Buat sendiri Nutella

11:37 am

Hi semua,

Mesti semua orang sukakan nutella kan! Haa kalau nak tau sebenarnya tak susah pun nak buat nutella ni. Kalau buat sendiri murah sikit kan dan boleh berjimat. hehehe..

Nutella sedap dimakan bersama biskut atau roti. Buat spread atas kek pun sedap..

Nutella ni coklat susu yang dicampur hazelnut, memang sedap gabungan coklat dan hazelnut tu.

P1230789ed

Resepi Homemade Nutella

Bahan-bahan 

200gm milk chocolate compound. Boleh juga pakai dark chocolate, tapi milk chocolate lagi sedappp. Nak sedap pakai jenama Beryls. Kalau rasa susah nak pi kedai baking beli chocolate ni, boleh pakai milk chocolate Cadbury je.

100gm UHT whipping cream. Boleh pakai jenama anchor. Kalau dipasaraya selalu dijual jenama Emborg dalam kotak kecil. Makesure timbangan didalam gram, bukan ml ye. kena tuang dalam mangkuk dan timbang.

2 sudu besar hazelnut paste - boleh dibeli di kedai baking. Actually kalau tak nak pakai hazelnut paste ni pun ok je, tetap sedap. Kalau prefer pakai kacang hazelnut yang dikisar halus pun boleh. Tapi kena kisar halus betul betul ye supaya tak berbiji.

1 sudu kecil mentega

P1230775

Hazelnut paste. Beli dah lama, sampai bertakung minyak atas tu hehehe..
P1230776

Cara penyediaan 

Tuang krim yang telah ditimbang kedalam mangkuk safe micorwave. Panaskan krim dalam microwave. Hati-hati dan kena sentiasa check, kerana produk susu jika dipanaskan cepat mengembang dan hangus. Agak mangkuk tu panas dah boleh keluarkan. Option lain jika tiada microwave ialah double boil atas api.

P1230777

Masukkan coklat, hazelnut paste, dan butter kedalam krim panas tadi. Biarkan sekejap dalam seminit supaya coklat dan butter mencair...
P1230778

Kacau dan terus kacau sehingga rata. Sejukkan dulu sepenuhnya sebelum dhidangkan. Bila sejuk akan jadi seperti nutella. Kalau nak lagi real, masukkan je dalam bekas nutella kosong heheheheh
P1230785

Nyumm memang sedap...
P1230791ed

You Might Also Like

4 comments

  1. haaa.. sedapnya..!! ratah macam tu je pun sedap kannn... hehehehhee... *ok abaikan diet* :p

    ReplyDelete
  2. salam akak eny!!!! waduh waduh nutella , yana memang telan sja hhiii

    ReplyDelete
  3. ni kalau anak sy tau, kompem dia hadap sorang je ni. :)

    ReplyDelete
  4. Cantik gambar2 dalam blog ni.
    Terima kasih sudi follow log saya..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com