Bubur Daging Pedas

11:05 am

Resepi ulang tayang, tapi tak jemu dengan bubur nasi. Baru-baru ni demam dan batuk, maka memang rasa nak makan bubur je hari hari hehehe... Simple je bubur pedas ni, boleh guna bahan apa ada dirumah. Kalau tak ada daging, gunalah isi ayam, udang atau isi ikan pun sedap. Kita yang buat dia kan...

P7021679ed

Nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada semua ibu, yang bukan ibu tetapi mengharap menjadi ibu  (macam saya hehehe) dan juga yang bakal menjadi ibu.... 

P7021677ed

Resepi Bubur Daging Pedas

Bahan-bahan 
Beras
Air secukupnya
Sedikit halia dicincang
Sedikit bawang putih dicincang

Bahan-bahan perapan 
Daging - dihiris nipis-nipis
Serbuk cili yang jenis kasar (chilli flakes)
Sos tiram
Sedikit lada hitam
Minyak bijan
Sedikit minyak untuk tumis

Cara-cara

Perap seketika daging bersama semua bahan diatas.

Rebus beras bersama halia dan bawang putih sehingga jadi bubur nasi.

Tumis atau goreng daging yang diperap dalam sedikit minyak sehingga daging agak masak.

Masukkan daging goreng tadi kedalam bubur nasi dan rebus seketika sehingga daging empuk dan lembut.

Hidangkan dengan titisan minyak bijan beserta taburan bawang goreng, daun bawang dan daun sup

You Might Also Like

5 comments

  1. Perfect timing! I mmg tgh mencari cara lain nak buat bubur nasi from my usual technique. Resepi yg ni mcm best je. Hubby and daughter love bubur nasi. Thanks for sharing your recipe. Happy mother's day to you too! =)

    ReplyDelete
  2. Macam sedap jer bubur daginv pedas kek ny...

    ReplyDelete
  3. ermm sesapnya first time singgah sini hai k.eny #kbba9 nt singgah sini yer http://permatabiru0310.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Ni bubur Moi .. ala kalau yg mamaD buat selalu tu . Moi sup ha sama tapi x srupa.

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com