Cucur Udang Utara

8:30 am

Hai semua,
Mesti ramai yang dah tau di utara ni memang terkenal dengan cucur udang kuah kacang. Di Kedah ni merata ada jual cucur udang ni. Kalau bulan selain bulan puasa, cucur udang ni mudah didapati di gerai tepi jalan, dihidangkan bersama cendol dan ais kacang. Memang sedap!! Ishh puasa-puasa ni terliur pulak hehehe..

Ok jom tengok reepi cucur udang kuah kacang yang mudah ni...

P6210900ed

P6210905ed

Resepi Cucur Udang Utara

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawnag besar - dipotong dadu kecil
1 sudu kecil baking powder
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Cara-cara :
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng

Goreng  (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang

Resepi Kuah Kacang Cucur Udang

Bahan-bahan :
200 gram kacang tanah 
1/2 senduk  penuh cili kisar 
1 batang serai, dititik 
1 sudu kecil pes asam jawa
Garam dan gula secukup rasa 
Air secukupnya (Ikut kepekatan)
1 batang serai diketuk
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Bahan kisar :
Sedikit udang kering
6 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 

Cara-cara :
Campurkan semua bahan sekali dan rebus sehingga kuah kacang pekat dan naik minyak. Tak perlu tumis kerana kacang sememangnya banyak kandungan minyak.

Kalau nak buat cara tumis, panaskan sedikit minyak, tumis dulu bahan kisar bersama serai, masukkan cili  dan masak sehingga cili garing.

Masukkan kacang, asam jawan dan air. Masukkan garam dan gula. Kacau rata dan masak sehingga pekat. 



You Might Also Like

8 comments

  1. Sangat sedap cucur udang nie. tapi selalu tak menjadi je kalau buat... hehe..
    nanti bleh try resepi kak eny...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya cucur udang lawan dengan kuah kacang. Dulu selalu makan masa blaja. Nak buat sendiri, errrr. Krik krik krik =D

    ReplyDelete
  3. Sedapnya..tp SA x pernah mkn ngan kuah kacang....

    ReplyDelete
  4. Kami kat johor ngan kl makan dengan sos je @ sambal kicap.. tp ritu masa g padang besaq.. ada kedai tu bg sos and sambal kacang
    1st time makan.sedap

    ReplyDelete
  5. Kuahnya tu yang bagi 'hidup' cucur udang.... mmmm terliur tengok!

    ReplyDelete
  6. sedapnya kak eny..teringin nk mkn cucur udang......nnti nak masaklahh

    ReplyDelete
  7. Sedap erm sis!
    Tak jumpak kat tempat len..
    Buat sendiri puaih hati:-D

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com