Serawa Pisang Utara

1:52 pm

Serawa pisang ni ialah pengat pisang.. buat yang tak tahu tu kan hehehe..

Hai semua, semoga semua sihat ja. Saya hari kedua sakit kaki. Semalam dah ambil MC, hari ni gigih juga ke pejabat hehehe..

Serawa ni kalau diutara, ada pelbagai jenis. Ada dari nangka, cempedak, durian, keledek, ubi kayu dan juga ubi keladi. Ada juga yang letak gula merah didalamnya dan kuah serawa keperangan sikit. Ikut selera masing-masing. Sedap dicicah bersama roti putih atau tabur biskut cream cracker didalam tu..... heaven!!

Just nak share resepi simple dan mudah ni..


P6190695ed

Serawa Pisang Utara

Bahan-bahan 
8-10 biji pisang emas atau pisang awak yang belum berapa ranum
2 cawan santan pekat + secubit garam
1/2 -1 cawan air - ikut kepekatan
Gula - ni ikut kemanisan. Masuk sikit demi sikit. Jangan risau last minute boleh adjust rasa manis tu.
1/4 cawan sagu - boleh kurangkan jika tak suka sagu banyak dalam kuah
2 helai daun pandan disimpul

Cara penyediaan
Rebus sagu sehingga kembang dan tapis.
Dalam periuk satukan gula, pisang, daun pandan dan air, masak seketika.
Masukkan santan dan sagu. Kacau rata
Biarkan mendidih dan siap

You Might Also Like

6 comments

  1. nieyl x penah lagi buat pengat pisang...:)
    boleh lah nanti try resepi ni :)

    ReplyDelete
  2. terliurr...sy mmg hantu pisang ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. ana kurang sikit serawa pisang. tp kalo serawa durian mmg tak lepas peluang hehe
    moga kaki kak eny getting better. get well soon kak eny ;)

    ReplyDelete
  4. sedapnya tengok serawa pisang ni

    ReplyDelete
  5. Ok tringin nak buat... nmpk sedap sgt...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com