Resepi Brownies Kedut

Hai semua,
Trending sekarang ialah Brownies Kedut. Actually brownies jika dibuat mengikut teknik yang betul memang akan menghasilkan permukaan yang sedikit berkedut, shining dan crack. Brownies ni jenis kek mampat yang teksturenya dense dan rasanya memang kaya dengan coklat. Resepi brownies yang bagus ialah resepi yang kuantiti coklatnya lebih banyak dari kuantiti tepung.

PA090408ed PA090435ed

Tips Menghasilkan Kedut Brownies

Macam saya cakap tadi, brownies yang betul teknik adunnya memang akan menghasilkan kedut. Antara tips yang saya amalkan dalam mendapatkan kedutan yang cantik ialah

1. Guna Coklat  Couverture  atau coklat compound yang bermutu tinggi. Contoh jenama coklat yang paling bagus ialah Callebout, Hershey atau paling murah coklat compound yang boleh kita dapat ialah jenama Beryl's. Kedutan akan terbentuk hasil dari tindabalas cocoa tulen yang dibakar didalam oven membentuk lapisan halus diatas yang shining. Jangan sesekali guna coklat masakan biasa, atau coklat compund yang harganya murah. Ini kerana coklat tersebut kebanyakan mengandungi sedikit sahaja peratusan cocoa dan hanya mengandungi lebih gula dan lelemak sahaja. Warnanya adalah dari pewarna sahaja. Brownies dari coklat yang tidak tulen selalunya berwarna hitam pekat tetapi tak ada rasa coklat didalamnya. Selain tu kedutan juga tak terbentuk diatasnya.

2. Pastikan coklat dimasukkan pada akhir adunan. 

3. Jangan guna mixer dan jangan overmixed adunan. Adunan brownies tidak boleh menggunakan mixer, perlu diadun dengan senduk kayu sahaja. Adunan juga tidak boleh dikacau terlalu lama. Cukup sehinga semua adunan sebati. Jika nak juga guna mixer contohnyanya jika menyediakan dalam kuantit yang banyak, boleh putar sekejap sekejap sahaja sehingga adunan sebati.

PA090395ed

Tips Brownies Lebih Sedap

1. Guna sedikit garam kasar. Pengunaan garam dalam membuat kek dan biskut bukanlah sesuatu yang pelik. Secubit garam mampu mebangkitkan rasa dan memberi keseimbangan manis. Boleh cairkan garam kasar bersama butter atau bersama coklat.

2. Guna butter yang berkualiti. Jangan sesekali guna marjerin. Ada sesetengah resepi brwonies menggunakan minyak. Guna minyak jagung dari menggunakan minyak sayuran biasa (minyak masak).

3. Jangan terlebih bakar. Brownies yang sedap sediit moist didalamnya. Kalau terlebih bakar, brownies akan cepat mengeras dan  kering. Jadi masa bakar brownies kena hati-hati jangan overbaked

Ok Jom tengok resepi Brownies Kedut

PA090402ed

Resepi Brownies Kedut

Bahan-bahan 
400 gm Dark coklat Couverture atau coklat Compound, saya pakai jenama Beryl's jenis coins
150 gm mentega
170 gm gula perang - kalau guna gula castor kurangkan menjadi 150gm sahaja
4 biji telur saiz A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri, saya pakai Blue Key
30 gm serbuk koko, saya pakai jenama Beryl's
Secubit garam kasar

Cara penyediaan

Panaskan oven pada suhu 160C

Cairkan butterdan garam kasar menggunakan double boiler atau microwave. Kacau rata.

Coklat dipotong halus dan cairkan mengunakan kaedah double boiler atau microwave. Kacau rata.

Note : Boleh je cairkan coklat dan butter sekali menggunakan double boiler atau microwave

Tepung digaul bersama serbuk koko dan diayak.

Satukan telur, butter cair, gula  castor dan gula perang dalam mangkuk besar. Masukkan esen vanila. Mengunakan senduk kayu atau sudu, kacau sehingga sebati semua bahan.


Masukkan tepung diselang seli dengan coklat. Simpan sedikit coklat untuk dimasukkan akhir sekali. Kacau rata adunan.

Akhir sekali masukkan baki coklat cair dan kacau kaup 3-4 kali menggunakan sudu.

Masukkan adunan dalam loyang 10 x 10 inchi. Masukkan kedalam oven yang telah dipanaskan tadi.

Masak selama 30-40 minit. Oven saya memerlukan 40 minit untuk bakar. Tahap panas oven ni lain lain, jadi kena selalu tengok kalau anda tak pasti oven anda bagaimana. Make sure tak terlebih bakar.

Cara nak pastikan brownies tak terlebih bakar ialah dengan menggunakan cake tester yang dicucuk pada kek. Sekiranya brownies belum masak, bilah tester akan dilumuri dengan adunan kek. Jika sudah cukup-cukup masak, sedikit gumpalan kek akan lekat di bilah tester. Boleh terus tutup suis oven.

Biar sekejap brownies dalam oven yang direnggangkan pintunya dalam 10-15 minit.

Sejukkan brownies pada suhu bilik selama beberapa jam sebelum dipotong.

