Brownies Walnut

12:30 pm

Brownies Lebih Sedap Dengan Walnut!

Brownies ni kalau tambah kekacang didalamnya memang sedap! Lebih -lebih lagi kalau letak almond atau walnut. Resepi Brownies Walnut ni sama je macam resepi brownies saya yang lain, tapi ada sedikit pengubahsuaian supaya lebih kick hehehe.. Tapi Brownies Walnut memang lebih sedappp dari brownies biasa.. hehehe

P2261046ed

Atas tu saya paipkan coklat ganache atau kalau suka nutella pun boleh. Untuk resepi Homemade Nutella saya Klik SINI. Walnut rasanya berlemak tetapi sedikit tawar jika dimakan begitu sahaja. tetapi jika digandingkan dengan rasa kek yang manis memang sangat sedap jadinya.

Khasiat Kacang Walnut 

Sedikit infor tentang khasiat kacang walnut ni

1. Mengandungi kolestrol baik yang membantu menghapuskan kolestrol tidak baik dalam badan
2. mengandungi asid lemak bagus untuk kesihatan sel otak
3. Omega 3 didalamnya bagus untuk kesihatan dan untuk pencegahan kanser
4. Melindungi jantung dari pelabagai komplikasi
5. Bagus untuk menstabilkan tekanan darah
6. Sebagai makanan rutin semasa mengandung
7. Tinggi kandungan protein dan buat rasa lebih kenyang - membantu mengawal berat badan 

P2261042ed

Resepi Brownies Walnut

Bahan-bahan
450 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
1 cawan walnut, dicincang kasar dan tak perlu dipanggang
160 gm mentega
180 gm gula perang
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
120 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butter dan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata dan sejukkan sebentar

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan. Masukkan tepung dan coklat. Masukkan juga walnut yang dicincang. Simpan sedikit untuk ditabur diatas

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Tabur lebihan walnut diatasnya.

Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.

Note : Brownies lebih sedap dibiarkan semalaman sebelum dimakan. Lebih sedap selepas 2 hari dibakar. 


Jom cuba resepi Brownies Walnut ni!

You Might Also Like

7 comments

  1. Sedapnya brownies. Dengan coklat atas dia. Hmm.

    ReplyDelete
  2. Cool info pasal walnut ..

    Please kak , pos!!!

    ReplyDelete
  3. Salam eny

    Nak tanya brpa gram gula kastor ya? Sbb eny x tulis kt resepi tp kt cara penyediaan ada gula kastor.
    Thanks eny

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam. sorry hehe... resepi asal letak half gula castor dan half brown sugar, dalam ni saya pakai brown sugar sepenuhnya.. lupa nak edit word gula castor tu.. kalau nak pakai gula castor pun boleh atau bahagi dua 90gm castor dan 90 g brown sugar pun boleh je.. TQ ye

      Delete
  4. Hi !

    Bolehkah saya masukkan potongan coklat susu di dalam batter brownies bersama walnut? berapa angaran coklat susu boleh saya masukkan?

    Terima kasih

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com