Paprik Sayuran

Teringat masakan ibu saya, paprik. Hidangan ini sangat ringkas tetapi kaya dengan rasa. Kalau masak paprik ni, cukup lah satu jenis lauk, tak perlu lagi lauk lain. Semua rasa bergabung. Bagi isteri dan ibu yang berkerja macam saya, hidangan seperti ni, nak masak pun senang sebab tak sampai setengah jam dah pun siap!

Paprik ni selain udang dan ayam sesuai juga dimasak hanya bersama sayur. Selalu kita buat sayur goreng letak kicap atau goreng belacan je kan. Haa tapi paprik sayur ni rasanya lebih lazat, dan mudah pula nak buatnya.

Saya selalu bagitau, tips para ibu nak masak cepat ni senang je, pastikan bahan-bahan tersedia rapi dalam peti sejuk, dibersihkan dan dipotong terlebih dahulu. Simpan dalam bekas dan masuk dalam peti sejuk. Haa bila nak masak, ambil je terus. Kan senang..

Nak cepat dan enak lagi saya juga taburkan Maggi® CukupRasa™  ni dalam masakan, tak perlu garam, gula dan apa apa penambah rasa. Lengkap je rasanya. Masa memasak pun dapat disingkatkan.

Hanya tabur sedikit dan siap lah tunggu pujian suami dan anak-anak!! Tak perlu dah nak simpan balik balang garam, balang gula, balang itu, balang ini.. sebab Maggi® CukupRasa™ ni ialah penambah perisa semua dalam satu. Senang tak payah susah-susah kemas dapur hehehe..

Paprik Sayuran

Sebolehnya cubalah untuk masak sendiri untuk suami dan anak-anak dirumah walaupun kita berkerja sebab air tangan ibu ini penting dalam tumbesaran anak-anak. Anak-anak dapat khasiat yang diperlukan dan dapat mengeratkan kasih sayang keluarga.

Paprik sayur ni boleh dinikmati bersama nasi putih atau nasi goreng. Kalau ada anak-anak yang tak berapa suka nak makan sayur, boleh cuba resepi ni. Sayuran pula boleh dipelbagaikan. Masaklah guna sayuran kegemaran anak-anak.

Paprik Sayuran

Paprik Sayuran

Paprik Sayuran Campur

Bahan-bahan :
2 biji terung – dipotong memanjang
1 biji lobak merah – dipotong
4 batang jagung muda – dipotong
10 biji kacang panjang / buncis secukupnya – dipotong serong memanjang
Sedikit isi udang (jika suka)
1 sudu kecil chilli flakes
½ sudu kecil lada sulah
2 sudu besar sos cili Maggi®
½ sudu besar sos tiram Maggi®
2 ulas bawang putih – diketuk
1 ulas bawang besar – dibelah tebal
1 helai daun limau purut
3 sudu besar minyak masak
Maggi® CukupRasa™ secukupnya


Cara-cara :
Terung digoreng sekejap terlebih dahulu dengan sedikit minyak. Angkat dan ketepikan.
Gunakan minyak yang sama, tumis bawang putih yang diketuk dan masukkan isi udang.
Masukkan sos cili dan sos tiram bersama sedikit sahaja air.
Masukkan daun limau purut, chilli flakes dan lada sulah.
Masukkan semua bahan sayuran yang dipotong dan bawang besar. Masak Sekejap.
Masukkan terung goreng. Kacau rata
Tabur Maggi® CukupRasa™ keatasnya. Kacau sebati
Tutup api dan siap!

Masak tetap kena masak, dan kalau jumpa sesuatu yang membantu dan mempercepatkan ibu-ibu memasak, wajarlah kita cuba. Masa yang selebihnya tu bolehla digunakan untuk diluangkan  bersama anak-anak :)

Paprik Sayuran