Tilapia Gulai Lemak Cili Padi

6:39 pm


Selamat berhujung minggu semua.. 

Just nak kongsi resepi ringkas. Sebenarnya dah tak tau nak masak apa. Sebab tu lah kadang-kadang menu tu sama je tiap hari. Update ringkas je hari ni sebab ada hal perlu diselesaikan. Jom check resepi ok. :)

P6133855ed

P6133851ed

Resepi Tilapia Masak Lemak Cili Padi

Bahan-bahan :
1-2 ekor ikan tilapia
1 biji timun - dibelah 2 dan potong
2 asam keping
400ml santan
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis

Pes Rempah (dicampur sedikit air dan gaul) :
1 sudu besar rempah gulai udang/ketam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
10 biji cili api - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih

Sedikit minyak

Cara :
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama pes rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga garing dan wangi.

Masukkan santan, serai, dan lengkuas, didihkan. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masak lagi sehingga ikan masak.

Akhir sekali masukkan timun yang dipotong dan masak lagi sehingga mendidih. Sedia dihidangkan.

Jangan lupa cuba resepi gulai lemak cili padi ni k :)

You Might Also Like

4 comments

  1. Sedapnya eny...balik seremban esok nak buat la..tp version NS...

    ReplyDelete
  2. Tahu je dah nak masuk weekend, kena pulak Kak Eny post resepi dengan gambar yg memang menyelerakan. Oh tidak

    ReplyDelete
  3. Aduhh kekny. Lapar ni, nanges. Hahahha

    ReplyDelete
  4. Looks just so delicious... lovely photography... hugs...
    pls follow back: www.mieranadhirah.com

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com