Sayur Manis Rebung

1:27 pm



Sayur bening macam ni kalau di kedah dipanggil sayur manis sebab tambahkan sedikit gula kedalam sayur tu supaya ada sedikit rasa manis dihujung hujung rasa. Sayur yang selalu digunakan ialah rebung segar yang diracik halus, bayam, daun asin-asin dan juga cendawan tiram. Nak campur –campur sekali pun boleh. Resepi ni tak menggunakan minyak langsung dan sesuai untuk yang berdiet.

Sayur Manis Rebung
Rebung jenis kecil diracik halus.
Daun Bayam secukupnya
3-4 biji cilipadi 
3 ulas bawang merah
Sedikit belacan
1 sudu besar gula - ikut nak manis macam mana. Selalunya sayur ni rasa dia manis sikit. Kalau tak suka tak payah letak
Garam  secukup rasa

Cilipadi, bawang dan belacan ditumbuk kasar kasar
Rebung yang diracik hendaklah direbus sehingga lembut, cuba rasa air rebusan kalau pahit buang air tu dan masuk air baru kemudian didihkan semula.
Bila mendidih, masukkan cili padi  dan bawang yang ditumbuk tadi. Masukkan garam dan sedikit gula.
Akhir sekali masukkan bayam dan tunggu sehingga bayam lembut barulah diangkat.
Senangkan!








You Might Also Like

39 comments

  1. Menyesal pulak Cik Iman tekan link nie sebab lapar :( lol

    ReplyDelete
  2. cantik bebenor gambar sis snap. yang tak lapar pun terus lapar nampak pic menarik sangat

    iamFyna^^

    ReplyDelete
  3. betul2 bukak selere.. makang time paneh.. sodapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. sayur kena makan terus lepas masak.. lambat takut hilang khasiat

      Delete
  4. mkkn dgn nasik panas2 perghhhh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah xpndang dh sapa lalu belakang kan ana

      Delete
    2. hohoho.. memang perghhhh betul

      Delete
  5. ehh err alamak ana x pndai makan rebung. sbb yg slalunye kalo kt kdai mkn tu depa guna rebung jeruk kot no sbb ada mcm bau2 sikit hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu rebung jerokk xsedpt rebung asli sedap

      Delete
    2. susah betul nak dapat rebung nih

      Delete
  6. makan dengan ikan gelama masam goreng...sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. nk blk cari ikan gelama masam lah hujan2 sedap ni

      Delete
    2. ada sambal belacan memang kick betul

      Delete
  7. saya paling suka gulai rebung dengan kaki ayam. sehingga menjilat pinggan. haahaaaaa

    ReplyDelete
  8. pekena dengan sambal belacan sedap nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. sambal belacan dgn sayur manih rebung memng gu dia azman

      Delete
    2. berpeluh peluh ketiak makan.. hehehehe

      Delete
  9. Replies
    1. perut kenyang adalah perut yang baik.. hehehehe

      Delete
  10. lepas makan.. perut kenyang... hehehe

    ReplyDelete
  11. kominasi lauk dan sayur yg awesome la eny

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kalau tak jemu juga dgn menu yg sama

      Delete
  12. wow..tak pernah masak macam ni lg...rupanya boleh mix erk...hihihi

    ReplyDelete
  13. wow..tak pernah masak macam ni lg...rupanya boleh mix erk...hihihi

    ReplyDelete
  14. Kak Eny ni memang kreatif tau, resepi2 yang ada kebanyakannya kita tak tahu dan tak terfikir pun..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com