1 Disember hingga 11 Disember 2016 merupakan pameran MAHA 2016. Apa yang menarik di MAHA 2016, MAEPS Serdang ini? Mummy tak akan lepaskan peluang ke MAHA 2016 Booth D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.




Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia atau lebih dikenali sebagai MAHA 2016 kini kembali bersempena tepat pada cuti sekolah tahun ini. Pameran MAHA 2016 akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang, Selangor mulai dari 1 Disember sehingga 11 Disember 2016. Pameran ini akan disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kepada para ibu bapa yang tidak tahu untuk pergi ke mana-mana pada bulan hadapan, inilah kesempatan yang terbaik untuk membawa anak-anak berjalan-jalan sewaktu cuti sekolah.

SEBAB APA HARUS KE BOOTH D18, HALL C (International Hall) MAEPS, SERDANG SELANGOR?


👉Sementara offer, boleh belikan untuk yang tersayang, mak, abah. Sebagai hadiahkan buat mereka sebotol satu Jus Al Ehsan. Alhamdulillah mereka dah pekena sebotol, nampak efeknya.
👉Semasa program MAHA 2016 ini berlangsung. Ada harga istimewa potongan DISKAUN sehingga RM73. Banyak tu RM73. Rugi tak grab !
👉Dan, selain itu ada banyak VOUCHER potongan diskaun untuk pembelian lain.




KENAPA PERLU JUS QALBI AL-EHSAN?


Ada banyak kelebihan dan kebaikan Jus Qalbi Al-Ehsan.



FAKTA !!! SETIAP 1 JAM 6 ORANG RAKYAT MALAYSIA KENA SERANGAN JANTUNG DAN STR0K


KOLESTEROL tinggi memang masalah yang amat ditakuti kerana ia boleh menyebabkan penyakit jantung, stroke dan sebagainya tanpa kita sedari.. Ingat, orang yang kurus juga berisiko mempunyai kolesterol tinggi jika tidak mengawal pemakanan mereka..

TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI


🔹Sering berasa kebas-kebas pada kaki.

🔹Timbul bintik-bintik putih (biji kolesterol) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher yang disebabkan oleh kadar trigliserida yang tinggi.

🔹Mudah letih, penat dan cepat mengantuk.

🔹Sering berasa sakit kepala.

🔹Arteri yang semakin sempit akan membuatkan aliran darah ke otak berkurangan, sehingga menyebabkan rasa sakit pada kepala.

🔹Kaki membengkak akibat pembuluh darah semakin sempit. Kaki merupakan bahagian yang paling sedikit mendapat darah.

🔹Senak dada sebelah kiri apabila pembuluh darah pada bahagian jantung mula tersumbat.

Ini menunjukkan kadar kolestro terlampau tinggi. Jadi, jika ada mempunyai tanda-tanda seperti inj. Jom cepat lakukan pemeriksaan doktor dengan segera. Sebaiknya lakukan lab Ujian Kolesterol untuk memeriksa tahap kolestrol anda.

Kawal KOLESTEROL... baru sihat!

Jangan lupa tunjukkan VOUCHER ini juga ketika ke Booth Jus Qalbi Al-Ehsan di D18, HALL C (International Hall) MAEPS, Serdang Selangor.

Keterangan lanjut boleh layari atau hubungi :

Telefon / Whatsapp : 018-373 9021 / 017-730 0366 / 012-6460421

Fb : https://www.facebook.com/pencucikolestrol/

Ig @qalbialehsan : www.instagram.com/qalbialehsan
Best kalau dok Ipoh sebab Ipoh ibarat syurga makanan. Paling best, kepelbagaian makanan mengikut bangsa dan kaum tu. Kalau di Kedah ni, banyak restoren Thai dan Mamak. Tapi di Ipoh, ada restoren authentic indian food, chinese food, dan ada yang halal. Boleh merasa hihihi..

