Cucur Udang Jagung

10:38 am

Cucur udang jagung ni memang feveret Kekny dan family. Macam cucur udang biasa tu cuma tambah isi jagung je kedalam adunan. Resepi pun sama macam Cucuq Udang Utara ni. 

PB125622ed

Disebabkan tiada kacang, makan buat je homemade chilli sauce tu... sedap juga. Nak guna sos botol sekarang ni, gula je lebih.. tak rasa pedas. Rasa manis je.. tak sedap lah kan...

PB125619ed

Cucuq ni Kekny letak gula sikit supaya adunan lebih lembut, dan sebelum goreng, peram kejap selama sejam. Barulah bila goreng, dia kembang elok je.

PB125618ed  

Resepi Cucur Udang Jagung

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Cara-cara
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng

Goreng  (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili

You Might Also Like

3 comments

  1. Hurmm... nak buatlah nampak macam senang.
    Tengok gambar terus lapar :-(

    ReplyDelete
  2. Huishhh sedapnyaaa.. best betul kalau pandai masak ni... nanti nak try la resepi akk

    ReplyDelete
  3. feveret cucur ni.. nak try resepi kak eny pulak

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com