Bokeh

Boleh boleh didefininasikan sebagai satu titik cahaya yang kabur disebabkan oleh fokus yang lari (out of focus).
Contoh shot yang mempunyai bokeh
Lokasi : Masjid Zahir, Alor Setar
P5203025ed

Contoh paling senang, jika anda pakai cermin mata, cuba buka cermin dan lihat pada satu titik cahaya. Jadi bulat kan?

Jika tak pakai cermin mata, cuba larikan anak mata ke tengah (buat mata juling). Fokus mata akan lari, dan cuba tengok pada satu titik cahaya, cahaya tu akan jadi bulat.

 Itulah bokeh.

Bokeh ni imej yang kabur. Eh tapi kenapa pula imej kena kabur. Kalau kita mesti nak imej yang jelas dan terang kan?

Bokeh dalam fotografi bukanlah satu kesilapan atau kecatatan. Bokeh diperlukan untuk menjadikan gambar lebih cantik dan menonjolkan subject utama gambar. 
P5203027ed

Selalunya jika tiada titik cahaya, bokeh menjadi background kabur di belakang subjek, jadi subjek dihadapan akan menjadi lebih menonjol. Contoh gambar di bawah. Gambar dengan bokeh  dari camera phone Sony Xperia Arc dan Sony A290.. Background yang blend dan smooth  pada imej yang terhasil dari Sony A290 lebih menarik kan?
jam loket, pendant watch

Bokeh menjadi lebih menarik dengan kehadiran titik cahaya (point of light) menghasilkan dot dot bulat yang cantik. Apa lagi jika cahayanya berlainan warna...

Cara Mendapatkan Bokeh

Bokeh yang terhasil ni bergantung kepada jenis lens atau kamera kita. Jangan terkejut jika camera handphone juga mampu menghasilkan bokeh. Untuk DSLR, bokeh yang cantik ialah untuk lens yang mempunyai keupayaan untuk membuka bukaan aperture sehingga sebesar f 2 atau f 1.8. Selalunya ialah lens potrait atau lens prime. Jadi kalau nak beli kamera DSLR atau lens nak dapatkan bokeh yang cantik, kena tengok minimum aperture atau f value tu boleh pergi sehingga f 2 atau 1.8.

Jika kamera anda hanyalah kit lens lens zoom (selalu nilai f sehingga 3 dan keatas sahaja) anda masih juga boleh mendapatkan bokeh dengan cara menggunakan fokus zoom. Cuba zoom dan adjust kedudukan jarak camera dan subject secara manual sehinga mendapat background bokeh yang dikehendaki.

Kalau menggunakan kamera digital point and shoot biasa, cuba cari mode Macro atau mode Potrait untuk mendapatkan kesan bokeh yang maksimum. Begitu juga sekiranya menggunakan camera handphone.
PENCARIAN SPONSOR GIVEAWAY EFG MEGA RAYA
Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Salam, EFG akan mengadakan GIVEAWAY EFG MEGA RAYA 2015 buat julung kalinya. Sekiranya ada yang berminat untuk memberi sponsor, boleh hubungi nombor yang tertera di atas.
#giveaway #raya2015 #EFG #ExchangeFeedGroup#GiveawayEFGMegaRaya2015
Hai semua, saya bercuti sekejap sehingga Ahad.
Penat memasak, penat berada di bawah cuaca panas site, jadi berehat sekejap :D
DSC01673ed

Kari Thai

Kari Thai atau ada yang panggil Gulai lemak siam ni bukanlah seperti kari yang biasa kita makan. Rasanya seakan akan masak lemak cuma aromanya harum sebab pengunnaan serai, lengkuas dan daun limau purut didalamnya. Kalau di Kedah ni banyak restoren siam dan dalam banyak-banyak menu ada Thai Curry yang dimasak dengan kepingan isi ayam, udang dan sotong dan juga isi ikan (fillet). Ada juga jenis Thai Green Curry. Sebenarnya rasa keduanya sama je, yang berbeza Thai Green Curry diletakkan cili hijau muda dan tak letak kunyit. Jadi warnanya kelabu kehijauan sikit. 
P5223073ed

Memang sedap sebab harum bau rempah dan lemak kuah tu..Untuk kari thai ni ni saya pakai ikan tilapia bersama terung dan tauhu kembung yang digoreng terlebih dahulu.  Boleh juga letak kacang panjang jika suka.
P5223053ed

