Blondies Kombinasi Biskut dan Brownie

10:44 am

Siapa suka makan Biskut Chip Chocolate (Click untuk resepi) dan Brownie  (Click untuk resepi)  pasti menggemari Blondies ni. Ibarat kombinasi keduanya,  Blondies yang chewy dan lembut, kaya pula dengan rasa coklat coins susu didalamnya. Memang meleleh dengar kan hehehe. Ada yang panggil Congo Bar di Malaysia ni. Tapi resepi original dan asli ialah Blondies ni lah. Ianya bukan kek, tetapi lebih kepada texture brownies.

P4302551ed

P4302522ed

Hari tu saya test kepada anak buah husband, ternyata diorang suka Blondies ni dari Brownie. Diorang panggil biskut chipsmore walaupun tak lah rangup dan crispy macam biskut.

P4302556ed

Blondies ialah dari satu family dengan jenis kek brownies. Sama dengan brownies, kek ni padat dan heavy, dense dan moist. Kenapa dipanggil Blondies, ialah kerana warna putih keperangan sebab menggunakan gula perang sepenuhnya. Gula perang juga memberi rasa yang sedap seperti caramel dan texture yang agak chewy. Dari mana Blondies ni digelar Congo Bars, tak pasti pula hehehe…

Kalau Brownies warnanya gelap dan ada kandungan coklat didalam adunan tepung, tetapi Blondies ni warnanya cerah perang, dan dimasukkan coklat coins didalam adunan. Jadi coklat dan tepung tidak bersatu. Coklat coins tu akan membentuk lapisan didalam adunan tadi. Memang sedap kan!! Tengoklah lapisan coklat coins susu didalam nya...
P4302536ed

Apa pun resepi ni sangat berbaloi dicuba sebab sedappp sangat. Yang penting jangan terlebih bakar sebab kalau kek jenis brownie dan blondie ni kalau terlebih bakar memang kurang sedap sikit.

P4302539ed

Resepi Blondies Bar

Resepi oleh Eny Abdullah

Bahan-bahan :
1 3/4 cup Tepung
1 1/2 teaspoon baking powder
1/4 teaspoon garam
1/4 cup butter
170 gm gula perang (saya kurangkan, cuma pakai 150gm)
3 telur size B
1 cawan coklat coin susu  - saya pakai Berryls Chocolate Milk Coins - boleh digantikan dengan coklat susu Cadbury 
Coklat Chip secukupnya untuk tabur diatas

Cara-cara :

1. Sediakan acuan berukuran 8 x 8 inci atau 9 x 9 inci. Gris dengan butter atau marjerin, kemudian letak kertas pelapik (parchment paper) rapat rapat sehingga melekap ke acuan, lebihkan sikit di bahagian atas kira dan kanan supaya senang nak tarik keluar. Sekali lagi gris butter satu lapis lagi diatas kertas pelapik.

2 . Ayak tepung, baking powder dan garam.

3. Cairkan butter   - saya pakai microwave. Kemudian apabila cair, masukkan gula perang. Kacau. Sejukkan sedikit.

4. Pada masa ni boleh panaskan oven suhu 170C

5. Masukkan telur ke dalam campuran butter dan gula perang yang cair tadi. Sebiji demi sebiji dan kacau sebati. Tak perlu pukul. Sekadar dikacau hingga tak nampak telurnya dan sebati dengan gula. Masukkan juga vanila essence.

6. Masukkan tepung yang diayak. Kacau sebati dengan senduk sehingga adunan bercampur elok. Jangan terlebih kacau. Adunan memang akan menjadi sedikit pekat dan likat.

7. Masukkan coklat coins dan kacau rata.

8. Tuang adunan ke dalam acuan berukuran 8 x 8 inci atau boleh juga 9 x 9 inci bergris dan diletakkan kertas pelapik . Tabur coklat cip diatasnya.

9. Bakar selama 25 minit pada suhu 170C atau sehingga cucuk cake tester, adunan masih sedikit melekat. Tak boleh bakar lama nanti kering dan tak sedap pula.

10. Sejukkan sehingga betul betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan. Potong empat segi tepat menjadi 16 keping. 

You Might Also Like

7 comments

  1. coklat kat belah dalam tu cair....ahh...terliur nya..nk try buat lah...;-)

    ReplyDelete
  2. peh peh sedap..yg ni pun boleh ganti dengan karipap..hahaha

    ReplyDelete
  3. sukalah blog kak eny ni...gambar semua cantek2....terliur sekejab.... :D

    ReplyDelete
  4. gambar cantik sangat. tengok terus lapar. lol!

    ReplyDelete
  5. Gula perang & butter tu smpai dia btol2 cair ke sis?sbb lama gak guna doube boil tapi mcm x cair btol2 sgt la gula perang tu..mmg mcm tu Ye sis? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg penting butter tu cair.. gula tu xpe...

      Delete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com