Pikat Suami Dan Anak-Anak Dengan Paprik Sayuran

/
34 Comments
8:56 am

Paprik Sayuran

Teringat masakan ibu saya, paprik. Hidangan ini sangat ringkas tetapi kaya dengan rasa. Kalau masak paprik ni, cukup lah satu jenis lauk, tak perlu lagi lauk lain. Semua rasa bergabung. Bagi isteri dan ibu yang berkerja macam saya, hidangan seperti ni, nak masak pun senang sebab tak sampai setengah jam dah pun siap!

Paprik ni selain udang dan ayam sesuai juga dimasak hanya bersama sayur. Selalu kita buat sayur goreng letak kicap atau goreng belacan je kan. Haa tapi paprik sayur ni rasanya lebih lazat, dan mudah pula nak buatnya.

Saya selalu bagitau, tips para ibu nak masak cepat ni senang je, pastikan bahan-bahan tersedia rapi dalam peti sejuk, dibersihkan dan dipotong terlebih dahulu. Simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Haa bila nak masak, ambil je terus. Kan senang..

Nak cepat dan enak lagi saya juga taburkan Maggi® CukupRasa™  ni dalam masakan, tak perlu garam, gula dan apa apa penambah rasa. Lengkap je rasanya. Masa memasak pun dapat disingkatkan.

Hanya tabur sedikit dan siap lah tunggu pujian suami dan anak-anak!! Tak perlu dah nak simpan balik balang garam, balang gula, balang itu, balang ini.. sebab Maggi® CukupRasa™ ni ialah penambah perisa semua dalam satu. Senang tak payah susah-susah kemas dapur hehehe..

Paprik Sayuran

Sebolehnya cubalah untuk masak sendiri untuk suami dan anak-anak dirumah walaupun kita berkerja sebab air tangan ibu ini penting dalam tumbesaran anak-anak. Anak-anak dapat khasiat yang diperlukan dan dapat mengeratkan kasih sayang keluarga.

Paprik sayur ni boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng. Kalau ada anak-anak yang tak berapa suka nak makan sayur, boleh cuba resepi ni. Sayuran pula boleh dipelbagaikan. Masaklah guna sayuran kegemaran anak-anak.

Paprik Sayuran

Paprik Sayuran

Paprik Sayuran Campur

Bahan-bahan :
2 biji terung – dipotong memanjang
1 biji lobak merah – dipotong
4 batang jagung muda – dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili Maggi®
½ sudu besar sos tiram Maggi®
2 ulas bawang putih – diketuk
1 ulas bawang besar – dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Maggi® CukupRasa™ secukupnya


Cara-cara :
Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.
Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
Masukkan terung goreng. Kacau rata
Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati
Tutup api dan siap!

Masak tetap kena masak, dan kalau jumpa sesuatu yang membantu dan mempercepatkan ibu-ibu memasak, wajarlah kita cuba. Masa yang selebihnya tu bolehla digunakan untuk diluangkan  bersama anak-anak :)

Paprik Sayuran


You may also like

34 comments:

Amanda Suria said...

Yeaayyy...pas ni will make sure maggi cukup rasa ada dalam senarai keperluan dapur..thanks eny for the resipi...

Fiza Lgk said...

Hmmm nampak sedap dan menyelerakan eny, mudahnya memasak dgn maggi cukup rasa :)

Emma Diana said...

Allahu sedapnyaaaa

nadialadzim said...

laparrrrr.......

Amy J said...

sedapnyaaa.. sobs.... sedih tengok makanan dalam blog kak eny ni. jadi hiasan je. kan bagus kalo boleh print jad realiti haha

erny firdaus said...

Ya Allah..sedapnya..tetiba rasa teringin...hehehe...

yoorin melacolea said...

asben fav!! tapi kalau fully sayuran ni memg asben je laa yg makan.. yoorin x makan sayur..huhu

Nieyl said...

Singgah petang..
Selalu singgah pagi...bz pagi ni..
petang baru ade masa nak BW..hihi...
ala..sedapnyaaaaa....

Ummul Azkee said...

yummy!umul suka paprik...n lebih puas bila masak sendiri di rumah dari beli kn kak eny..

Ahmad Hasif said...

Paprik nie mmg sedappp ooo..
Kalau mak masak mmg sy mkn sorg je la.. Haha..

Blogwalking sini

mama dee said...

menarik.. nak cuba la nanti

Maziah Azalli said...

Tengah cari menu simple, sayur apa nak masak petang ni.
Errmmm nak cuba nilah

irra yyan said...

Kak enyy!!!! Gambar tu buat perut berbunyi... Pasni nk kena ada megi cukup rasa

DRAMATIC UNIQ said...

hahahahaa... kalau boleh cam tu Amy, bankrupt la kedai2 makan yang ada... :p

DRAMATIC UNIQ said...

bila masak sendiri, kita boleh lebihkan sayur yang kita suka... hehehehee... :)

DRAMATIC UNIQ said...

telan ayar lioq....!!
memancor-mancor paprik sayurnya tu..
macam memanggil-manggil...

untunglah ada Maggi Cukup Rasa.. sedap je jadinya... :)

Khalid Kyle said...

waa sedapnye nampakk, hilang tension tgk pic mcm kt atas ni XD

safurara said...

Ya Allah kak.malas lah tgk.terliurrrrrr.

zaidalifah said...

Bonde mmg pengguna tegar Maggi cukup rasa.

Amanda Suria said...

Wah.....ala2 amy mastura laaaaa ..sedap2 rasa maggi cukup rasa....

aRz MoHa said...

tengok gambar dah terpikat

aRz MoHa said...

ini dah terlebih rasa kak suria....

aRz MoHa said...

tegar tu bonde

aRz MoHa said...

jangan malas...masak untuk sahur atau berbuka

aRz MoHa said...

hilang tension tengok gambar masakan kak eny kan

aRz MoHa said...

memancor mancor?

aRz MoHa said...

kena bw sebelah malam ja blog kekny di bulan puasa

aRz MoHa said...

cuba jangna tak cuba

aRz MoHa said...

selamat mencuba

aRz MoHa said...

wow makan sorang memang best ya.

aRz MoHa said...

saya suka brocolli...eh ada ka sayur tu dalam paprik

aRz MoHa said...

pagi pagi bahaya nak bw di blog kekny nanti terliur

aRz MoHa said...

uihhh kena la makan sayur

aRz MoHa said...

kalau camtu tutup la semua kedai makan di malaysia, dan kekny dah jadi jutawan