Ikan Sweet Sour Bersama Laici

1:52 pm

Ikan sweet sour ni memang favourite DH. DH kalau balik Kedah mesti nak saya masakkan dia Ikan Sweet Sour. Kali ni saya letak laici dalam tu.. sedap juga rasanya letak laici.. Kalau biasa kita letak nenas atau buahan dalam tin.. kadang saya ada juga letak buah oren macam dalam resepi ni IKAN SWEET SOUR BERSAMA OREN . Apa pun kalau kita letak kita pandai olahkan rasa dia mesti menjadi.. Sebab tu masak ni kena kreatif.
P5071983ed Kalau nak pedas boleh tambah cili api yang diketuk... mesti lagi sedap. Ini saya buat kurang pedas
P5071988ed
Sedap digandingkan dengan nasi panas, sayur goreng dan telur dadar hehehe...
P5071977ed

Ikan Sweet Sour Laici

Bahan-bahan
Ikan Bawal, Siakap Jenahak Yang sesuai dibuat sweet sour
2 sudu besar tepung beras
1 tin laici
2 senduk cili kering kisar
1 senduk sos cili
1 senduk sos plum (atau sos tomato biasa)
2 sudu besar sos tiram
1 biji tomato dipotong dadu
2 pokok daun sup dan daun bawang dipotong kasar
1 sudu besar tepung jagung dilarutkan bersama 1/3 cawan air

Bahan tumbuk
3 ulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia

Cara-cara 
Ikan digaul dengan garam dan kunyit dan kemudian golekkan atas tepung beras dan goreng (deep fried) sehingga garing.

Dalam kuali, panaskan sedikit minyak goreng ikan tadi, tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Masukkan cili kisar dan tumis sekejap sehingga cili masak dan garing.

Masukkan separuh air laici dalam tin. Masukkan sos cili, sos tiram, sos plum, sedikit garam  dan biar mendidih. Adjust rasa, jika kurang manis boleh tambah lagi air laici, jika terlebih manis, tambah air biasa. Bila dah mesra masukkan bancuhan tepung jagung untuk sedikit pekat. Masuk sedikit demi sedikit dan adjust kepekatan kuah mengikut citarasa sendiri.

Masukkan tomato dan masak seketika. Akhir sekali masukkan laici dan masak sekejap je baru tutup api. Tabur daun bawang dan daun sup kedalam kuah.

Bila nak makan barulah curahkan kuah sweet sour tadi keatas ikan.

You Might Also Like

6 comments

  1. mmg sesuai utk juadah pose... sbb simple jgk resepinya

    ReplyDelete
  2. Terus lapar perut SA...oh tidakkk

    ReplyDelete
  3. Idea menarik dalam sweet sour letak laici.
    Kalau dah pakar masak ada-ada jer... idea kreatif kans..

    ReplyDelete
  4. Balik Penang nanti pau my mummy la suh masak camni.. haha

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com