Menjadi seorang peminat chinese food yang tegar, Kekny memang pantang dengar lah kalau ada tempat jual halal chinese food. Memang akan terjah heheh.. sebab susah nak cari kat Kedah ni.

Restoren New Hollywood Ipoh, Halal Chinese Food

Kat Ipoh ada satu restoren New Hollywood yang menghidangkan kebanyakannya ialah makanan cina yang halal. Actually sebelum ni Kekny dah beberapa kali ke sana ENTRY DISINI . Sampai sekarang masih teringat keenakan Char Kuey Teow udang dia yang sedap, letak udang gumuks gumuks, taugeh yang penuh berisi, you know taugeh kontot yang gemuk tu.. hahaha.. taugeh tu orang kata, kat Ipoh je ada jual.. betul ke?

Konsep restoren ni ialah, dia macam food court. Ada gerai kecil-kecil yang berniaga dalam kedai tu. Jadi bila nak order, pergi sahaja ke gerai yang jual makanan yang kita nak dan order. Nanti diorang hantar ke meja dan terus bayar. Tuan kedai dia cuma berniaga air minuman dan roti bakar.

Halal Chee Chong Fun?

Macam biasa, my favourite Chee Chong Fun Udang. Mana udang? Ada isi udang gumuks dalam gulungan tepung tu.. sedapp... Sambal cili tu buat cecah atau gaul je terus dengan kuah kicap.

P1014896ED

Kali ni kitaorang order kopi susu gelas besar. Baru tau boleh rupanya mintak gelas besar. Sebelum ni dapat secawan cenonet rasa macam nak order 3 cawan tapi malu pulak. Ipoh white coffee memang sedap. Pekat dan kaw.  Lepas Chee Chong Fun sampai, sampai juga Char Kuey Teow yang sedap gila tu.
P1014899ED

The Best Char Kuey Teow in Ipoh!

Sempoi habis Char Kue Teow dia. Ada kuey teow udang dan taugeh. Sempoi tapi sedap sangat. Mungkin sebab sos dan cili yang dia pakai. Dan paling sedap sebab ada rasa terbakar terbakar sikit hahahahha.. betul serius sedap.

P1014902ED

Mee Kari Ipoh!

Lepas tu try mee kari. ya ampun nasib baik portion dia kecik kecik, jadi dapat lah order banyak jenis untuk merasa hahahaha.. Mee kari ni tak sama macam mee kari kita buat. Kuah dia agak cair, tapiii awat sedap sangat walau kuah cair? Dan actually rasanya kuah cair ni tak muak sangat nak makan kan? Next time nak cuba buat mee kari yang kuah dia macam ni. hehehe..

P_20161008_090849ed

Ini tak tau apa... Kekny suruh DH order wantan goreng. Dia silap kedai agaknya, jadi dapat ni sepinggan. Bila cina tu letak, Kekny tengok DH.... wantan?? mana wantan I? DH pun cakap.. tu bukan wantan ke? lerr dia ni tak tau ke wantan tu macam mana, masa bangun nak order tu siap dia tanya... nak wantan tadi kan, riak muka tu confident macam dok pernah makan wantan hari-hari. Hahahhahaha makan je lah.. wantan ke mana apa ke mana.. nak order wantan betul betul perut dah sengkak makan je lah ni dulu hahahaha.. Tapi tetap sedap. Rasa dia macam gabungan fish cake dan keropok lekor. Rasa ikan dan juga tauhu yang sooooo lembut!!!! Sengkak pun habis sepinggan!

P_20161008_092649ed

Ok next wish list bila sampai sini ialah
Wantan goreng
Wantan sup
Roti bakar telur + kaya
Loh Mee
Char Kue - selalu terlupaaaa!

Hahahahhaha lepas ni kena order sendiri tak boleh harap DH order dah!

Siapa yang nak kesini boleh google maps New Hollywood Cafe Canning Garden. 

