Gulai Lemak Telur Suun

2:54 pm

Hai semua,

Bila busy dan tak sempat nak stok kan barang masak, jadi kebiasaanya gulai telur suun menjadi menu ditengahari.. hehehe. Ringkas dan sedap. Nak masak gulai telur ni kalau taknak telur pecah, bolehlah guna kuali sebab senang nak mengacau kuahnya. Tapi saya suka telur tu sedikit pecah sebab suka rasa telur dan kuah tu bercampur dan pekat. Sedapp! 

Jom tengok resepi Gulai Lemak Telur dan Suun yang mudah sangat ni!

PA190594ed

Resepi Gulai Lemak Telur Suun

Bahan-bahan
5 biji telur ayam
1 cawan santan pekat - saya pakai santan KARA 1 kotak
1 mangkuk suun / suhun / tanghoon- direndam sehingga lembut
1 sudu kecil serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 ulas bawang besar, dipotong tebal
Air secukupnya.

Bahan tumbuk kasar
2 biji cili merah
3 biji cili padi merah (jika suka pedas)
3 ulas bawang merah
1 sudu besar ikan bilis

Cara penyediaan 
Dalam kuali, masukkan bahan tumbuk, sedikit air, serbuk kunyit didihkan sekejap. Masukkan santan dan masak sehingga santan hampir mendidih terus pecahkan telur kedalam kuah. Buka api perlahan dan tunggu sehingga mendidih tetapi jangan sampai santan pecah sambil dikacau sekali sekala.

 Apabila mendidih dan telur beku, masukkan bawang besar dan suun. Masak sehingga suun lembut sepenuhnya.

You Might Also Like

10 comments

  1. suun + telur + sayur, masak bening pun suka jg..

    ReplyDelete
  2. saya kurang sikit gulai ni kak, hihi,
    kalau singgang bertambah tambah nasik XD

    ReplyDelete
  3. ni menu feveret waktu sahur kak ana , eny hihi :)

    ReplyDelete
  4. Yang ini dan juga versi sambal.. memang sempoi makan tak tengok kiri kanan eny...

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kongsi resepi. Simple n sedap.

    ReplyDelete
  6. dap nyeeee =D
    pastu ada ikan masin goreng ke kan.. ahaha..

    ReplyDelete
  7. nampak menyelerakan la eny....

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com