Kek Pisang Walnut Yang Gebu

Kek pisang memang kegemaran Kekny. Orang kata kek pisang je kan, tapi ni bukan kek pisang yang letak esen pisang tu.. yang saya suka ialah kek pisang yang baunya harum pisang asli dan ada rasa lemak-lemak. Kegilaan kek pisang ni bermula bila isteri seorang senior engineer di office, Mr Wong yang selalu bagi kek pisang yang sangat lah sedap dan gebu. Kek pisang Mrs Wong moist tapi gebu. Sebab kebanyakan kek pisang kalau moist mesti sedikit berat dan agak padat kan... tapi ini kek nya ringan, gebu, dan berbau harum pisang serta lemak hasil dari pengunaan pure butter. Memang sejak dari kali pertama makan, asyiklah termimpi kalau lah dapat menghasilkan kek yang sama. Ni kali ke berapa puluh entah saya cuba kek pisang, akhirnya dapat juga kek pisang yang hampir menyerupai kek pisang isteri Mr Wong tu...

P1013752ed

Saya tambah walnut. Walnut memang sedap jika digandingkan dengan kek yang agak manis. Rasa lemak kacangnya offset kan rasa manis tu. Sedap juga kalau letak dalam kek buah. Saya pun hairan, walnut jika dimakan begitu sahaja agak pelik rasanya, tapi sangat sedap jika dimakan bersama kek.

P1013721ed

Tengoklah kegebuan kek pisang ni. Next time saya buat, nak masukkan sedikit cincangan dadu isi pisang sekali bersama pisang dilecek. Sebab masa makan kek ni, ada tergigit isi pisang yang tak berapa hancur tu, aduss sedap pulakkk... kek ni sengaja saya guna gula perang dan kurangkan lagi kandungan gula dari resepi asal agar rasa kurang manis. Saya walau suka makan kek, tapi kek manis sangat memang tak berapa gemar. Boleh pening kepala dibuatnya hehehe..

P1013735ed

Alhamdulillah impian untuk menghasilkan kek pisang premium kegemaran Kekny ni dah termakbul. Ingat nak buka order, tapi kek pisang ni supermarket pun baru RM5, nanti kita jual mahal dikata kita nak ambik untung lebih pula kan hihihi.. Tapi kalau dah rasa keenakan kek pisang ni memang jauh beza dengan yang dijual di pasaraya tu. Saya memang tak berapa suka kek pisang murah yang diletak esen pisang dalamnya. Ok jom tengok resepi kat bawah ni...

P1013796ed

Resepi Kek Pisang Walnut Gebu

Untuk acuan empat segi sama bersaiz 9 inci atau 10 inci
Bahan-bahan 
350gm pisang berangan atau pisang emas, pisang berangan lebih harum baunya - dilecek
400 gm tepung naik sendiri, diayak
250 gm butter, dicairkan dan biar sejuk dulu - saya pakai pure butter SCS dicairkan dalam microwave
6 biji telur
300 gm gula perang - saya pakai 230gm supaya tak manis
1 cawan tau 250gm kacang walnut cincang kasar - boleh digantikan dengan badam keping
2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar ovallete

Cara penyediaan

Masukkan ovalatte, telur dan gula dalam mixer dan putar sampai kembang.

Masukkan tepung dan isi pisang, putar lagi sampai adunan mengembang dan jadi pekat (ribbon stage)

Masukkan walnut. Simpan sikit untuk tabur dibahagian atas kek.

Perlahan kan mixer pada kelajuan paling perlahan, dan tuang butter cair perlahan lahan sambil diputar. Putar sekejap je supaya butter rata

Kacau dan kaup dengan spatula agar bahagian bawah mangkuk selalunya minyak atau butter tu tak rata bergaul dengan adunan. Kacau rata hingga sebati

Tuang dalam acuan beralaskan kertas baking yang digris. Jika suka susun kepingan pisang yang dipotong bulat bersama walnut diatas kek.

Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit atau sehingga kek masak. Ikut ketebalan adunan dan saiz acuan. Oven saya api atas bawah, saya cuma guna 160C sahaja.

Tips : Jangan bakar lama k, elok nampak dah keras kek dan cucuk tester tak melekat boleh lah terus keluarkan dari oven. Kek akan jadi keras kalau terlebih masak.



Post a Comment

7 Comments

  1. kek pisang yang buat sendiri lgi sedap dr beli di kedai.. hehe.. guna pisang yg dole tu fuh layanzz dia punya rasa kek pisang ni..
    ni pun tgh makan kek pisang ni .. hehe..

    ReplyDelete
  2. Keyny..akk pun suka kek pisang yg original bau pisang. Kalau kek pisang yang beli tu memang la gebu tapi macam tak berapa syok ja makannya..dah la manis. Hehehe

    ReplyDelete
  3. menggoda sungguh kek pisang tu. sudah tentu rasa yang berbeza berbanding kek pisang yang di pasaraya tu. rasa macam dibuat-buat. lagi pun bila letak walnut tu, ia menambah kan lagi tekstur kek pisang, more enjoyable

    ReplyDelete
  4. sedap dan nampak menarik sekali...

    ReplyDelete
  5. Thanks.Semalm try kek pisang walnut ni..sedappp sangat..tapi saya buat separuh adunan aje..texture dia lembuttttt sangat..

    ReplyDelete