P5223069ed

Resepi Kari Thai Ikan Tilapia

Bahan-bahan :
1-2 ekor ikan tilapia
4-5 ketul tauhu kembung
2 biji terung - dibelah 2 dan potong
3 asam keping
400ml santan
3 batang serai - diketuk
1 inci lengkuas - dihiris nipis
1 helai daun limau purut

Pes Rempah (dicampur sedikit air dan gaul) :
1 sudu besar rempah gulai udang/ketam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
Sedikit serbuk kunyit

Bahan kisar :
4 ulas bawang merah
10 biji cili api - ikut nak pedas mana
2 ulas bawang putih
3-4 batang daun ketumbar - kalau tak suka tak payah letak
Sedikit minyak

Cara :
Panaskan minyak dan goreng terung dan tauhu kembung berasingan. Angkat dan ketepikan

Menggunakan minyak yang sama (anggaran 3 sudu besar sahaja), tumis bahan kisar bersama pes rempah yang dibancuh dengan sedikit air. Masak sehingga garing dan wangi.

Masukkan santan, serai, daun limau purut dan lengkuas, didihkan. Kemudian masukkan ikan dan asam keping. Masak lagi sehingga ikan masak.

Akhir sekali masukkan tauhu goreng dan terung goreng tadi.


Sejak drama TV3 Slot Akasia Hati Perempuan ditayangkan, tudung dan skirt pelakon wanitanya, Yuhanis menjadi tumpuan ramai. Cantik sungguh segala jenis kaler tudung bawal satin yang di pakai Yuhanis dan berjaya menjadi trending walhal tudung satin sudah lama ada di pasaran.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Anda ingin tampil cantik dan bergaya seperti Mia Ahmad semasa hari raya nanti? Masih tercari-cari tudung yang sesuai dengan tema baju raya anda? Kami ada penyelesaiannya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Grey

Kami menjual tudung bawal satin exclusive gred AAA yang mempunyai 49 warna untuk anda pilih (ada dalam gambar di bawah..scroll ya).

Tudung bawal satin exclusive dengan pelbagai warna menarik mampu meningkatkan seri anda pada pagi raya.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Chocolate

Material kain bawal satin ini adalah Italian Premium Dull Satin. Kainnya tebal, tetapi tidak panas. Material yang digunakan juga tidak berkilat, nampak moist dan mudah iron.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Biru

Tudung bawal satin ini terbentuk elok bila dipakai kerana kainnya yang lembut tetapi mudah dipakai. Yang penting boleh dipakai labuh.

bawal satin cantik.bawal satin murah,bawal satin mia ahmad
Bawal Satin Exclusive Gred AAA | Pink

Sehelai tudung bawal Satin ini berharga RM35. Postage Semenanjung Malaysia RM6/ Sabah Sarawak RM10.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Harga PROMOSI PENGENALAN RM30 SAHAJA sehingga 1 Julai 2015.

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jom dapatkan SEGERA Bawal Satin Exclusive

Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA
Pilihan Warna Bawal Satin Exclusive Gred AAA

Jika berminat boleh sms / whatsapp / telegram 013-3560192 atau ke online store: http://onlinestore.irrayyan.com/

----------------------------------- end
Kalau dulu, kita menggunakan kamera filem, dan apabila diproses gambar yang terhasil adakalanya tak memuaskan hati, tak ada cara lagi selain buang sahaja gambar tu.

Tapi sekarang walaupun kebanyakan camera adalah digital, perkara seperti gambar rosak (gambar tak menjadi) ni selalu terjadi juga kepada photographer amateur seperti saya. Bila tengok di screen kamera atau komputer tu kadang-kadang lepuk dahi berkali kali juga la hehe.. 

Kadangkala setting kamera tidak diset dengan betul mengikut persekitaran ketika itu. Jadi bila ambik gambar tu ada yang overexposed (terlalu cerah), underexposed (gelap) dan adakala blurry sebab handshake (gegaran ni kes lupa bawa tripod selalunya). Biasalahkan, tak semua shot kita yang perfect. Ada shot yang perfect pun kadang kala kita mengharapkan bantuan photo editor seperti Lightroom untuk edit.

Tapi jangan risau, kalau anda rasa sayang betul dengan gambar yang tak jadi tu. Edit adalah cara terbaik. Kita tak boleh nak dapat 100 peratus gambar yang dikehendaki tapi adakalanya shot yang tak jadi ni boleh menjadi karya hebat.

Caranya cukup mudah, tukarkan gambar tersebut kepada Black and White , Grayscale atau Sephia. Kebanyakan photo editor free seperti Picasa Editor, Photoscape ada function ni. Boleh juga tambah Filter atau Hazy effect supaya lebih dramatic!

