Asam Tumis Utara

/
15 Comments
8:30 am

Asam pedas ke asam tumis ke sama je kan... Yang penting ikan kenalah segar, cili kena tumis lama-lama supaya masak betul barulah sedap...

Resepi asam tumis utara simple ni masak semalam.. memang sedap.

P5172903ed




P5172904ed

Resepi Asam Tumis Utara

Bahan-bahan :
4-5 ekor Ikan kembung segar
1 mangkuk air asam jawa
Air kosong secukupnya
Tomato dibelah dua - boleh pakai timun atau bendi
Serai diketuk
Daun kesum
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan kisar - dikisar kasar
10-15 tangkai cili kering - direndam air panas sehingga lembut dan buang biji
Sedikit halia
sedikit kunyit hidup
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 sudu kecil rempah kari ikan 

Cara - cara  :
Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar bersama serai yang diketuk sehingga wangi dan garing cilinya. Tumis lama sedikit.

Masukkan air secukupnya berserta air asam dan ikan. Masak sehingga medidih dan ikan masak. Masukkan garam dan gula.

Akhir sekali masukkan bendi, timun dan daun kesum. Masukkan garam secukupnya dan masak seketika sehingga sayur lembut baru lah ditutup api.

P5172908ed


You may also like

15 comments:

DRAMATIC UNIQ said...

orang dulu-dulu lada tu digiling... perrgghh..!! mesti lagi sedaaap kan...
hehehehehe... kita guna blender je lah.. cepat skit... lengan pun x jadi sado... :p

ewento marcello said...

pergkhh...my peberet. tmbh kicap manis plak lps tu. terbaik tip top

Mohamad Khairil said...

Sedapnya asam tumis kak eny :D

Mas Zull said...

assalamualaikum eny...sedap nyer...:)

Shahida Dzulkafli said...

Aduhai... lapar dibuatnya..
Sedap dan mengancam..

khaty aiman said...

hai eny..khaty singgah sini..huhuhu..laparrrr

Aznin Taridi said...

One of my favorite go-to recipes bila nak masak ringkas tapi sedap!

nuyui a.k.a miss YUI said...

sdpnya kak..dpt lak dgn ns pnasa..perghh.

Inani Hazwani said...

terliur tengok :D

Maisarah Humaira said...

sedap dan mudah penyediaannya

anajingga said...

haah kak utara panggil asam tumis dan memang lazimnya ikan kembung atau kak ana lebih suka ikan pelaling Eny.

RahimAim BudakPrihatin said...

Teringat pula dekat masakan mak along..huhu..lama tak makan masakan macam ni
wuargh!!!!

Aku Penghibur said...

aduhhh terliur sudah ^_^

Amy J said...

perghhhh sedapnya asam tumis utara!!! tergoda.. oh no!!! lapar dah

tiga lalat said...

tgk gmbr pon terliur ;p