Puding Roti Karamel Cheese

1:00 pm

Puding Roti Karamel lebih sedap dengan cheese

Mesti ramai yang suka puding karamel kan. Tapi puding roti karamel pun sedap juga apalagi ditambah sedikit keju didalamnya wallah lagi syahdu je masa gigit tu hehehe...

Alhamdulillah ada sedikit masa terluang ni dapatla buat puding ni untuk family. Kalau ikutkan masa agak terhad sekarang ni... nak update blog ni pun bercinta..

P3291333ed

Sebenarnya nak buat puding ni tak lah sesusah mana. Bentuk dan rupanya seolah puding ni agak susah nak dibuat. Tetapi kalau kita ikut step dan sukatan betul, inysallah menjadi...
P3291343ed

Puding Roti Karamel ni sedap dibiarkan sejuk semalaman dalam peti ais. Esoknya bari nikmati time panas pulak tu... memang nikmat!

P3291346ed P3291335ed

Puding Roti Karamel Cheese

Bahan-bahan karamel
8 sudu besar gula pasir
4 sudu besar  air panas
1/2 sudu kecil garam

Cara Penyediaan karamel
Masak gula di dalam kuali dengan api yang perlahan sehingga cair dan perang. Masukkan air panas dan kacau sehingga gula larut sepenuhnya. Masukkan garam. Tuang ke dalam loyang dan ketepikan. Boleh sediakan awal terlebih dahulu dan simpan dalam peti sejuk. Lebih sedap rasa karamelnya

Bahan bahan Puding
8 keping roti gardenia carik carik
2 sudu besar krim keju
2 cawan air suam
2 cawan susu cair
1 cawan susu pekat manis
6 biji telur – pukul sedikit
2 sudu teh esen vanilla

Cara penyediaan

Panaskan pengukus sehingga air mendidih

Dalam pengisar (blender) Kisar roti, cream cheese, susu pekat, susu cair dan air suam. Kisar sehingga betul-betul halus dan sebati.

Masukkan telur dan esen vanila dan kisar sekejap sehingga sebati je.

Sediakan mangkuk kaca tahan panas atau loyang. Sudukan karamel kedalamnya dan tuang bahan kisar kedalam mangkuk dan masukkan ke dalam pengukus

Kukus selama 20-30 minit. Ikut saiz dan ketebalan puding. apabila permukaan puding bila digoncang nampak beku bolehla diangkat

Sejukkan seketika dan masukkan dalam peti sejuk. Hidangkan ketika sejuk.

Tips : bila nak keluarkan dari acuan, boleh panaskan bahagian dasar acuan dengan lilin dan telangkupakan acuan keatas pingan.



You Might Also Like

6 comments

  1. Nicely prepared Kak Eny. This is my favourite. Selalu cari, especially masa bulan puasa. Pasti caramel pudding ni la first thing saya cari. Tapi susah betul nak cari yang sedap. Kadang-kadang the syrup terlampau manis, kadang-kadang pudding terlebih rasa telur and kadang-kadang bila sampai rumah, syrup dah habis tumpah. HAHAHA!

    ReplyDelete
  2. Hari tu nieyl buat puding roti karamel je..sedap jugak...
    nant nak try akk punya resepi pulak..

    ReplyDelete
  3. saya penah try buat..tp bila kukus tu dia tak cantik lah..hmm..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com