Daging Masak Hitam Dan Nasi Minyak Utara

12:42 pm

Hai semua...

Kejap je kan dah masuk hari ke 5 puasa.. Alhamdulillah. Semoga semua dapat menjalani puasa dan beribadah dengan setulus hati. Pesan kat diri sendiri juga ni.

Okayla.. Idea untuk menu berbuka puasa kali ni, boleh la cuba buat daging masak hitam berempah dan nasi minyak utara. Gandingan nasi minyak dan daging masak hitam ni memang sedap sekali.

Kalau di Kedah banyak jumpa daging masak hitam berempah dan dihidangkan bersama nasi minyak yang seakan-akan nasi tomato tetapi pudar sikit warna merahnya. Selalunya dijual pada waktu pagi untuk sarapan pagi sebagai nasi bungkus. Orang Kedah memang sarapanya bukan sekadar nasi lemak dan kuih muih, tetapi nasi berlauk juga. Dan lauknya bermacam jenis seperti lauk hidangan tengahari. Selain nasi lemak dan nasi kuning (resepi disini), nasi minyak jenis ni lah dijual sebagai nasi bungkus pagi.

Daging masak hitam berempah pula ialah lauk biasa dijumpai pada waktu pagi. Dagingnya diperap dengan kicap dan kemudian direbus dengan rempah ratus sehingga lembut. Lepas tu barulah ditumis seperti membuat sambal biasa. Kemudian ditambah kicap untuk warna kuah yang gelap disamping memberi rasa manis kepada kuah dan daging.

P6200757ed

Selalunya tak ada acar, tapi saya tambah acar jelatah untuk melengkapkan hidangan..... Sedap juga dimakan bersama telur rebus atau telur masin.

P6200762ed

P6200743ed

Resepi Daging Masak Hitam Berempah

Bahan-bahan :
800 gm daging - dipotong kepingan besar dan tebal.
1/2 cawan kicap manis 
1 sudu besar lada hitam serbuk

Bahan rempah :
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
3 biji bunga lawang

Bahan kuah :
6 -7 sudu besar cili kering - dikisar
2 ulas bawang besar - dikisar
1/4 cawan kicap pekat manis - ikut masin dan manis serta warna kuah
7-8 helai daun kari
2 batang serai - diketuk
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
4 sudu besar minyak masak

Bahan kisar untuk tumis: 
5-6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia

Cara : 
Daging diperap seketika bersama kicap dan serbuk lada hitam.

Masukkan daging dalam periuk, masukkan bahan rempah dan tuang sedikit air agak mentupi paras daging. Rebus sehingga daging betul betul lembut dan empuk. Tektur daging mestilah empuk dan mudah lerai.

Dalam kuali lain, panaskan minyak dan tumis bahan kisar bersama daun kari dan serai sehingga wangi. Kemudian masukkan bawang besar kisar, cili kering kisar, serbuk ketumbar, jintan manis, dan jintan putih. Tumis sehingga cili betul-betul masak.

Masukkan daging yang direbus bersama rempah-rempah tadi juga bersama air rebusan (kalau air banyak jangan masuk semua). Masukkan kicap dan masak lagi sehingga kuah agak kering dan pekat. Rasa garam dan gula. Selalunya tak perlu tambah garam sebab kicap dah sedia masin dan manis.

Bila kuah dah pekat bolehlah diangkat dan hidangkan.

P6200771ed

Resepi Nasi Minyak Utara

Bahan-bahan
4 cawan beras
1 1/2 cawan susu cair
1/4 cawan minyak
4 camca besar minyak sapi
4 cawan air - ikut beras yang digunakan
2 biji tomato - dikisar tanpa air - kalau kisar guna air, gunakan air yg disukat untuk beras.
2 helai daun pandan, disimpul
2 camca teh garam

Bahan rempah tumis :
1 batang kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar :
1 ulas bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih


Cara :
Panaskan minyak dan minyak sapi. Tumis bahan rempah tumis dan bahan kisar, bersama daun pandan. Masukkan tomato kisar.

Masukkan air dan susu cair. Kemudian masukkan beras dan masak nasi seperti biasa sehingga kering.

You Might Also Like

8 comments

  1. Menarik...tercabar ni meronda blog eny bulan2 pose ni.hehe
    #clickclicknufnang

    ReplyDelete
  2. hmmmm menggoda rasa mba dagingnya hehehe jadi pengen cepet-cepet buka hehe

    ReplyDelete
  3. gabungan yang amatlah memikat selera.

    ReplyDelete
  4. buka puasa ni memang sedap kalau makan juadah macam ni.

    ReplyDelete
  5. tengok gambar kat atas ni mcm tengah tengok menu kat restaurant. terliur....salam ramadhan. :)

    ReplyDelete
  6. Macam susah je nk buat daging masak hitam tu....

    ReplyDelete
  7. will try it eny..tqtq.....mmg mcm sedap..lapaaarrr....hihiihih

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com