnya. Selain nak keringkan air, kerabu juga tak akan cepat basi jika bahannya dimasak terlebih dahulu

Campur taugeh, ikan goreng tumbuk, kerisik, bawang merah, halia, perahan limau, dan bahan kisar yang telah dimasak sekejap tadi. Gaul sebati. Rasa garam dan gula serta tahap kemasaman yang disukai.

You Might Also Like

8 comments

  1. Patutlah beberapa hari ini teringin sangat nak makan kerang...
    pagi ni nampak pulak kerabu..aduhai...sedapnyaaa...

    ReplyDelete
  2. sedap nyee... Lisa suka kerabu. Tapi takleh makan kerang nti pening kepala. hahah biasanye tukar dengan daging atau sayur

    ReplyDelete
  3. Makan kerabu memang elok untuk kesihatan untuk detox badan. Pedas pedas manis. Crunchy pulak tu.

    ReplyDelete
  4. sy pun suka kerabu kerang cmni.

    ReplyDelete
  5. aumm..terliur tengok, terus lapar balik haha

    singgah sini pertama kali kut..hihihi salam perkenalan

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com