Bila tukar kepada mode diatas, kita dapat meminimumkan kesan gegaran, overexposed atau underexposed dalam gambar tu. Jangan lupa, crop juga gambar tu untuk buang bahagian yang tak sepatutnya.

Antara contoh shot gambar Birding saya yang tak berapa menjadi... ada diantaranya menang dalam photography competition yang saya join.

Gambar ni selepas diedit dan menjadi Greyscale. Kemudian saya tinggikan Contrast gambar dan increase Sharpness. 
Function Contrast akan buat bayang imej lebih nyata dan jelas, dan  function Sharpness akan lebih membantu. Crop gambar juga membantu gambar nampak lebih asli...
DSC09338ed
Shot asal yang tak jadi tu.
DSC09338

Shot dibawah selepas diedit kepada mode Sephia. Kemudian saya tinggikan Contrast gambar dan increase Sharpness.
Function Contrast akan buat bayang imej lebih nyata dan jelas, dan  function Sharpness akan lebih membantu. Nampak macam lukisan pun ada :D
DSC08877ed22
Gambar asal... Sebelum edit. Totally out!
DSC08877ed

The winner shot, selepas diedit menjadi Black and White.
DSC00642ed
Shot sebelum diedit. Memang hancus gambar ni kan huhuhu..
DSC00643

Satu lagi winner shot... macam gambar diatas, edit menajdi Black and White.
DSC09217ed
Gambar asal yang juga hancus!
DSC09217

Okay harap dapat membantu anda serba sedikit. Janganlah kecewa jika gambar tak jadi. Masih ada harapan :D

Rendang sotong ni adaptasi dari Resepi Rendang Kerang Chef Wan dari buku 400 Resepi Terbaik Chef Wan. Memang sedap rasanya sebab rendang ni lain dari rendang biasa saya buat sebab dimasukkan daun limau purut. Rasa gandingan sotong dan limau purut tu memang sesuai sangat. Sebab tu lah agaknya Chef Wan gunakan limau purut dalam kebanyak rendang seafood beliau. Saya gantikan sotong sebab itu je yang jumpa di Pasar Ikan Kuala Kedah. Sotongnya fresh. Sotong tu ialah sotong arus iaitu sotong yang seakan akan sotong katak tetapi isinya tebal dan lembut je. 

Dalam sotong tu sumbat je dengan telur yang dipukul dicampur sebiji tauhu lembut yang dihancurkan. Senang sangat. Rasa pun sedap. 

P5233118ed

Ok masak rendang ni memang la ambil masa lama sikit kan supaya kuah tu benar-benar kering. Ini pulak rendang sotong yang pastinya banyak air yang keluar. Jadi caranya, bila kuah dah pekat dan mesra dan dah masuk santan, masukkan pula sotong masak seketika hingga sotong masak, lepas tu angkat sotong ke dalam pinggan. Teruskan masak kuah sehingga betul-betul pekat. Dah pekat masukkan balik sotong. Ni supaya sotong tak overcooked dan keras.
P5233138ed

Telur tu kena goreng sedikit macam scramble egg, tapi jangan terlalu masak, biar sedikit cair-cair je. Nanti dah sumbat dalam sotong telur tu elok je kerasnya.
P5233128ed

Saya derhaka sedikit resepi ni dengan tambah sedikit serbuk ketubar, serbuk jintan putih dan jintan manis memandangkan serbuk tu dah lama beli tapi tak diguna.. sedap juga hehehe.... Sedap dimakan bersama nasi minyak atau pulut kuning!
P5233111ed

Sotong Sumbat Telur

Bahan-bahan :
1-2 batang tauhu lembut - dihancurkan dengan garfu
5 biji telur
Sedikit garam
Sedikit lada sulah

Cara :
Pukul telur bersama garam dan lada sulah. Masukkan tauhu lembut hancur.
Panaskan sedikit je minyak, dan tuang telur tadi. Kacau telur dalam kuali sehingga menjadi telur hancur (scramble egg). Tetapi jangan terlalu masak, biarkan telur sedikit basah.

Sumbat telur didalam sotong sehingga 3/4 penuh. Sambungkan kepala sotong dan cucuk dengan pencungkil gigi untuk melekatkanya

Resepi Rendang Sotong Sumbat

Bahan-bahan :
4 ekor sotong arus bersaiz sederhana besar
2 helai daun limau purtu
400 ml santan pekat
2 sudu kecil kerisik
4 sudu makan minyak masak
3 keping asam keping
Garam dan gula secuup rasa

Bahan kisar sebagai pes rempah :
2 inci lengkuas
2 inci halia
2 batang serai - hiris nipis
10 tangkai cili kering rebus
5 biji cili padi
5 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Saya tambah (tak ada dalam resepi) :
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih

Cara-cara :

Kisar bahan kisar sehingga sebati.

Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Masukkan serbuk ketumbar, serbuk jintan manis, serbuk jintan putih. Masak sehingga cili masak dan garing.

Masukkan santan dan kerisik serta daun limau purut. Masak seketika.

Masukkan sotong dan balik balik kan sotong, Untuk sotong sederhana lebih kurang 8 minit untuk masak.

Bila sotong masak, angkat sotong keluar dari kuali. Kemudian sambung masak dan pekatkan kuah rendang. Ini kerana air sotong tadi keluar dan kuah jd agak berair. Masak kuah sehingga pekat dan pecah minyak macam rendang yang biasa kita buat tu.

Bila dah kering boleh la tutup api dan masukkan balik sotong tadi. Siap!!

Bila nak hidang, baru potong sotong tu.

Ini yang dimasak semasa untuk lauk pengantin adik ipar tahun lepas. Besar sotongnya!!


Ini lah sotong arus. Rupa seakan-akan sotong katak tetapi bukan ya. Isinya tebal tetapi lembut. Memang sedap!
    Nasi Lemak sotong
Saya sebenarnya bukanlah penggemar kuih tart sebab tak berapa suka rasa jem nenas tu. Tapi bila rasa kesedapan Tat Nenas Obes Gebu ni memang lain dari tat nenas biasa. Pastry tat yang gebu dan rapuh pada masa yang sama. Jadi tak cepat muak. Jem nenas pula bukan setakat rasa manis, tetapi kaya dengan rasa nenas ditambah dengan rasa masam manis. Kombinasi Gebu, Rapuh, Rangup, Masam dan Manis tu lah keistimewaan Tat Nenas Obes Gebu ni...
P5233213ed

Nak tahu kenapa dipanggil Obes, sebab saiznya yang besar-besar hehehe..
Macam biasa packaging pun cantik dalam bekas lutsinar ni sesuai untuk hidangan kepada tetamu. Terus dari bekas. Sesuai juga sebagai buah tangan, hadiah dan hantaran. Kalau hantaran tu cuma perlu hiaskan dengan riben saja kan!
P5233190ed

Harga promo sekarang, RM 23 sebekas. Tempahan untuk raya juga telah dibuka! .
Delivery sekitar Jitra, dan Alor Setar, Kedah.
Untuk luar kawasan Kedah juga akan dibuka sedikit masa lagi.
P5233219ed2

Sebiji tu penuh dalam mulut!!! 
P5233237ed

Jadi orang Kedah kalau nak order Kuih Tart Obes Dan Gebu yang rangup, gebu dan besar-besar ni boleh contact : 
019 - 4106962 (Pian) 
019 - 4440626 (Eja)

Haaa masalah label ni bukan masalah kecik. Baru-baru ni saya tukar template blog. Template rensponsive dan ada top navigation kat atas tu. Jadi bila ada navigation, entry semua kena lah label seragam dan organized. Jadi masalah saya ada label yang tak seragam. Contoh Kedah Foods ada yang Kedah Food (tanpa s) dah jadi 2 label. Ada juga label nama yang spesifik, contoh Banana Muffin. Patut label lebih general seperti dilabelkan sebagai Muffin atau Baking je lah kan...

Ok jadi saya telah buat reasearch sikit. Rupanya memang ada cara nak remove Label yang kita tak mahu. Simple sangat. Tengok tutorial di bawah ye.

Tutorial Cara Remove Label Di Entry Blog


Mula-mula pergi ke bahagian paparan semua post blog kita.

Then click kat All Labels. Pilih label yang kita nak buang.

Disini saya bagi contoh, saya nak remove label Banana Muffin. Jadi bila dah all post yang label Banana Muffin naik, click kat kotak atas, semua post akan highlight...  ada post tertentu yang kita tak nak remove tu pilih la klik satu persatu ye...
Lepas tu click button label diatas tu dan cari label yang kita nak buang. Bila kita click dia akan naik "Add or Remove Label Banana Muffin" Click situ dan dia akan remove label tu dari entry yang kita pilih tadi. 


Dah tak ada lagi entry dengan label Banana Muffin, so thats mean label telah dihapuskan.