Alamat : 38, Jalan Lee Kwee Foh, Taman Canning, 31400 Ipoh, Perak, Malaysia
Ha selambak sandwich ni.. nampak sedap kan. Actually bukan je nampak sedap tapi memang sedaaappp! 

Kekny memang pencinta sandwich. Hari-hari makan sandwich pun tak apa. Dan Kekny dah rasa sandwich Suria Rashid ni. Memang sedap sandwich dia. Penuh inti dan sayur kat dalam tu. Satu gigitan penuh kenikmatan hihihi.

Dulu sebelum Su pindah Shah Alam, Su berniaga sandwich di sekitar Jitra ni je. Buat delivery. Kekny ada la sempat 2-3 kali order dari Su. Memang puas hati. Sampai sekarang tak jumpa lagi sandwich sedap mcm ni huhu.. rindu pulak sandwich dia. 


Sekarang Su buat bisnes sandwich ni di Shah Alam. Jadi korang yang tinggal kawasan berdekatan Shah Alam, Klang dan Subang boleh lah order. Nak buat party atau sekadar nak jamu kawan-kawan tu boleh contact Su. Boleh delivery dengan minimum order RM50.


Harga pula kalau yang single serendah RM 3 sampailah yang set dalam box dalam lingkungan RM30 lebih. Memang murah. Kalau kita nak buat sendiri, nak beli bahan lagi, nak potong, banyak kerja je.. baik order terus hihi..

Tengok la sayur sayur bergelimpangan tu... Kekny suka sandwich sayur banyak macam ni. Huhuhu bila nak merasa lagi sandwich Su yang sedap ni. 

Korang yang sekitar Shah Alam, Klang Dan Subang boleh la order sandwich dengan Suria Rashid. Contact as below ye..

SR Nutricious Homemade by Suria Rashid
Shah Alam / Klang / Subang
Telephone / Whatsapp : 019-4783243
Instagram : Suria Rashid
Facebook : Cahaya Suria
Cucur udang jagung ni memang feveret Kekny dan family. Macam cucur udang biasa tu cuma tambah isi jagung je kedalam adunan. Resepi pun sama macam Cucuq Udang Utara ni. 

PB125622ed

Disebabkan tiada kacang, makan buat je homemade chilli sauce tu... sedap juga. Nak guna sos botol sekarang ni, gula je lebih.. tak rasa pedas. Rasa manis je.. tak sedap lah kan...

PB125619ed

Tips Cucur Udang Lembut dan Rangup

Cucuq ni Kekny letak gula sikit supaya adunan lebih lembut, dan sebelum goreng, peram kejap selama sejam. Barulah bila goreng, dia kembang elok je.

PB125618ed  

Resepi Cucur Udang Jagung

Bahan-bahan 
2 cawan tepung gandum
6 sudu besar tepung beras
2-3 cawan air (lebih kurang, kena masukkan sikit sikit dan adjust kepekatan)
15 ekor udang
1/2 cawan isi jagung atau lebih
1 cawan tauge
1/2 cawan daun kucai
1 ulas bawang besar - dipotong dadu kecil
Sedikit gula (saya suka bagi  manis sedikit)
Sedikit garam

Cara-cara
Campur kesemua bahan diatas dan kacau rata. Peram sekejap dalam 1-2 jam Barulah digoreng

Goreng  (deep fry) dalam minyak panas. Selepas goreng, potong kecil kecil dan hidangkan dengan kuah kacang atau sos cili
Kerabu taugeh kerang ialah paling sedap sekali. Bertambah sedap dimakan bersama nasi panas dan ikan goreng atau ikan masin. Ramai yang tak tahu katanya buat kerabu ni. Senang je, sediakan pes kerabu terlebih dahulu. pes ni boleh sediakan awal dan boleh disimpan sejuk beku selama sebulan. Bila nak guna panaskan dan gaul je dengan bahan sayur atau bahan kerabu. Kalau di utara kerabunya sedikit basah dan berair. Agak berlainan dengan kerabu di Perak yang mak mentau saya buat, ianya sedikit kering. Apa pun keduanya mempunyai rasa enak yang tersendiri.

