Lontong Sambal Kuah Kacang Sedap

4:56 pm

Hai semua,

Entry resepi Kuah Kacang Sedap (Klik sini untuk baca) memang hits hehehe..

Kuah kacang tu jugak lah saya buat untuk dilawankan dengan lontong. Memang ngam dan sedap betul rasa dia. Dulu saya tak reti nak makan lontong. Teringin nak masak tapi risau takut tak jadi. Bila balik rumah mak mentua, ada beberapa kali dia buatkan lontong. Aduii sedap betul lontong mak mentua saya. Jadi sejak tu dah pandai makan lontong ni. 

Dan baru ni masa buat jamuan raya di rumah, saya cuba buat lontong ni bersama sambal kuah kacang sedap. Memang makan sambil lelap-lelap mata lah hahahaha. 

P8012030ed

P8012038

P8012019ed

Resepi Lontong 

Bahan-bahan :
1 paket ketupat nasi mini direbus dengan sedikit garam
500ml santan pekat
3 ketul tempe dipotong
2 bungkus fucuk direndam lembut dan dipotong pendek
Suun secukupnya direndam lembut
¼ bahagian kubis dipotong nipis – saya pakai kubis cina
2 batang lobak merah dipotong memanjang
Kacang panjang dipotong pendek
2 sudu besar udang kering tanpa kulit direndam
2 ulas bawang besar dibelah 8
2 biji cili merah dihiris nipis
Garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar atau tumbuk:
2 sudu besar ikan bilis direndam
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci lengkuas

Cara penyediaan :
Dalam periuk satukan bahan kisar, udang kering dan santan. Didihkan atas api perlahan sambil dikacau

Masukkan tempe, lobak merah dan kubis. Masak sehingga sayur lembut.
Masukkan cili merah, fucuk dan suun dan masak sehingga keduanya lembut.

Masukkan garam dan gula secukup rasa. Hidangkan bersama ketupat nasi yang dipotong dan letak sambal kacang diatasnya.

Resepi Kuah Kacang Sedap

Bahan-bahan :
600gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak atau dibakar dalam oven sehingga rangup, Dibahagi dua bahagian, satu dikisar halus, satu bahagian dikisar atau tumbuk kasar. Tak perlu dibuang kulitnya
3 senduk cili kisar - nak pedas boleh tambah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar seruk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 cawan gula merah - atau lebih jika perlu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering tanpa kulit
4 biji buah keras
2 inci lengkuas

Bahan tumis:
2 batang kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 cawan minyak masak

Cara penyediaan :

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bawang kisar dan cili kisar.
Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan juga kacang tanah dan air jika. Fungsi air ialah supaya kuah kacang dapat dimasak sehingga lembut. Masukan garam dan gula merah. Saya suka kuah rasa manis sedikit.

Masak sehingga kacang kembang dan empuk dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala.

Jom cuba buat resepi lontong kuah kacang sedap ni untuk rumah terbuka :)

You Might Also Like

1 comments

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com