Seafood Curry Pasta

12:33 pm

Masih tak jemu ke dengan ketupat, rendang dan kuah kacang? hehehe kalau ada yang dah jemu tu boleh la berubah selera sikit. Kalau pasta ni bolognese, carbonara atau sos putih dah biasa sangat kan. Jadi jom cuba masak pasta seafood curry ni. 

pasta kari makanan laut (3)1
Boleh gunakan sebarang jenis pasta ye. Saya pakai Penne pasta. Pasta ni rebus kejap je dah lembut dan saiznya besar-besar, makan sedikit pun dah kenyang. Seafood pun boleh dipelbagaikan dengan kepah, kupang atau lala. Juga boleh digantikan dengan bahan -bahan lain seperti isi ayam atau daging

pasta kari makanan laut (4)
Apa kata cuba masak pasta ni untuk hidangan tetamu raya.. mesti ramai yang suka tatkala masing-masing dah jemu dengan hidangan tipikal raya kan...
 pasta kari makanan laut (3)  

SEAFOOD CURRY PASTA

Bahan-bahan
100gm penne, direbus
4 ekor sotong sederhana besar, dipotong
10 ekor udang dibuang kulit
3 keping kepingan isi ikan merah, dihiris tebal
1 sudu besar serbuk kari udang atau makanan laut
1 sudu kecil serbuk kari daging
½ cawan tomato puri
3 ulas bawang putih
¼  cawan keju parmesan diparut
2 sudu besar minyak zaitun

Cara penyediaan

1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih cincang. Masukkan tomato puri, serbuk kari dan kacau rata. Masak seketika sehingga rempah masak.

2. Masukkan udang, sotong dan isi ikan. Masak seketika.. Jika terlalu kering boleh tambah sedikit air. Masukan garam dan gula serta lada sulah secukup rasa.

3. Masukkan penne yang telah direbus, bersama keju dan gaul rata. Sedia dihidangkan.

You Might Also Like

3 comments

  1. sedap nya Kak Eny........tengok udang tu...menjejes ailio..haha..

    ReplyDelete
  2. sedapnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee... leh cuba nanti ni.. hehe thankz share resepi.. :)

    ReplyDelete
  3. Sedapnyaaaaa....x leh tahan la tgok eny nyer gambar

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com