PB115545ed

Rasa kerabu yang sedap mestilah cukup rasa garam, sedikit manis dan masam....
PB115562ed

Resepi Kerabu Kerang Taugeh 

Bahan-bahan
3 cawan Taugeh - dicelur seketika
1 cawan isi kerang
2 ekor ikan tamban goreng / kembung goreng - ambil isi dan tumbuk halus. - boleh ganti dengan udang kering tumbuk
1 sudu besar kerisik
2-3 ulas bawang merah - dimayang halus
2 inci halia dimayang halus
2-3  sudu besar perahan limau nipis / kasturi / air asam jawa - ikut lah nak masam macam mana

Bahan dikisar
1 cawan kelapa parut
2 biji cili merah
2 biji cili padi
3 sudu pati santan
sedikit air

Cara-cara :
Bahan dikisar dimasak diatas api sehingga kering airnya. Selain nak keringkan air, kerabu juga tak akan cepat basi jika bahannya dimasak terlebih dahulu

Campur taugeh, ikan goreng tumbuk, kerisik, bawang merah, halia, perahan limau, dan bahan kisar yang telah dimasak sekejap tadi. Gaul sebati. Rasa garam dan gula serta tahap kemasaman yang disukai.

Kari tersedap bagi Kekny ialah kari ketam. Rasa ketam yang manis tu memang membuatkan kuah kari menjadi sedap. Kena pula digandingkan dengan buah nenas. Kari ketam versi mak Kekny buat dia ialah versi tak tumis. Orang utara panggil gulai lemak atau gulai darat. Tapi berbeza dengan masak lemak ketam tau sebab ni pakai rempah macam kari. Jika suka nak tumis darat pun boleh saja untuk tambah kewangian bawang tu. Jom cuba resepi mudah ni

PB045406ed

Resepi Kari Lemak Ketam 

Bahan-bahan
5-6 ekor ketam sederhana besar dibersihkan
1/2 biji nenas kecil dipotong ketulan besar
2 bungkus kecil rempah kari udang / makanan laut - boleh guna rempah ikan + rempah kari daging
2 cawan santan pekat secukupnya
2-3 cawan air atau secukupnya atau boleh guna perahan cair santan
Garam secukup rasa

Bahan tumbuk
3-4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia


Cara penyediaan

Dalam periuk satukan bahan tumbuk bersama rempah, air atau santan cair dan didihkan (sehingga rempah masak).

Masukkan nenas dan biar lagi sehingga mendidih. Masukkan separuh santan dan garam secukup rasa.

Akhir sekali masukkan ketam dan masak lagi sehingga mendidih. Masukkan baki santan dan masak sehingga mendidih sekejap boleh la tutup api.

Cubalah resepi Kari Lemak Ketam Utara ni.. memang terangkat habis!

Nasi ayam goreng kunyit ni dengar kata sangat popular di sebelah KL dan dijual digerai sahaja. Ramai yang sanggup beratur menunggu untuk membeli nasi berlauk ringkas ni. Walaupun ringkas jangan tak tau, nasi ayam goreng kunyit ni ada tarikan tersendiri.

30782025162_514647df34_o

Keistimewaan ialah pada ayam yang diperap terlebih dahulu dengan kunyit dan bahan-bahan tumbuk atau kisar dan kemudian digoreng sehingga garing. Teknik goreng ayam kena betul supaya ayam rangup dan tak berminyak. Hidangkan dengan sambal belacan atau kicap lemak manis memang terangkat habis!!

Bagi yang tak dapat merasai keenakan nasi ayam goreng kunyit dari gerai jom kita buat sendiri. Lebih jimat dan puas makan..

