Laksa Lemak Ala Laksa Johor

10:10 am

Hai semua,

Teringin laksa yang berkuah lemak dan pekat. Ada dua pilihan sama ada laksam atau laksa johor. Disebabkan kemahiran membuat mee laksam masih belum dikuasai dan penyakit kurang keyakinan diri melanda, maka pilih option ke dua iaitu Laksa Johor. Tapiiii sebelum kena keji dengan orang Johor, baik saya mengaku siap-siap, ni laksa lemak ALA laksa johor bukan laksa johor betul ye. Sebab banyak bahan laksa johor saya skip sebab last minute memang susah nak cari apatah lagi banyak pula bahannya tu, Jadi lah laksa lemak ala laksa johor pun janji sedap hehehe..

P7222740ED

Spaghetti pun tak reti nak cap (simpulan laksa johor) dan timun tu maaflah tak berapa reti nak potong, jadilah kan macam tu pun hehehe...
P7222755ed

Sambal belacan tu memang sedap dimakan bersama laksa ni. Memang terbaik! Saya tidak menggunakan sebarang pes cili dalam kuah laksa lemak ni, tapi kalau korang nak tambah boleh je supaya kuah jadi merah elok dan pedas sikit. Saya cuma gunakan rempah kari semata. Dalam tu pun dah ada serbuk cili cuma kandunganya tak la banyak mana..
P7222760ed

Resepi Laksa Lemak Ala Laksa Johor

Bahan-bahan kuah
1 kg ikan selayang (sardin), direbus bersama sedikit asam keping, halia dan lengkuas, ambil isinya dan tumbuk atau kisar
Tulang ikan pula dikisar bersama air rebusan dan tapis menggunakan penapis raga plastik - bukan penapis santan ye.
1 cawan isi udang - dikisar
2 cawan santan pekat
2 peket kecil rempah kari daging
1 peket kecil rempah kari ikan
3-4 keping asam keping
3 batang serai dititik
2 kuntum bunga kantan - dibelah dua
Daun kesum
Minyak untuk tumis
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
1 paket spaghetti direbus sehingga betul-betul kembang dan lembut - rebus lama

Bahan kisar
1 sudu besar udang kering
2 batang lengkuas sederhana  - hiris nipis
1 biji bawang besar
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
3-4 biji buah keras - saya tambah

Bahan ulam (dihiris halus dan nipis)
Daun pudina
Timun
Bawang besar
kacang panjang
Taugeh

Sambal belacan
5-6 biji cili merah
1/2 sudu besar belacan
1-2 sudu besar perahan limau nipis / kasturi

Kisar cili merah dan belacan menggunakan blender kering. Gaul sebati dengan perahan limau

Cara penyediaan kuah

Panaskan minyak, bahan kisar sehingga wangi, masukkan serai yang dititik, kemudian masukkan campuran rempah kari daging dan ikan yang telah dibancuh dengan sedikit air.

Tumis sehingga rempah garing dan naik minyak

Masukkan air kisaran tulang ikan yang telah ditapis, isi ikan yang telah ditumbuk dan juga isi udang kisar.

Biar mendidih dan kemudian masukkan santan pekat. Masukkan asam keping bunga kantan dan daun kesom. Rasakan garam dan tambah sedikit gula jika suka. Kacau dan biar mendidih pada api perlahan beberapa ketika supaya kuah lebih pekat dan bertambah sedap. Hidangkan dengan mee spaghetti yang telah direbus lembut bersama bahan ulam dan sambal belacan


Jom cuba buat laksa lemak ala laksa johor yang tak kurang sedapnya ni

You Might Also Like

4 comments

  1. Saya menantu orang johor tapi tak pernah makan laksa johor. MIL pun suka masak laksa penang lagi. Hehe. Nampak sedap! 😊

    ReplyDelete
  2. saya pernah try sekali dulu buat pertama kali laksa johor.. masa tu memang tak terbayang laksa johor ni guna mee @ spaghetti. First time rasa memang pelik sebab biasa la orang kedah laksa dia memang berbeza. Tapi tengok gambar cik eny ni macam terliur pulak hehehehe

    ReplyDelete
  3. serius nampak sedap.. sy org Johor pun boleh dikira bpe kali makan laksa johor seumur hidup. susah nk jumpa yg sedap

    ReplyDelete
  4. perghhh daebakkk! nampak sangat menarik dan sedap heheehe. tak pernah try lagi masak (a.k.a tolong umi masak) laksa lemak ala laksa johor ni hahaha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com