Kuey Teow Berkuah

9:00 am

Salam 11 Ramadhan. Hai semua…

Dah masuk tengah bulan puasa ni kadang-kadang dah jemu dengan hidangan nasi dan lauk. Jadi kenalah cari alternative lain untuk masak menu berbuka puasa. Macam saya sukakan kuey teow sama ada sup atau goreng. Tapi kali ni saya buat kuey teow berkuah. Macam mee bandung juga 
Cuma gantikan mee dengan kuey teow. Sedap sangat!!!

P6251105ed

P6251095ed

Resepi Kuey Teow Berkuah

Bahan-bahan :
1 bungkus  kuey teow - dicuci minyaknya, letak daam penapis dan siram air panas cepat-cepat.
Isi Ayam - boleh juga pakai udang dan sotong
Tauhu - dipotong kecil
Fish ball
2-3 biji telur
Seikat sawi
2-3 sudu besar cili kisar - boleh kurangkan jika tak suka pedas
3-4 sudu besar sos cili
2-3  sudu besar sos tiram
4-5 ulas bawang putih diketuk hancur
1 sudu kecil lada sulah
Sedikit minyak untuk menumis
Air secukupnya
Garam secukup rasa.
Daun bawang
Sedikit taugeh - dicelur
Bancuhan tepung jagung untuk pekatkan kuah.

Cara-cara :
Panaskan minyak dan tumis bawang putih . Masukkan cili kisar dan masak seketika. Kemudian masukkan isi ayam dan goreng sebentar sehingga masak.

Masukkan sos cili dan sos tiram. Masukkan air secukupnya sebagai kuah. Tunggu sehingga mendidih

Masukkan sayuran dan pecahkan telur. Masukkan juga tauhu, garam dan lada sulah. Bila dah mendidih tuang bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.

Hidangkan bersama kuey teow yang dicelur, taugeh celur, daun bawang, daun sup dan bawang goreng

You Might Also Like

5 comments

  1. Rajin Eny pilih menu untuk juadah berbuka puasa... he he hee, Kak Amie dah kelam kabut sekarang ni, tak sempat nak kongsi paparan.

    ReplyDelete
  2. kuey teow berkuah ni, jadi char kuey teow la kan..? hehehe

    ReplyDelete
  3. chantek gmbr mcm biasa ;p selamat berbuka puasa

    psst. psl gmbr bulan tanpa tripod sy dh reply komen yee ;p selamat mencuba dan beramal

    ReplyDelete
  4. Em.. bestnya..nice pic :)
    Idea yang bagus untuk disediakan. Mudah & cepat jika dibandingkan dengan hidangan nasi.

    - Zaleha Awaluddin -

    ReplyDelete
  5. kuey teoooow sup hehehe.. sup ikan merah ritu ada lebih..
    pi celur kuey teow.. x penah buat tp sedap plak hehe..

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com