P1015113ED

Resepi Nasi Ayam Goreng Kuyit 

Bahan-bahan
Nasi putih secukupnya
1/2 ekor ayam, dipotong kecil atau dadu
Semangkuk kacang panjang dipotong
1 biji bawang besar holland di belah 8 memanjang
3-4 batang cili merah atau cili padi dihiris
1 sudu besar lada sulah
1-2 sudu besar sos tiram
sedikit garam ( jika perlu sebab sos tiram sudah masin)

Bahan tumbuk
3 inci kunyit hidup
1 inci halia
4 -5 ulas bawang putih
4-5 ulas bawang merah
2 inci lengkuas - jika suka tak ada pun takpe

Cara penyediaan

Ayam diperap dengan garam, sos tiram, lada hitam, dan bahan tumbuk. Perap selama sejam atau lebih

Apabila nak goreng, tabur sedikit tepung jagung keatas ayam dan gaul rata, Ini bertujuan merangupkan bahagian luar ayam apabila digoreng

Panaskan minyak yang banyak dan goreng ayam secara deep fried sehingga garing

Apabila garing, angkat ayam dan ketepikan

Menggunakan minyak yang sama masukkan bawang besar ke dalam minyak panas tadi dan juga diikuti dengan kacang panjang. Goreng sehingga keduanya agak layu

Angkat dan curahkan atas ayam goreng tadi. Minyak tu jangan ambil pula. 

Hidangkan atas nasi bersama sambal belacan dan kicap.

Sedapkan sekali sekala masak nasi ayam goreng kunyit ni

Kalau makan tomyam Kekny prefer tomyam yang cair cair tapi rasanya cukup masam pedas dan kena sikit manis. Kalau jenis di restoren siam tu kadang kala terlebih masin dan manis sangat rasanya sampai jadi muak. Actually tomyam kaw ala kedai ni letak susu sejat dan sedikit susu pekat manis, ada juga letak santan kotak sikit bagi melemakkan rasa kuahnya tu. Tapi tomyam yang sedap bergantung kepada pes tomyam tu sendiri kan. Kalau nak resepi tomyam jernih boleh tengok sini...
P8293680ed

Disebabkan DH peminat tomyam jenis kaw ni, buatlah juga dekat dia. Sekali sekala buat tomyam jenis ni memang sedap. Tapi makesure jangan terlebih garam dan gula hehe..
P8293681ed

Tomyam jenis pekat ni memang letak banyak pes tomyam didalam. Sebab tu kena seimbangkan rasanya dengan susu atau santan. Kekny tambah tomato yang dilenyek nak bagi kuah tu pekat dan rasa masam tu datang  dari tomato. Nanti cuba yee!
P8293667ed

Resepi Tomyam Susu

Bahan-bahan
Isi ayam dipotong kecil
Isi udang dibuang kulit
Sotong, dipotong
2 batang serai
2 inci lengkuas dipotong nipis
2 biji tomato hancurkan - lenyek
6-7 biji cili padi diketuk
Sedikit cendawan tiram
2 biji tomato dibelah 8
2 ulas bawang besar kuning, dibelah 8
1 botol kecil pes tomyam brand Peace (botol ungu)
1 cawan susu sejat (atau lebih jika perlu)
2-3 sudu besar sus pekat manis (ikut kemanisan)
3-4 sudu besar perahan limau kasturi
2 helai daun limau purut
Air secukupnya

Cara penyediaan

Panaskan air dan masukkan isi ayam, lengkuas, serai dan garam, didih hingga ayam empuk. 

Apabila ayam empuk, masukkan pes tomyam dan tomato yang dihancurkan. Kacau rata. Masukkan daun limau purut dan biar mendidih lagi.

Masukkan cili padi, bawang besar.. Masukkan cendawan tiram dan tomato. Masak seketika.

