Asam Pedas Telor Mayong

1:15 pm

Sesekali ke pasar, terjumpa pulak ikan mayong bersama telornya. memang feveret mak jadi ambillah sepinggan. Saya tak berapa makan ikan ni.. tapi hari tu buat pertama kali rasa telurnya, sedap juga hehehe... Bagi yang nak tahu keenakan telor ikan mayong ni memang kena cuba... rasa dia lemak lemak sikit.

P3291313ed P3291319ed

Asam Pedas Ikan Mayong Bersama Telur

Bahan bahan:
1 ekor mayong / duri dipotong
Telor Ikan mayong
1 sudu kecil pes asam jawa
2 sudu besar serbuk ketumbar - boleh pakai jenis biji disangrai dan dikisar kering
2 sudu serbuk  jintan manis - boleh pakai jenis biji disangrai dan dikisar kering
6-7 sudu besar cili kering yang direbus, dibuang biji dan kisar bersama sedikit air
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
1-2 inci kunyit hidup
1-2 inci halia
8 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih

Cara cara:
 Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama cili kisar sehingga wangi dan cili benar benar garing dan masak. Masukkan air secukupnya.

Bila kuah mendidih, masukkan ikan. Masukkan garam dan air asam secukupnya. Sesuaikan rasa dan bolehlah diangkat.

You Might Also Like

3 comments

  1. tak pernah lagi try telur mayong ni. tapi asam pedas tu nampak menyelerakan

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com