First Time Buat KimChi

4:03 pm

Ni pengaruh drama Korea dan Running Man! Terliur tengok depa makan Kimchi. hehehe. Cuba buat jugak lah kan sebab ada tengok satu episode Running Man tu diorang buat pertandingan buat kimchi macam senang je.

Kim Chi

Memang senang pun!!!

Dan bahan-bahan pula senang didapati. Hanya satu kesalahan saya. Saya punya kimchi tak merah!! Sebab dalam resepi yang saya google semua cakap pakai Serbuk Cili Tesco, bila saya cari di Tesco, serbuk cilinya kasar-kasar. jadi bila gaul dengan kimchi tak jadi merah. Takkan nak masuk satu plastik kot hehehe.. Ni masuk 3 Sudu besar pun pedasss dah.

Next time buat saya akan cari serbuk cili yang halus sikit. 

Kimchi ni juga ada pelbagai jenis.  Ada yang kena buat bubur dari tepung pulut dulu untuk menjadikan pes kimchi tu pekat sedikit. yang saya ni saya cuba yang tanpa bubur pulut. Next time nak kena buat ikut resepi yang pakai bubur tu untuk dapatkan pes kimchi yang pekat. Kalau ikutkan kena letak ubi lobak putih, tapi memandangkan lobak putih tu saya tak berapa suka bau dan rasa dia, so tak letak lah hehe.. 

Kim Chi 

Mesti ramai nak tahu rasa dia macam mana? Rasa dia kemasaman sikit, pedas, masin dan kobis tu crunchy sikit. Buah pear tu beri rasa sedikit manis kepada kimchi. Saya cuba makan dengan sup sayur, sedap jugak! Bila cuba makan  macam itu je macam susah nak telan je hehehe.. Nanti nak try makan dengan Maggi Royale Korean Spicy dan juga nak buat nasi goreng kimchi hahahahaha!

Kim Chi

Resepi KimChi

Bahan-bahan :
1 biji kobis panjang - Dibelah 4 memanjang kemudian dipotong kecil
2 biji buah Pear Korea (yang macam dalam gambar, kat Tesco ada jual, tapi rasa dia mmg sama je macam pear kuning, tak de beza pun.) - Diparut halus
Sedikit daun bawang - potong
2-3 sudu serbuk cili
1/2 cawan garam atau lebih jika perlu. Guna garam halus yang beli timbang tu jangan pakai garam supermarket yang halus.

Dikisar menggunakan pengisar kering tanpa air :
1 ulas bawang besar kuning
2 ulas bawang putih
1 inci halia 

Cara-cara : 
Kobis panjang yang dipotong dan dicuci masukkan dalam satu bekas. Tabur garam keatas kobis dan gaul rata. Tuang sedikit air sehingga kobis tenggelam sahaja. Biar selama 4 jam.

Selepas 4 jam, cuci kobis, buang air dan cuci kobis dari garam. Perah kobis untuk buang lebihan air.

Sediakan pes kimchi.  Dalam mangkuk gaul buah pear yang diparut halus bersama bahan kisar dan serbuk cili. Masukkan daun bawang.

Tuang pes kimchi ke atas kobis yang telah diperah tadi. Gaul pes kimci rata rata sehingga semua kobis bersalut dengan pes.

Masukkan dalam bekas kedap udara atau botol dan peram selama sehari. Lepas sehari boleh la masuk peti sejuk untuk hentikan proses pemeraman supaya kimchi tak terlalu masam. Dah sehari tu boleh la try kimchi ni. 


Kim Chi

Kim Chi


You Might Also Like

75 comments

  1. wah,, sedapnya :) prnh buat tp x mkn.. kasi member mkn sbb dorang ske kimchi.. feeling2 kpop gitu... kehkehkeh...

    ReplyDelete
  2. pernah try tapi kobis tak cukup lembut haha. end up, masukkan je dalam semua masakan yg ada.

    ReplyDelete
  3. teringin nak rasa kimchi tu mcm mne...mcm sedap jer tgk kwang soo makan...hahahhaha

    ReplyDelete
  4. Nampak macam sedap. Peminat korea mesti suka makan nih kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu.. nampak sedap.. tapi tak dapat nak bayangkan rasanya.. tak pernah rasa benda nih lagi

      Delete
    2. kpop la sgt..hihii korea cerita dia best mknan dia xpernah cuba lg

      Delete
  5. Wahhh..boleh la try buat nanti..

    ReplyDelete
  6. wah ada kimchi lah, kaknoor pernah buat sekali je anak2 suka, tapi mama agak kureng sikit, bila buat nasi goreng campur kimchi ni sedap lah pulak, boleh try Eny

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm kena suruh orang rumah buat nih.. ramai yang kata sedap

      Delete
    2. biasa makan ngan nasi kan.. macam sayur campur cetu ekk..

      Delete
    3. kimchi ni buat lauk ke atau bahan rencah untuk memasak?

      Delete
    4. bahan rencah boleh, lauk pun boleh :)

      Delete
    5. hehehe soalan cepumas dari azman

      Delete
    6. hahahaha.. kira macam sambal le kimchi nih

      Delete
  7. wahhh sedapnyaa..kena cuba gak la gini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang kata sedap.. kena cuba gak nih

      Delete
  8. feeling2 Korean gitu.. dia ada banyak resepi kan kimchi ni..

    ReplyDelete
  9. Macam jeruk sayur la kan kimci ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. hurmmm dari cara membuatnya memang sayur jeruk nih sebab diperam

      Delete
  10. Menarik! Teringin juga nak buat.

    ReplyDelete
  11. tak pernah rasa kimci tu macam mana...

    ReplyDelete
  12. tak pernah rasa juga...sedap ke?

    ReplyDelete
  13. Amboi kak eny.. Setiap entri berjuta2 komen skarang ni... Mesti trafik tinggi nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la all the besty rezeki dia..

      Delete
    2. kena buat ga mcm ni juga kot baru org nk dtg bg komenn papaglamzz

      Delete
    3. hahahaha.. tolong inform saya kalau ada buat ga.. ok

      Delete
    4. papaglamz buat ga top komentator jugak.. huhuhuhu.. kena singgah blog papaglamz lepas nih untuk tinggal 1 ke 2 komen

      Delete
  14. cik dila tak pernah makan..slalu tgok dlm cter korea je..huhu

    ReplyDelete
  15. Ohhh Kimchi! Boleh fefeeling ada kat Korea sambil makan :)

    ReplyDelete
  16. kira mcm ala2 jeruk gak la no kak eny hehe

    ReplyDelete
  17. adehh rajinnyer dia mencari bahan..kalau ada pnyakit m mcm ana xjd la kimci huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau M.. jom kita pi cari yang dah siap

      Delete
  18. owhh... ini yg namanya kimchi....!!
    hehehehehee... baru tahu... :)

    ReplyDelete
  19. makan kimchi terus rasa macam di korea la kan sis?..hihi...akak ni tak rajin lagi buat kimchi..hihhi...belum terseru selera

    ReplyDelete
  20. kira tak pakai banyak bahan la eh kak.. teringat masa kecik dulu, time kpop tak femes lagi.. ada satu paper cakap kimchi ni agak berbau tapi rasa memang sedap.. so far kita tak penah jumpa mana2 cakap kimchi tak sedap ^^

    ReplyDelete
  21. wahhh, dapnyerr. saya follow sini :)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com