Black Pepper Beef Burger

10:13 am

Hai semua... selamat berhari minggu...

Jom buat Black Pepper Beef Burger atau Burger Daging Lada Hitam ala prosperity burger yang sedap tu hehehe.. Tapi saya pakai kepingan daging yang dihiris nipis, diperap dan kemudian dipanggang. Sedapppp sangat.Kalau nak gantikan dengan daging burger segera pun boleh je cuma biasalah daging burger segera banyak lemaknya dan kurang khasiat daging. Ada yang cuma diperbuat dari hampas soya dan diletakkan perasa daging. Lebih baik makan daging lembu sebenar dari daging tiruan yang penuh perasa. Kalau rasa susah nak buat daging burger guna minced beef, boleh je pakai daging slices macam ni. Tak payah bentuk bulat sekeping pun ok je, kita yang buat dia kan...

P8266667bred

Sos black pepper pun homemade. Pakai yang beli punya tak menepati citarasa. Cerewet kan hehehe
P8266708bred

BURGER DAGING LADA HITAM

Bahan-bahan
400gm daging lembu, dihiris nipis
3 keping bun roti panjang
1 sudu besar lada hitam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil kicap pekat
2 ulas bawang putih, ditumbuk
1 ulas bawang besar kuning, dihiris nipis
4 helai daun salad segar

Cara penyediaan

1. Daging lembu digaul bersama lada hitam, sos tiram, kicap pekat, bawang putih ditumbuk. Perap seketika.

2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper dan tumis (stir fried) daging sehingga lembut dan masak. Saya masukkan sedikit air sebab nak cepatkan daging empuk. Bila dah empuk, tunggu sehingga air kering.

3. Potong dua roti bun, sapu sedikit mayonis dan mustard. Susun bawang besar, letak inti daging dan salad ditengah-tengah bun. Tuang sos keatas daging dan sedia dihidangkan.

RESEPI SOS LADA HITAM

Bahan-bahan 
1/2 cawan lada hitam dikisar
2 sudu besar mentega
3-4 sudu besar kicap pekat
1/2 cawan susu
1 ulas bawang besar dicincang
1 sudu besar tepung jagung dibancuh dengan sedikit air
air secukupnya
1 kiub perasa ayam (optional) - dilarutkan dengan sedikit air
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
Panaskan kuali dan masukkan mentega. Masukkan bawang dan masak seketika sehingga layu. Masukkan susu, kicap dan lada hitam. Tambah air secukupnya bersama kiub perasa ayam ikut lah nak pekat macam mana kan. Masukkan garam dan gula secukup rasa

Biar mendidih dan masukkan bancuhkan tepung jagung untuk memekatkan kuah, Kacau sehingga pekat.

You Might Also Like

4 comments

  1. buat sendiri lebih jimat kan :) yeahh lagi resepi yg nak dicuba

    ReplyDelete
  2. salam kak eny lama tak singgah sini , buka je blog akak fuh terliur teruih tgk header

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com