Sayuq Lala Utara

11:59 am

Orang Kedah ni suka berkuah dan ringkas dipanggil sayuq (sayur) walaupun tiada sayur dalam tu hehehe..

Contohnya Sayuq Ikan (Resepi KLIK), Sayuq Manis Rebung (Resepi KLIK) dan kali ni Sayuq Lala. Lala ni sejenis kepah kecik kecik dan selalunya dibuat sup ringkas. Ada yang jenis lala letak seribu yang besar sedikit. Yang ni jenis lala kecik dan sesuai diabuat sup. Memang sedap kalau dapat hirup sayuq lala ni panas-panas dan lala tu kena fresh. Terasa air manis lala tu dalam kuah. Memang sedap.

Kebetulan ke pasar minggu lepas, dan terjumpa terus beli sekilo. Mak suka lala ni dibuat sup dan berselera dia makan. :)

P1013097ed

Resepi Sayuq Lala Utara

Bahan-bahan
1/2 kg lala kecil
2 pokok daun bawang
2 batang serai
3 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
Sedikit minyak
Air secukupnya
Sedikit lada sulah
Garam secukup rasa

Cara penyediaan 

Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah dan bawang putih yang dihiris bersama serai. masukkan lala dan air secukupnya. Masak sehingga mendidih dan terus masukkan lada, hirisan daun bawang dan garam secukup rasa. Sedia dihidangkan

You Might Also Like

7 comments

  1. kita pun suka sayuq lala org utara punya paverate hihi

    ReplyDelete
  2. Lala ni ada banyak jenis eh
    ..laina plak yg jenis yg tu..tp SA suka je apa pun jenis seafood...

    ReplyDelete
  3. sedapnya... mcm nak pergi beli je lepas blk kerja ni...

    ReplyDelete
  4. Singgah jalan-jalan
    http://un-titles.blogspot.my/2016/08/untitle-2.html?m=1

    ReplyDelete
  5. Oh senang saja buat sayuq lala ni noh. Sedap hirup sup dia ni!

    ReplyDelete
  6. Kekadang masakan simple cam ni sedap dengan nasi putih panas-panas kan.. nyum nyum..

    Jom join Giveaway Fabulous Four Bersama YanieYusuf.com. Klik : http://yanieyusuf.com/2016/08/fabulous-four-terbaru-dari-dominos-pizza/

    ReplyDelete
  7. Bab menu simple-simple macam ni memang akak suka.. Maklumla kurang rajin kan. hehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com