Roti Tortilla Lapis Ayam Dan Cheese

Makanan yang cukup senang nak buat ialah sandwich. Sandwich ni bukan sahaja sesuai untuk breakfast tetapi juga untuk dinner. Penyediaan cepat dan terlalu berat sesuai untuk yang berkerja tetapi nak makan makanan homemade yang healthy.

P8215272bred

Pernah dengar Quesadilla?

Quesadilla ni ialah roti tortilla yang diletakkan inti ditengah dan kemudian ditutup dengan sekeping lagi roti tortilla diatasnya. Kemudian dipanggang sekejap atas kuali leper, bahagian atas dan bawah atau boleh masukkan dalam oven juga. Bila agak garing roti, dipotong empat atau lapan dan dihidangkan. Kalau letak cheese didalam cheese tu akan mencair apabila apabila digrill... lagi bertambah sedappp.

P8215271bred

Ni Quesadilla Ayam Cheese yang kekny buat untuk breakfast tadi. Ada lebihan isi sup ayam tu kekny carikkan halus, gaul dengan sedikit mayonis, lada hitam dan garam. Ratakan atas roti tortilla dan tambah mayonis atau sos lagi, kemudian tabur parutan cheese. Letak lagi sekeping tortilla untuk menutup bahagian atas dan bakar selama 10 minit. Sedap sungguh makan dengan teh o panas tadi.. Ok jom tengok resepi dia kat bawah.. mudah je!

P8215269bred

Resepi Quesadilla Ayam Keju

Bahan-bahan

2 keping tortilla
1 keping dada ayam rebus, dicarik - boleh pakai lebihan ayam masak merah, sup ayam atau kari ayam
Keju cheddar atau parmesan diparut
1 biji tomato, dipotong nipis
1 biji bawang besar, dipotong dadu
1 sudu besar mayonis
Mayonis dan sos cili

Cara penyediaan

1. Ratakan sekeping tortilla dengan sos cili dan mayonis.

2. Tabur isi dada ayam yang dicarik, tomato dan bawang besar ke atas tortilla.

3. Tabur keju diatasnya. Ambil sekeping lagi tortilla dan letak diatas sebagai penutup.

4. Masukkan kedalam oven dan bakar selama 10 minit pada suhu 200C atau sehingga roti keperangan

5. Keluarkan dari oven, dan potong kepada 4 bahagian. Sedia dihidangkan panas-panas

Post a Comment

6 Comments

  1. makin banyak keju makin sedap...hehehe...nak mencuba jugaklah resepi eny ni..

    ReplyDelete
  2. Sedapnyaaaaaa....nak buat macam ni gak

    ReplyDelete
  3. nak beli cheese nak buat, terliur! huhu

    ReplyDelete
  4. terliur baca entry ni siap ada cheese tu.

    ReplyDelete
  5. Memang suka makan quesadilla ni, sedap kemain. Tapi tak puas, kena wrap gitu jugak alkisahnya.. hahahaha

    ReplyDelete