Kuah Kacang Paling Sedap!!!!

Hai semua,

Minggu lepas ada buat jamuan raya di rumah. Menunya ialah macam biasa nasi tomato, ayam masak merah, soto, bihun sup, laksa dan ada nasi himpit bersama kuah kacang. Saya juga buat kuah lodeh atau lontong untuk dimakan sekali bersama kuah kacang. 

Sebenarnya masa di kampung hari tu, saya sempat merasa kuah kacang paling sedap. Emak mertua yang beli dari sapa pun saya tak kenal. Orang tu berniaga satay dan kuah kacangnya memang untuk dgandingkan dengan satay. Tetapi dia juga menjual kuah kacang yang dah siap dimasak. Bila cuba tu memang first time merasa kuah kacang sedap macam tu. Dan saya teringin nak cuba resepi kuah kacang ni.

Sambil makan sempat saya memorized rasanya hahahah. Ada rasa udang kering, rasa gula merah dan paling saya dapat rasakan ialah kulit kayu manis!!! Syukur sangat tastebud saya ni boleh tahan pekanya hehehe..

Bila balik saya cuba olah resepi kuah kacang menggunakan bahan-bahan tersebut. Alhamdulillah rasanya seakan-akan atau hampir sama. Cuma tekstur kacangnya tak serupa. Kuah kacang yang saya makan tu berbiji-biji kacangnya. Saya rasa dia pakai pengisar khas atau ditumbuk. Saya punya nampak sebati kacang yang halus dikisar. Walaupun saya kisar dua bahagian halus dan kasar tetap tak dapat yang serupa huhuhu.. takpelah. Janji rasanya dah sama. :)

P8012007ed

Saya sebenarnya bukanlah peminat nasi himpit dan kuah kacang sebab tak suka rasa nasi himpit yang tawar tu hehehe.. Berbanding kuah kacang biasa, kuah kacang ni kalau makan dengan nasi himpit yang kosong ni pun sedap dan cukup rasanya. 

P8012011ed

P8011999ed

Resepi Kuah Kacang Sedap

Bahan-bahan :
600gm kacang tanah - digoreng tanpa minyak atau dibakar dalam oven sehingga rangup, Dibahagi dua bahagian, satu dikisar halus, satu bahagian dikisar atau tumbuk kasar. Tak perlu dibuang kulitnya
3 senduk cili kisar - nak pedas boleh tambah
1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar seruk jintan manis
1 sudu besar serbuk jintan putih
1/2 cawan gula merah - atau lebih jika perlu
Air secukupnya
Garam secukup rasa

Bahan kisar :
10 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 sudu besar udang kering tanpa kulit
4 biji buah keras
2 inci lengkuas

Bahan tumis:
2 batang kulit kayu manis
4 buah pelaga
2 bunga lawang
1/2 cawan minyak masak 

Cara-cara :

Panaskan minyak dan tumis bahan tumis sehingga wangi. Masukkan bawang kisar dan cili kisar. Masukkan serbuk ketumbar, jintan manis dan jintan putih. Masukkan juga kacang tanah dan air jika. Fungsi air ialah supaya kuah kacang dapat dimasak sehingga lembut. Masukan garam dan gula merah. Saya suka kuah rasa manis sedikit.

Masak sehingga kacang kembang dan empuk dan kuah menjadi pekat. Kacau sekali sekala.

Resepi Kuah Kacang Sedap ni boleh dimakan bersama satay, dan juga dibuat sambal kuah lontong.

Post a Comment

9 Comments

  1. Singgah petang disini...
    klu singgah blog nie...
    pertama skali tgk..gambar...
    yg ke-2 baru resepi..hihihii

    ReplyDelete
  2. Oooohhh sedap bila diletak rempah tumis tu ye. Boleh try ni. Sekeluarga hantu kuah kacang! Hehe thanks for sharing 😊

    ReplyDelete
  3. kak enyyy terliur nani tengok. hahaha :D

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum,
    blogwalking. Sedapnyaaaaa kuah kacang. Ya Allah lapar terus. terima kasih share resipi.

    ReplyDelete
  5. nak try la eny...nampak mcm sedap aje

    ReplyDelete
  6. Sdg cari resipi kuah Kacang yg sedap nnt nak try resipi ni. Thanks 4 sharing

    ReplyDelete
  7. Mohon dhare rrdepi puan ye. Tk

    ReplyDelete