Resepi Kimchi Cara Mudah

12:18 pm

Kalau peminat drama korea dan Running Man mesti terliur tengok orang Korea makan kimchi ibarat kita makan nasi dan sambal belacan kat Malaysia ni. Setiap hidangan pasti ada kimchi. Bezanya kalau sambal belacan di Malaysia dimakan bersama nasi, tetapi kimchi di korea dimakan bersama hampir setiap hidangan mereka, dari nasi, ramyun, bubur, barbeku, sup dan adakalanya dimakan begitu sahaja. Sedap sangat ke kimchi ni? Dan itulah persoalan yang selalu buat kita tertanya-tanya kan?

PB181082ed

Apakah Kimchi

Bagi yang tak tahu, kimchi ialah sejenis hidangan sampingan korea iatu terdiri daripada sayur yang dijeruk dan kemudian digaulkan dengan pes lada. Kimchi boleh terdiri dari pelbagai jenis sayuran iaitu lobak putih (daikon radish), timun, daun bawang atau kucai. Tetapi yang selalu dibuat ialah kimchi dari kobis Napa (kobis panjang) dan lobak putih. Rasa kimchi sedikit masin, masam (jika diperam lama dan ada yang sedikit manis. Kimchi juga boleh disediakan segera dimakan contohnya kimchi timun dan daun bawang. Hanya gaulkan dengan garam dan sedikit gula, dan kemudian digaul dengan pes cili dan orang korea suka campurkan sirap air gula untuk memberi rasa manis dan mengurangkan pedas pes cili didalam kimchi. Selain itu bawang putih dan halia juga digunakan dalam resepi kimchi

Kebaikan Kimchi

Kimchi ni sebenarnya bukan sekadar makanan jeruk atau diawet. Kita mungkin akan salah sangka bahawa kimchi ni tak bagus untuk kesihatan kerana kandungan garam dan gula yang mungkin tinggi. Tetapi kimchi mempunyai unsur probiotik yang bagus untuk badan kita. Kimchi dikatakan mempunyai antioksidan untuk menyembuhkan kanser, penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi. Kandungan flavoinids dan probiotik yang tinggi dalam kimchi mampu melawan penuaan, menguatkan immune system dan seterusnya meningkatkan tahap kesihatan kita. Sebab tu orang korea ni lawa-lawa dan cantik kan hehehe..

Resepi Kimchi Sedap

Kimchi ni ada banyak version juga resepi dia. Kalau kat Korea sendiri pun memang banyak resepi Kimchi yang tak sama antara satu sama lain.

Sebenarnya saya pernah cuba sekali buat kimchi ni. Boleh tengok entry di SINI, my first attemp of making kimchi. Tapi saya guna serbuk cili kasar jadi nampak pucat. Sedap lah juga dimakan bersama maggi, bubur atau dibuat nasi goreng.

Kali ni saya pakai serbuk cili jenis halus dan ikut betu-betul resepi yang diberi. Alhamdulillah rupa tu dah ada. Bila rasa rasa memang rasa pedas masin, manis bergabung sekali ditambah dengan kerangupan daun kobis yang dijeruk terlebih dahulu selama 5 jam. 

Kobis yang dijeruk dengan garam selama 5 jam sampai jadi layu macam tu. tapi teksturnya rangup tau.
PB181077ed

Kimchi siap untuk disimpan dalam bekas bertutup. 
PB181083ed

Resepi Kimchi Cara Mudah

Bahan-bahan
1 biji kobis panjang, dibelah 2 atau 4 memanjang. Saya belah 4
1/2 cawan garam halus timbang (bukan garam halus dalam pack beli kat supermarket tu)
2 biji lobak merah - dihiris menjadi batang mancis
1 ikat daun bawang, dipotong memanjang
1/2 cawan serbuk cili merah - saya paka brand Faiza

