Apa Nak Buat Dengan Leftover Ayam Panggang?

1:00 pm

Kadang jika ke Tesco atau pasaraya lain, mesti ada promosi ayam panggang siap masak yang dijual murah. Kadangkala nak beli tapi tak tahu nak digandingkan dengan apa ayam tu. Bagi yang ada anak-anak yang suka kan ayam boleh je meratah je kan dicicah sos.

Actually there’s so much we can do dengan seekor ayam panggang siap masak ni. Kebetulan hari ni saya ada leftover ayam panggang ni. Seekor ni saiz kecil RM7. Bahagian peha tu dah hilang kena ngap, tinggal bahagian dada tu ada isi tebal.

P7162555ED

Jadi kita siat-siatkan isinya, potong nipis. Terpulang nak nak macam mana pun.. Kalau terlalu banyak, boleh bahagi-bahagikan ke dalam plastik atau food wrapper dan frozenkan.
P7162571ED

Cara Recycle Lebihan Ayam Panggang

Sandwich Ayam

Isi ayam digaul dengan mayonis atau sos thousand island, perahan lemon, sedikit lada hitam dan garam secukup rasa. Jadilah inti sandwich ayam

Salad Ayam

Jadikan isi ayam sebagai bahan protein dalam salad. Boleh gandingkan dengan pelbagai jenis daun salad dan curahkan saja salad dressing kegemaran

Hidangkan dengan pasta atau kuah pasta

Sangat sesuai dicampurkan dalam kuah pasta atau dimasak bersama pasta. Contohnya Mac & Cheese bersama isi ayam.. sedap!

Nasi Goreng Ayam

Masukkan je kepingan isi ayam panggang kedalam nasi goreng dan gaul sekali. Siap nasi goreng ayam!

Tabur Diatas Mee Segera / Meehoon atau Mee Goreng

Sedap juga kan kalau buat mee segera atau meehoon goreng simple, kemudian tabur je lebihan isi ayam ni.

Popcorn Chicken

Bancuh tepung saduran ayam yang dalam kotak tu, masukkan kepingan isi ayam tu dan goreng sehingga garing. Jadilah popcorn chicken yang rangup!

Tips ni bukan terhad kepada ayam panggang je, tapi boleh juga ayam rebus dari lebihan sup, ayam goreng atau juga ikan atau daging.


You Might Also Like

5 comments

  1. Perkongsian yang menarik.. selalu lebihan ayam buat nasi goreng je..
    Kali ini ada banyak choice.. thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. wahhhh..sedapnya ayam!! waktu puasa, memang suka makan ayam golek. selalu beli kat bazaar taman suria. hehehe.

    www.ceritaejoy.com

    ReplyDelete
  3. rajin ! bagus..sedappp kalau dapat makan ni

    ReplyDelete
  4. cantiknya gambar , terliur den

    ReplyDelete
  5. selalu beli ayam panggang..tp part yg di makan cuma kepak n peha je..lepas ni boleh buat sandwich..Heee...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com