Rosemary Chicken Simple Dan Mudah

9:49 am

Hai semua,

Resepi paling cepat dan mudah nak buat ialah ayam panggang rosemary ni. Ni panggang 1/4 ekor ayam je. Ada yang tanya 1/4 ekor tu macam mana? Hehehe... ayam tu seekor belah 4 bahagian lah. Ambil satu bahagian tu dan perap dengan bahan-bahan terus panggang dalam oven. Dah lepas panggang potong dua macam ni. Siap la satu hidangan untuk 2 orang makan. 

P8215175ed

P8215157ed

Resepi Ayam Panggang Rosemary Mudah dan Simple

Bahan-bahan
1/4 ekor ayam
1 sudu besar lada sulah
1/2 biji lemon, diambil jusnya
2 pokok daun rosemary, dicincang halus separuh darinya
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kecil madu - boleh digantikan dengan sedikit gula
1 sudu kecil chilli flakes
1 sudu kecil garam

Cara penyediaan
Ayam diperap dengan semua bahan-bahan diatas selama 2-3 jam dalam peti sejuk. Pastikan semua bahagian bersalut.

Letak atas dulang pembakar atau kalau pakai oven jenis ada pencucuk tu, cucuk je dan lapik dulang dibawahnya. Letak lebihan daun rosemary didalam dulang dibawah tu.

Bakar pada suhu 180C selama 20 minit. Keluarkan ayam dan potong dua. Sedia dihidangkan.
Ayam ni tak perlu sos sebab semua dah cukup rasa.

Jom cuba Resepi Ayam Panggang Rosemary Mudah dan Simple ni...

You Might Also Like

9 comments

  1. Salam Sayang...
    nieyl singgah pagi kat sini...
    wah²...pepagi air liur dah meleleh tgk ayam akk nie...
    ish....x tenang rasanya...ayam tu macam memanggil² pulak..hihihi

    ReplyDelete
  2. sedapnyaaa.., nak cuba jugak sebab kat rumah ada tanam rosemary :))

    ReplyDelete
  3. sedap ! boleh try resepi ni..tq sis

    ReplyDelete
  4. Kak eny tolong buatkan. Lalalala :P

    ReplyDelete
  5. akak, memang kene panggang guna oven ke? kalau guna pemanggang ajaib boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je, fungsi dia mcm oven jugak kan :)

      Delete
  6. kak eny.. tunjukkan saya jalan keluar dari blog ini... huarggghh.!!! sedap ayam...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com