Premium Homemade Brownies Dan Blondies

11:47 am

Premium Homemade Brownies Dan Blondies Untuk Orang Kedah Dari Real Cakes By Eny

Boleh rujuk SINI untuk jenis kek lain dari Real Cakes By Eny

Brownies ni asalnya dari resepi biskut coklat jenis soft dan chewy, yang kemudiannya apabila pencipta asalnya tersilap mengadun adunan biskut tersebut, maka dia memasukkan adunan kedalam acuan eampat segi, dibakar dan kemudian dipotong empat segi berbentuk bar. Disebabkan warna yang gelap ianya digelar Brownie.

Teksturnya lembut seperti kek, tetapi padat dan dense, dan crispy di sebelah atasnya. Tak seperti kek biasa yang agak spongy, brownies adalah kek padat yang berat! Gabungan ciri-ciri tersebut yang menjadikan Brownie ni sangat sedap dan popular di kalangan penggemar kek dan chocolate khususnya. 

Ada bermacam jenis brownie, dari jenis yang chewy, gooey dan agak lembut dan moist sehinggalah yang jenis agak keras. Tetapi brownie yang paling sedap ada lah jenis lembut dan sedikit melted ditengahnya.. 

Tips penting untuk menghaslkan brownie yang sedap ialah kena guna pure chocolate dan pure butter dan ianya tak boleh dibakar melebihi masa yang ditetapkan. Selain itu juga, tak boleh overmix semasa mengadunnya. Jadi pembuatanya brownies sangat ringkas, tak perlu pakai mixer pun tetapi detailnya kena teliti.

Sebenarnya banyak brownies mix dijual di pasaraya yang sememangnya sangat menudahkan bagi penggemar Brownies. Tapi, even brownies mix yang harga mahal sekalipun, rasanya tak sesedap yang dibuat dari scratch. Ada banyak yang menggunakan pewarna.

Di Kedah ni susah nak cari Brownies premium jadi kepada peminat Brownies di sekitar Negeri Kedah terutama di kawasan Bandar Alor Setar, Bandar Jitra, Bandar Darulaman, Kepala Batas dan Changlun, kalau nak order Premium Homemade Chocolate Brownies yang menggunakan pure gourmet chocolate yang bermutu bolehlah order dari saya.

Premium Brownies Coklat Susu RM 40 Sekotak
P4302580ed



P4302587ed

P4031861ed


Blondies ibarat adik beradik kepada Brownies, cuma perbezaannya ialah dari segi warnanya yang Perang sebab itulah dipanggil Blondies (dari perkataan Blonde). Ini kerana jika brownies diadun dengan coklat didalamnya, Blondies pula, adunannya tidak dicampur coklat tetapi, di ditabur coklat susu berbentuk coins didalamnya menghasilkan lapisan lapisan coklat berselang seli dengan adunan. Memang sedap bila gigit tu ada coklat yang melted ditengah tengah!!!! Memang meleleh dengar kan hehehe. Ada yang panggil Congo Bar di Malaysia ni.
P4302588ed

Blondies Coklat Susu RM 30 Sekotak. Dalamnya penuh dengan lapisan coklat susu
P4302603ed

P4302536ed

Rich Chocolate Brownies With Almond  or Walnut RM 40 Sekotak
P4222475ed

P4212429

Brownies dan Blondies ni tahan sehingga 5 hari tanpa peti sejuk  Disebabkan ianya tak ada cream frosting dan topping, ianya sangat sesuai dijadikan sebagai hantaran, dan hadiah atau buah tangan kepada kawan-kawan. Packaging dalam kotak (upon request) untuk hadiah atau buah tangan, dan packaging dalam kotak window dengan hiasan riben  dan renda mengikut theme (upon request) untuk majlis pertunangan. Boleh request untuk letak font diatas brownies tanpa extra charge. Kebanyakkan yang order dalam kotak cantik cantik ni sebab nak hadiahkan kepada isteri, boyfriend dan girlfriend dan ada juga untuk tujuan nak propose :D. Lebih baik bagi sekotak brownies yang sedap dari bagi sejambak bunga kan :D
P4031844ed P4031852ed



Untuk tempahan

Contact Details :
Real Cakes By Eny
Eny Abdullah
Phone : 012-5360877
Email : enyabdullah@gmail.com
Website : www.enyabdullah.com
Facebook : Real Cakes By Eny
Instagram : REALCAKESBYENY

COD Jitra dan Bandar Darulaman sahaja. Luar kawasan akan dikenakan caj milage kecuali untuk order in bulk tidak dikenakan...

Just Whatsapp / Call Eny 012 - 536 0877

You Might Also Like

6 comments

  1. :G :G :G ngiler langsung liat brownies :)

    ReplyDelete
  2. MasyaAllah terlioq baq hang! What a coincidence, I'm making some of them congo bars tonight untuk fundraising event sekolah anak. What is simpler than making something in a large container and then potong2 into smaller portions, right? Cuma satu je yang tak best... Hershey's semi-sweet choc chips sold out. Orang kedai cakap dah berbulan2 no stock. Terpaksa lah pakai choc chips yang takde jenama. Mintak2 sedap jugak... Bismillahh...

    ReplyDelete
  3. Wah....so sedapppppp!!!!

    Jemput singgah ke blog saya:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum eny...sedapnya tengok ni...;)

    ReplyDelete
  5. ya Allah kak eny! ana pnh mkn congo bars tu je haritu masa wedding anak jiran. yg lain2 tu fuhhhhh. awatla kak eny dok jauh sgt huwawawa

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com