Masukkan susu dan susu pekat manis. sesuaikan rasa masin dan manis. Biar lagi sehingga mendidih baru masukkan sotong dan udang. Akhir sekali masukkan perahan limau jika nak lagi masam.
Dah banyak kali dah buat ikan sweet sour laici ni... layan kan lah kan resepi ulang tayang ni hehehe.. Kali ni Kekny pakai ikan kembung jenis besar-besar tu. Fresh dari pasa Kuala Kedah. Memang manis isinya. Kalau nak gantikan laici tu dengan nenas pun boleh je. Kita buat dia kan..

P8293684ed P8293686ed

Ikan Sweet Sour Laici


Bahan-bahan
Ikan Bawal, Siakap Jenahak Yang sesuai dibuat sweet sour
2 sudu besar tepung beras
1 tin laici
2 senduk cili kering kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos plum (atau sos tomato biasa)
2 sudu besar sos tiram
1 biji capsicum dipotong dadu
2 pokok daun sup dan daun bawang dipotong kasar
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan bersama 1/3 cawan air

Bahan tumbuk
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara penyediaan
Ikan digaul dengan garam dan kunyit dan kemudian golekkan atas tepung beras dan goreng (deep fried) sehingga garing.

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sekejap sehingga cili masak dan garing.

Masukkan separuh air laici dalam tin. Masukkan sos cili, sos tiram, sos plum, sedikit garam  dan biar mendidih. Adjust rasa, jika kurang manis boleh tambah lagi air laici, jika terlebih manis, tambah air biasa. Bila dah mesra masukkan bancuhan tepung jagung untuk sedikit pekat. Masuk sedikit demi sedikit dan adjust kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri.

Masukkan capsicum dan masak seketika. Akhir sekali masukkan laici dan masak sekejap je baru tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup kedalam kuah.

Bila nak makan barulah curahkan kuah sweet sour tadi keatas ikan.
Jering tua ni mak mentua bagi masa balik kampung 2 minggu lepas. Ya ampun terperam dalam peti sejuk baru nak masak. Bukan apa, tak ada keberanian nak masak heehee. Sebab Kekny tak berapa suka jering ni macam ulam jering tu memang tak makan. Mak mentua Kekny cakap, jering muda yang dibuat ulam. Rasa dan bau jering muda memang kuat. Tapi jering tua ni sedap digulai (masak lemak) dan rasa dia tak kuat dan kurang berbau. Bila dengar kurang berbau tu lah baru berani nak cuba.

PB095481ed

Jering tu perlu direbus sehingga lembut, kemudian tumbuk-tumbuk sikit tapi jangan hancur, biar pecah-pecah saja. Boleh la dibuat masak lemak macam biasa letak udang dan sebagianya. Bila pertama kali rasa jering tua  ni sedap pulak rasa dia, macam ubi atau lebih tepat rasa dia macam biji cempedak yang direbus hihihi. Laaa macam ni ke rasanya jering tua... Pertama kali makan. Kalau jering muda tu rasa dia rangup sikit.
PB095494ed

Ok jom tengok resepi masak lemak Kekny.
PB095499ed


Resepi Masak Lemak Jering Tua Dan Udang

Bahan-bahan 
Jering tua secuupnya, dikupas dan direbus sehingga empuk, kemudian diketuk sampai pecah sikit
Udang secukupnya dibuang kulit
300 ml santan pekat
250 mlm santan cair
2 batang Serai - diketuk
Garam secukupnya
1-2 asam keping


Bahan ditumbuk
2-3  inci kunyit hidup (atau gantikan 1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit)
7-8 biji cili padi merah dan hijau - supaya warna kuah cantik kena campur warna merah dan hijau
4-5 ulas bawang merah

Cara penyediaan

Masukkan bahan tumbuk bersama santan cair, jering, udang, serai, asam keping, garam. Didihkan.

Bila mendidih dan udang masak, masukkan santan pekat sambil dikacau. Tambah garam jika perlu.
Kaca sehingga santan masak tetapi jangan sampai mendidih takut santan pecah pula. Angkat dan hidangkan.