Jangan sesekali masukkan dalam peti sejuk kerana ini akan menjadikan brownies keras.

Brownies tahan 4 hari tanpa peti sejuk.

Jika perlu masuk peti sejuk juga, bila hendak makan, bolehla reheat sekejap dalam oven atau microwave untuk melembutkan coklatnya.

Antara resepi Brownies saya
Triple Chocolate Brownies
Brownies Coklat Susu
Brownies Microwave Cepat Dan Mudah
Blondies

Post a Comment

40 Comments

  1. sedapnya..tkpernh try lg buat brownies kedut

    ReplyDelete
  2. nanti boleh cuba hihihi, tunggu mood rajin datang dulu hehehe

    ReplyDelete
  3. nampak sedap terima kasih kak share resepi ni huhu

    ReplyDelete
  4. tengok brownies tu confirm memang sedap..tambah pulak dengan teknik tangkap gambar lagi laaa nampak sedap..rasa nak jilat je skrin pc ni, hah..haha

    ReplyDelete
  5. lekat lekit brownies kat tangan nihh., hihi2

    ReplyDelete
  6. Kena cuba nie sebab nampak sedap..hehehe

    ReplyDelete
  7. waaaa sedapnyaa brownieeesss!!!

    ReplyDelete
  8. Guna api atas bawah ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tengok panas oven masing masing.. baking ni perlu trial error.. oven rumah saya pakai api atas bawah dan letak rak paling bawah.. ada oven yg pakai api bawah sahaja dan ada yang atas...

      Delete
  9. Pakai gula perang sahaja atau dua2 gula perang dan gula castor ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nak campur2 pun boleh... atau pakai gula perang sepenuhnya...

      Delete
  10. Kalau guna loyang 8x8 and guna resepi ni, akan jd tebal sgt ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. buat 1/2 adunan pun boleh.. bahagi dua sukatan tu

      Delete
    2. hi. seriously half all the ingredient? ketebalan brownies tu jd brpe?

      Delete
  11. Salam sis..boleh saya tahu selepas brownies dibakar, berapa ketebalannya? sebab saya pernah bake brownies kedut tapi selepas bakar, brownies agak tipis. Loyang yg digunakan 10x10. boleh saya bake 1 1/2 adunan utk dapat brownies yg tebal sikit? atau guna loyang 9x9? =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. resepi saya pakai 10x10 tebal dalam 1 inci lebih sedikit. ketebalan yang normal bagi brownies antara 1-2 inci.. nak tebal boleh guna acuan 9 atau 8 inci..

      Delete
    2. Assalamualaikum.. Hi sis! kita nk tya.. utk menghasilkan brownies yg sedap.. perlu menggunakan butter yg salted atau unsalted? Tq.

      Delete
    3. sama je keduanya sebab unsalted butter ni supaya kek lebih lemak dan gebu... tapi brownies bukan kek.. jadi pakai keduanya pun boleh... salted lebih murah :)

      Delete
  12. I dah try resepi ni...ikut sebijik resepi dan arahan...tapi kenapa kedut dia tak jadi eh? I guna dark coklat coins beryl's

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy buat pon xkedut. Kenapa ye?ade slah teknik ke?

      Delete
  13. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  14. Tq share resepi... mmg mabless & sdap sgt...

    ReplyDelete
  15. I dah try triple chocolate brownies..memang sgt sedap.dah dua kali buat.tp guna coklat tulip lagi sedap dr beryls..nnt nk try callebaut plak..(mampu ke)
    Tak try lg resipi kedut ni..mana lagi sedap yg triple or kedut ni sbb kedut ni letak self raising flour...
    Eny tolg jawab.tq

    ReplyDelete
  16. ada masa nanti nak cuba resepi ni..sebelum ni dah cuba 3 resepi, tapi belum dapat puaskan hati..hihi

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum.terimakasih utk resepi ini.sy sdhpun mencubanya.sangat sedap

    ReplyDelete
  18. ASSALAMUALAIKUM SIS. boleh ke saya guna resipi ini untuk 8x8? atau ia akan jadi terlalu tebal? kalau buat 1/2 adunan maksud nya half all the ingredient la?

    ReplyDelete
  19. Good sharing... dah lama Cikla teringin nk rasa brownies ni...

    ReplyDelete
  20. Bookmark dulu, nanti nak cuba buat! ;) Admire tengok kek2 akak dalam ig ;)

    ReplyDelete
  21. salam..saya nak try resepi puan ni..mintak izin ye..dan mintak puan halalkan ye..hehe

    ReplyDelete
  22. kalau guna gula biasa boleh tak ?

    ReplyDelete
  23. guna tepung gandum boleh?

    btw visit blog wkwkwkkw

    ReplyDelete
  24. Klau gna tlur gred b dlm brpa bji ye..

    ReplyDelete
  25. Salam sis. Saya nak tanya. Klau brownies tu bakar dalam microwave oven brapa minit ye agak2

    ReplyDelete
  26. Hi sis. Kalau nak buat size 5 inch, nak bahagi berapa ya adunan semua tu?

    ReplyDelete