Bahan bubur / kanji
3 sudu besar tepung pulut
2 sudu besar gula
1 cawan air

Bahan kisar
1 ulas bawang besar kuning
1 biji pear gong (pear kulitnya warna emas) - boleh juga pakai 2 biji pear kuning biasa
3 ulas bawang putih
1 1/2 inci halia
1 sudu besar ikan bilis, dibuang kepala dan perut
1 sudu besar gula
1 sudu besar sos ikan


Penyediaan kobis jeruk
Kobis dibersihkan. Sapu garam pada setiap helaian kobis. Tetapi jangan ceraikan kobis tu dari pangkal bawah ya. pastikan setiap bahagian kobis kena garam. Biarkan selama 5 jam. Kobis akan mengecut dan layu.

Selepas 5 jam, cuci semua garam dari kobis. Rasa kobis tu, jika masih masin, cuci lagi. Lepas cuci,  perah air dari kobis sehingga kobis kering. Tapis dan biarkan seketika.

Penyediaan kanji
Kacau rata tepung pulut dan air bersama gula. Masak sekejap sehingga pekat dan jadi seperti bubur. Jika terlalu pekat tambah air sedikit.

Penyediaan bahan kisar
Masukkan semua bahan kisar kedalam mesin pengisar. Masukkan bubur/kanji yang dimasak tadi setakat boleh pusing je mesin pengisar tu. Jangan masukkan semua ye. Masukkan panas-panas pun takpa.

Kisar sehingga semua bahan halus.

Cara penyediaan kimchi

Dalam mangkuk, satukan bahan kisar dan serbuk cili. Gaul rata. Jika tawar tambah sedikit garam dan sedikit gula. Tetapi jangan terlalu masin kerana kobis tadi sudah sedikit masin. Gula pula untuk mengaktifkan bakteria. Jika terlalu pekat, boleh tambah lagi lebihan bubur/kanji tadi

Masukkan juga lobak merah dan daun bawang kedalam bahan sos kimchi tadi. gaul rata. Sos kimchi kini sedia disapu pada kobis

Ambil kobis jeruk yang diperah, sapu sos kimchi pada setiap helaian kobis sehingga semua bahagian dilumuri dengan sos. Masukkan kedalam bekas bertutup dan biar sehingga 1-2 hari sehingga kimchi menapai.

Selepas nampak ada naik sedikit buih. kimchi sedia diamakan. Jika kimchi dah rasa masam sedikit, bolehla masuk dalam peti sejuk bagi memperlahankan atau menghentikan proses penapaian supaya kimchi tak terlalu masam jadinya. 

You Might Also Like

14 comments

  1. senang rupanya nak buat kimchi. terbaiklah eny...

    ReplyDelete
  2. tak pernah pun makan. nampak menarik.

    ReplyDelete
  3. Agak rumit juga penyediaannya.. Suka makan kimchi nie..

    ReplyDelete
  4. wahhh menyelerakan.... tunggu free time je nak buat. Buatnya makan masa, makan nya sekejap je :p

    ReplyDelete
  5. Dulu selalu buat. Sekarang dah malas.huhu.. rasa nak buat balik pulak

    ReplyDelete
  6. sedap ke? sebab saya tak lalu makan kimchi.. huhu

    ReplyDelete
  7. SA x pernah makan lagi..kalau eny buat SA boleh cuba makan kot...

    ReplyDelete
  8. pernah try makan kimchi kat satu restoran korea food kat KL.. tapi tak kena pulak dengan taste.

    ReplyDelete
  9. assalamualaikum eny...dah lama mama nak buat kimchi ni tapi ada saja alasannya...anak2 suka mkn kimchi..kena cari masa bilala nak membuatnya...:)

    ReplyDelete
  10. salam kak, heheh. ouh saya memang tak akan makan heheh. saya suka yang satu lagi tu dobukki hehhe

    ReplyDelete
  11. Kalau ceraikan kobis tu dgn pangkal jadi ape hehehe saja tanya

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com