Kalau ke Ipoh atau Batu Gajah Perak, korang boleh singgah ke Tronoh untuk menikmati kesegaran udang yang dimasak pelbagai menu. Kalau sebelum ni Kekny share pengalaman merasai Mee Udang di Kuala Sepetang, kali ni jom kita terjah Mee Udang Tronoh pula.


Pekan Tronoh, Perak

Pekan Tronoh, pekan kecil terletak diantara Batu Gajah dan Bandar Seri Iskandar. Kini pembangunan pesat di Tronoh selepas terbinanya Ipoh Lumut Highway yang menghubungkan Ipoh dan Lumut. Kedai Mee Udang ni terletak betul di tepi Jalan Ipoh Lumut Highway, iaitu shop lot berdekatan Stesen Minyak Petron, disebelah kanan dari Ipoh menghala ke Lumut. Pekan Tronoh di juga berhampiran UiTM Seri Iskandar dan Universiti Teknologi Petronas.

Banjir Udang Dalam Pinggan

Ni nasi goreng udang banjir. Memang penuh udang dalam tu. Puaslah meratah udang.Udang pula memang besar dan segar. rasa sangat manis isinya.
P_20160209_100710

Nasi Goreng Udang biasa pun ada kalau tak nak yang banjir udang... sesuai untuk kanak-kanak.
PA285297ed

Boleh juga order sambal udang sebagai lauk atau hidangan sampingan. Sambal tu sedikit manis, mungkin menggunakan tambahan sos. kalau sambalnya dibuat ala sambal tumis petai saya kira lagi sedap!
PA285304ed

Udangnya fresh dan kurang rasa berpasir... tengok kami order nasi goreng banjir udang, dan sambal order udang lagi.. ish kolestrol kolestrol hehehe..
PA285305ed

Ini paling win, mee banjir udang. Sedap betul! Rasa kuah mee dia sedap, pedas manis dan cukup rasa. 
P_20160209_101320

Kedai dari luar.. nama kedai ni Restoren Selera Matang yang ada segala macam jenis masakan udang. Terdapat juga udang galah disini tau.. kalau nak cuba boleh lah ke sini. Kalau dari Ipoh lebih kurang dalam 45 minit perjalanan.
P_20161028_085345ed
Kali pertama ke Pantai Remis Perak. Berdekatan dengan Lumut dan Telok Senangin. Ada juga Pantai Remis di Selangor kan kalau tak silap. Tapi yang Kekny pergi ni di Perak. Bukan apa husband selalu cakap seafood disini sangat fresh. Ada jual ketam yang masih hidup dan baru ditangkap. Teruja pula dengar.

Hasil tangkapan di Pantai Remis. Kalau nak tahu, di sini hasil laut dijual ditepi-tepi jalan je. Tak ada pasar khas. Sepanjang jalan tu ada jual.

Ni yang Kekny masak di rumah mentua hari tu. Ikan Jenahak Masak Sweet Sour reuest by DH. Dh Kekny tu memang dia akan mintak masak sweet sour je hihihi.. Ketam pula buat sup bersama kentang, sotong je tak masak lagi sebab ni pun dah banyak lauk. Yang kuning tu Lokan Goreng Kunyit.

P_20161007_140851ed

Kekny beli ikan jenahak merah (red snapper) sekilo RM 24 sahaja. Dapat la kurang sikit seekor tu. Beli juga Sotong yang besar sekilo RM20, ni memang murah sebab sotong besar selalunya sekilo RM25-28. Ketam pula memang masih hidup dan harga sedikit mahal, RM38 sekilo. 3 ekor ketak besar cukup sekilo hehehe.
P_20161007_103334ed


Ni lah Lokan. First time Kekny tengok lokan ni. Tak pernah jumpa kat kedah. Murah tau sekilo hanya RM3.
P_20161007_104212ed

DH tengah beli Lokan. Atas nasihat kak tu, dia suruh beli isi yang dah dikopek, 1/2 kilo RM12. Sebab kalau beli yang fresh ni balik kena cuci betul-betul dan celur baru lah boleh kopek. Balik rumah tu masa nak masak Kekny macam nak pengsan tengok punya lah besar isi lokan, macam tak tertelan. hahahaha...

