Resepi Carrot Cake Simple Dan Mudah!

/
22 Comments
12:30 pm

Buat Carrot Cake sempena hari Ibu lepas. Carrot Cake ni memang sedap ditambah dengan keharuman kulit kayu manis, parutan carrot dan kacang walnut bergabung didalam adunan kek.


Ditambah pula dengan cream cheese frosting yang rasa lemak manis masam… memang drooling habis kan. Sebab tu lah kek ni ada penggemarnya tersendiri walaupun kek jenis berbuah, berkacang selalunya kurang digemari.
P5102822ed

Carrot Cake saya version senang dan simple. Cuma letak walnut yang banyak dan kismis didalamnya. Saya tak letak nenas tin dan kelapa kering, satu sebab nenas tin tu manissss sangat dan saya tak suka kelapa kering.. heheh.. Pun tetap sedap hahaha!
P5102809ed

Resepi Carrot Cake Simple

Resepi olahan Eny Abdullah 
(Acuan 4 segi bersaiz 8x8 inci atau 9 x9 inci)

Bahan A  (diayak bersama)
1 cawan tepung gandum
1 camca teh baking powder
1/2 camca teh soda bicarbonate
1/2 camca teh garam halus
1 1/4 camca teh serbuk kulit kayu manis

Bahan B
2 biji telur gred A
3/4 cawan minyak jagung
1 cawan gula castor – saya pakai ½ cawan

Bahan C
1 1/4 cawan parutan lobak merah yang diperah sedikit airnya
3/4 cawan kacang walnutdigoreng atau dipanggang - cincang kasar
1/2 cawan kismis – cincang kasar

Cara :
1. Satukan Bahan B dalam mixer. Pukul sehingga kembang
2. Masukkan Bahan A, dan pukul sekejap je sehingga sebati
3. Masukkan Bahan C, guna spatula dan kacau rata.
4. Bakar selama 50 minit atau sehingga masak



Resepi Frosting Cream Cheese

Bahan - bahan :
70 g mentega tanpa garam – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
125 g cream cheese – dibiarkan lembut sedikit pada suhu bilik
1 camca teh esen vanilla
1 1/2 camca besar gula aising, diayak
1 sudu kecil pes lemon sunquick / jus lemon – jika nak sedikit masam

Cara :
1. Pukul mentega dan cream cheese sehingga kembang
2. Masukkan esen vanilla, gula aising dan jus lemon.
3. Pukul lagi sehingga rata. Siap dan bolehla disapu di atas kek yang telah sejuk.


You may also like

22 comments:

Shahida Dzulkafli said...

X pernah berjaya mencuba carrot cake dan juga carrot susu.. Yg mampu makan carrot mentah jer.. hehehe..

aswaleyla said...

pandai nya k.eny buat . nnti buatkan u lela . hehe

Akif Imtiyaz said...

Fuhh dapnyer ..huhu jeless tgk

Mirabeads azi said...

dapnyer...dapnyer....nanti leh cuba

aRz MoHa said...

kemas natural lighting ka? Bila nak belanja saya makan carrot cake ni kak eny

Inani Hazwani said...

sedapnyaaaa

Nik Ainaa said...

boleh cuba ni.... teringt kat mak sbb mak aina suka kek carrot. :)

DRAMATIC UNIQ said...

saya boleh ajarkan cara nak MAKAN carrot cake ni.. saya pandai....!!! ;)

RahimAim BudakPrihatin said...

Erk..sedap ke? Along pnh try makan CARROT but tahla.... Mungkin sbb along x ske sayur kot..huhu

Lets Masak said...

JOM KONGSI RESIPI, KUMPUL POINTS DAN TEBUS WANG TUNAI

Sudahkah anda mendaftar dengan Letsmasak.com? Dengan LetsMasak's Rewards Program, menjana pendapatan sampingan dengan mudah kini menjadi nyata hanya melalui berkongsi resipi-resipi yang berkualiti di Letsmasak.com

Jangan bertangguh lagi, daftar sekarang di:
http://letsmasak.com/register

Edawaty Alya said...

Hazelnut cake x suka. Tp carrot care mmg feveret i .....

Diella Shah said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Great recipe akk!!! love it!

Idayu Hassan said...

Tq respi..dah try 3x, x menghampakn..��

idayuzulkifle said...

Salam sis, nak bakar kek suhu oven brape ye?

Eny Abdullah said...

pakai suhu biasa yg kita bakar kek... suhu oven masing2 tak sama... mcm oven akak pakai 160C sbb panas.. klau biasa 170C

Unknown said...

tq resepi..sy dah wat..sedap sgt

nani rosnani said...

berape suhu nak bakar?

NaZuHa salleh said...

simply the best...mekasih perkongsian resepi sedap sgtt kena ngan citarasa ..sy doakan cik eny diluaskan rezeki & berjaya didunia & akhirat....Insyallah aaminn

Rabiahtul Adawiyah said...

tq for resepi

ToysChannel subscribe said...

Kek carrot saya sedang dbakar.sya ikut resepi ni

ToysChannel subscribe said...

Dah try resepi ni tdi.very english style betul rasanya..sgt sedap!tq for the recipe