Sup Ikan Salmon Brocoli

12:14 pm

Kekny sekarang ni cuba kurangkan makan nasi.. disebabkan mak dan adik-adik ke Melaka bercuti 3 hari, Kekny cubalah tak makan nasi hari ni dah hari ke 4. Ye lah selalu dorongan tu sebab ada nasi dan lauk di rumah tersedia bila balik. Jadi mesti kita makan. Ambil kesempatan bila takda orang kat rumah ni, masak yang healthy sikit. Ok ni sup salmon simple, letak sayur dan tauhu telur tu sedap juga hirup.. 

Kalau nak buat sup ikan ni make sure ikan yang kita pakai segar betul. Kalau tak segar memang lain macam je sup tu rasa hehehe. Kekny kalau buat sup seafood suka tumis bawang tu campur dengan tomato yang dibelah nipis. Asid dari buah tomato boleh hilangkan bau hanyir dan buat kuah rasa lebih sedap.

P8215456bred

Ok tak nak cakap banyak, jom tengok resepi simple sangat. Pejam mata pun boleh buat lah!

P8215456bred2 

SUP SALMON DAN BROKOLI

Bahan-bahan
2 keping ikan salmon
½ cawan brokoli, dipotong
1 batang celery, dipotong
1 biji tomato dibelah nipis
2 keping tauhu lembut, dipotong
3 ulas bawang putih, dihiris
3 ulas bawang merah, dihiris
1 inci halia, dihiris nipis
1 sudu kecil lada sulah
1 helai daun bay kering
2 inci kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
1 biji bunga lawang
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar ikan bilis, ditumbuk - sebagai perasa lebih sedap letak ni tau
1 sudu besar daun sup, dicincang
3-4 cawan air
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak, dan tumis bawang merah, tomato yang dihiris, bawang putih, kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga lawang sehingga wangi.

2. Masukkan air dan celery. Masukkan ikan bilis tumbuk, lada sulah dan garam. Masukkan juga daun bay kering. Biar sehingga mendidih

3. Masukkan kepingan ikan salmon, tauhu lembut dan brokoli. Masak lagi sehingga mendidih. Tabur daun sup dan  sedia dihidangkan

Saranan
Ikan Salmon boleh digantikan dengan ikan lain seperti ikan merah, tenggiri atau siakap.

Kena cuba resepi sup ikan salmon brocoli ni ye!


You Might Also Like

3 comments

  1. Healthy food ni Eny..biasa kak lina grill jer ikan salmon.Kalau kepala tu buat kari.
    Nampak sedap plak bila buat sup camni

    ReplyDelete
  2. sedapnya kekNy..kita pun sdg cuba nk kurangkan nasi ni

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com