P_20161007_104124ed

Kalau nak merasa lokan, boleh lah ke Pantai Remis di Perak ni ye :)



Korang pernah makan ke? kalau di Kedah ni benda ni bukanlah sesuatu yang luar biasa. Tetapi nak mencari tu jenuh jugak la. Selalu dijual di gerai kuih muih. Sedap sangat yang Kekny beli ni, pedas pedas manis rasa dia dan suka gigit daun kari tu sekali.

P_20161017_182545ed

Dulu masa sekolah, kacang ni dijual 20 sen sepeket. Sekarang ni dah 1.50. Caara nak makan dia, buka sikit plastik atas tu atau gigit ja bahagian atas, terus tarik kacang dengan gigi terus masuk mulut hahahha.. dah tak kuasa nak makan pakai tangan habislah kotor. Takpun korang pakai sudu je pun boleh hehehe..

P_20161019_142442ed

Insyallah nanti ada kelapangan Kekny share resepi Kacang Kuda Pedas ni.... teringin juga nak buat sendiri ]

Roti Pulau Telur namanya. Roti Canai kuah banjir dan diletakkan telur goreng mata setengah masak diatasnya. Memang sedap. Kuahnya sepcial sikit sebab menggunakan kari daging kaw kaw punya. Kalau korang ke Jitra boleh la try... sedap!

P_20161021_082944ed  
Lokasi : Food Court depan TNB (round about Jitra) Jitra Kedah.
Makanan yang cukup senang nak buat ialah sandwich. Sandwich ni bukan sahaja sesuai untuk breakfast tetapi juga untuk dinner. Penyediaan cepat dan terlalu berat sesuai untuk yang berkerja tetapi nak makan makanan homemade yang healthy.

P8215272bred

Pernah dengar Quesadilla?

Quesadilla ni ialah roti tortilla yang diletakkan inti ditengah dan kemudian ditutup dengan sekeping lagi roti tortilla diatasnya. Kemudian dipanggang sekejap atas kuali leper, bahagian atas dan bawah atau boleh masukkan dalam oven juga. Bila agak garing roti, dipotong empat atau lapan dan dihidangkan. Kalau letak cheese didalam cheese tu akan mencair apabila apabila digrill... lagi bertambah sedappp.

P8215271bred

Ni Quesadilla Ayam Cheese yang kekny buat untuk breakfast tadi. Ada lebihan isi sup ayam tu kekny carikkan halus, gaul dengan sedikit mayonis, lada hitam dan garam. Ratakan atas roti tortilla dan tambah mayonis atau sos lagi, kemudian tabur parutan cheese. Letak lagi sekeping tortilla untuk menutup bahagian atas dan bakar selama 10 minit. Sedap sungguh makan dengan teh o panas tadi.. Ok jom tengok resepi dia kat bawah.. mudah je!

P8215269bred

Resepi Quesadilla Ayam Keju

Bahan-bahan

2 keping tortilla
1 keping dada ayam rebus, dicarik - boleh pakai lebihan ayam masak merah, sup ayam atau kari ayam
Keju cheddar atau parmesan diparut
1 biji tomato, dipotong nipis
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 sudu besar mayonis
Mayonis dan sos cili

Cara penyediaan

1. Ratakan sekeping tortilla dengan sos cili dan mayonis.

2. Tabur isi dada ayam yang dicarik, tomato dan bawang besar ke atas tortilla.

3. Tabur keju diatasnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan letak diatas sebagai penutup.

4. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 200C atau sehingga roti keperangan

5. Keluarkan dari oven, dan potong kepada 4 bahagian. Sedia dihidangkan panas-panas