Kek Butter Cheese Lemak Dan Gebu!

10:33 am

Salam semua,

Pagi penuh kekecewaan sebab Kedah kalah final Malaysia semalam. Apa pun kalah menang adat pertandingan, yang penting usaha dan semangat kesukanan tu yang penting kan.

Apa pun, hari ni nak share satu resepi kek yang simple dan mudah membuatnya. Sedap pun sedap. Apalagi jika dimakan panas-panas baru keluar oven memang asyik. Kek jenis ni memang sedap dimakan panas. Tapi ada sesetengah kek yang kena dimakan sejuk sejuk baru terasa sedapnya. Contohnya kek span atau kek krim keju. Tapi kalau untuk brownies, kek coklat moist, kek butter, sedap dimakan panas atau suam atau pada suhu bilik.
PB171066ed

Hodoh betul hiasan atas kek  tu hehehe.. Saya bukan lah masuk kelas bakery atau cake decoration. Semua belajar kat You Tube je hehehe..

PB171019ed

Kek butter macam ni memang cepat kering jika kita tak pandai menyimpanya. Itu yang ada kes, rasa tercekik je kadang-kadang kalau makan kek butter ni hehehe.. Nak share juga lah tips kek kekal moist dan lembab.

PB171068ed

Tips Kek Butter Tidak Kering

Apabila kek sejuk, terus simpan kek dalam bekas bertutup atau tutup kek dengan sesuatu yang menghalang udara terkena kek. kek yang terdedah kepada udara boleh membuatkan tekstur kek cepat kering. sebab tu pentingnya ada bekas simpanan kek dirumah

Bakar kek secukup masak sahaja. Jangan terlebih bakar. Walaupun kek belum keperangan diatasnya jika cake tester atau pisau yang dicucuk tiada adunan melekat, kek boleh dikeluarkan dari oven

Petua yang saya dapat, masukkan sesudu atau dua sudu besar marjerin (contoh buttercup atau Planta) kedalam jumlah timbangan mentega. Adalah dipercayai marjerin berfungsi melembapkan kek. jadi kalau pakai pure creamy butter jenis Anchor atau SCS, tambah sedikit marjerin ye. Kalau dah memang pakai Buttercup tak perlu tambah lagi kerana Buttercup ialah campuran marjerin dan mentega.

Guna acuan biasa dan bukan nonstick. Ini berdasarkan pengalaman saya. Bila guna acuan nonstick, acuanya cepat panas dan mejadi sangat panas. Kek selalunya cepat perang dan kering. Jika guna acuan biasa kek cantik je sederhana perang, moist dan lembut. Memang mudah jika guna guna acuan nonstick tapi setiap yang mudah tak semestinya bagus kan?

Ok jom tengok resepi kek mudah ni.....

PB171050ed

Kek Butter Cheese

Bahan-bahan :
Untuk acuan 4 segi size 9 x  9 inci

170 gm mentega - saya pakai SCS tambah 2 sudu besar butter cup dan cukupkan 170gm
135 gm krim keju - saya pakai jenama Tartura
220 gm gula kastor
5 biji telur
200 gm tepung naik sendiri diayak - jika guna tepung gandum biasa, ayak dengan 11/2 sudu teh serbuk penaik
2 sudu teh vanila
1/2 sudu teh garam

Cara penyediaan 

Acuan digris dengan mentega dan lapik kertas pengalas kek

Panaskan oven pada suhu 160C atau jika oven jenis tiada kipas, suhu 170C api atas dan bawah

Campur mentega dan krim keju dalam mangkuk pemutar. Putar sehingga sedikit ringan dan kembang

Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil putar. Putar sehingga betul-betul kembang dan warna butter menjadi putih kekuningan

Masukkan esen vanila dan garam serta sebiji telur. Putar lagi selama seminit. Masukkan lagi sebiji dan putar lagi selama seminit. Ulang sehingga habis semua telur. Sambung putar lagi sehingga adunan ringan dan gebu.

Perlahankan speed pemutar dan masukkan tepung. Putar sekejap sehingga sebati dan tuang kedalam acuan

Masukkan kedalam oven dan bakar selama 25-30 minit sehingga cake tester atau pisau dicucuk bersih.

Keluarkan dari oven, guna pisau dan renggangkan bahagian tepi kek dari acuan

Terus telangkupkan acuan atas redai dan tarik acuan keluar. Keluarkan kertas pengalas dan biarkan kek sejuk seketika sebelum diterbalikkan semula.


You Might Also Like

8 comments

  1. Sedapnya tgk.. terbayang mkn kek pastu topping letak aiskrim.. yummehhh

    ReplyDelete
  2. salam kak eny nampak emmm emmm tgk pun nampak gebussss gebas gitu

    ReplyDelete
  3. owh.. baru tau.. tq untuk tips^^

    ReplyDelete
  4. Woah looks good , Selalunye kalau saya selalu buat bila kering kek tu saya tambah mentega dan wrapkan masuk dalam peti ais ( tp yang style orang bujang la ) Ahaks

    - Syamsid Blog -
    .

    ReplyDelete
  5. Gebunya kek. Sangat tempting melihatnya :)

    ReplyDelete
  6. nampak ja memang sedap lah dek hehehe

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com