Note : same thing jika kita nak add label sedia ada pada entry tertentu.. cuma pergi select kat entry yang nak di add label tu dan click la add or remove label. Jika label tu tak ada lagi di entry tu dia akan auto masuk label yang kita pilih tu.

Kepah ni kalau buat sup atau goreng pedas sedap kan...
P4102121ed

Resepinya pun simple sangat hehehe.. P4102130ed

Resepi Kepah Goreng Pedas

Bahan-bahan :
1 kg Kepah
4 ulas bawang merah dicincang
3 ulas bawang putih dicincang
2 sudu besar chilli flakes
2 sudu besar sos tiram
Sedikit daun saderi - diracik halus
Minyak secukupnya

Cara-cara :
Panaskan minyak, dan tumis bawang merah dan bawang putih.

Masukkan sos tiram dan chilli flakes. Kacau rata.

Masukkan kepah, kacau rata dan tutup kuali. Biarkan masak sehingga kepah terbuka cengkerangnya.

Tabur daun saderi dan siap.

Labu masak lemak putih ialah feveret saya! Teringat dulu di asrama selalu dihidangkan masak lemak labu ni bersama lauk sampingan lain, ikan goreng dan sambal belacan bersama ulam raja.  Dah lama tak buat jadi hari ni buat lah juga memandangkan teringin nak makan. Kebetulan ada buat sambal buah kuinin (Resepi Sambal Buah Kuinin) jadi sangat sesuai digandingkan bersama masak lemak labu ni.
P5202964ed

Ada yang letak cili padi yang ditumbuk. Saya cuma pecah-pecahkan sedikit cilipadi dengan lesung, hiris bawang merah dan leburkan sekali dalam santan. Masak lah sampai labu lembut dah siap!
P5202977ed

P5202967ed

Resepi Masak Lemak Putih Labu

Bahan-bahan :
1/2 biji labu saiz sederhana, dikupas kulit dan potong ketul besar-besar
300 mlm santan
4-5 biji cilipadi, ditumbuk pecah pecah
3 ulas bawang merah dihiris
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
Masukkan semua bahan kedalam periuk dan masak sehingga labu lembut. Kacau sekali sekala. Hati hati takut labu hancur pula.

Buah Kuinin

Buah Kuinin atau kuini ialah dari spesis pokok buah mempelam atau mangga. Buahnya berbentuk bulat kecil dan apabila masak kulitnya tetap berwarna hijau. Tanda buah kuinin yang masak ialah buahnya akan luruh ke tanah dengan sendirinya. Buah ni mempunya bau harum manis yang kuat dan menusuk. Tak semua orang boleh tahan baunya. Buah ini dipanggil Buah Konen di sebelah utara. Buah ini juga seakan-akan buah Bacang, cuma buah bacang besar sedikit, isinya warna kuning muda manakala kuinin isinya berwarna kuning terang. Selain itu, buah bacang mempunya serat kasar didalam isinya berbanding kuinin yang seratnya halus.
P5202952ed

Haaaa dan tahu kan apa beza buah kuinin dan bacang. Tu pun google tadi hehehe...

Buah kuinin atau buah bacang memang sedap dibuat sambal. Rasa masam manis buah tu digandingkan dengan sambal belacan meamang sangat masuk dan sedap walau hanya dimakan bersama lauk simple. Tak payah lauk lain hehehe...
P5202956ed

Resepi Sambal Kuinin

Bahan-bahan :
2-3 biji buah kuinin masak ranum. Dikupas dan dipotong nipis memanjang
10 biji cilipadi hijau dan merah
1-2 inci belacan bakar
2-3 ulas bawang merah
Garam dan gula secukup rasa

Cara :
Kisar belacan cili padi dan bawang sehingga halus. 
Gaul dengan buah kuinin.
Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa
Biarkan seketika supaya mesra sebelum dihidang.



Review Seterusnya adalah KC a.k.a kakcik.




Asam pedas ke asam tumis ke sama je kan... Yang penting ikan kenalah segar, cili kena tumis lama-lama supaya masak betul barulah sedap...

Resepi asam tumis utara simple ni masak semalam.. memang sedap.

P5172903ed


Q'SARRA BEAUTY SKINCARE



Produk Q'Sarra Beauty Skincare adalah produk kecantikan dari Malaysia, selamat digunakan dan dijamin berkesan serta telah mendapat kelulusan GMP Dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia). Tak perlu ragu-ragu jika digunakan.

produk hilangkan jeragat

Anda peminat kek and pastri di sini yang masih tercari-cari dimana ingin menempah kek homemade yang memenuhi citarasa anda? Kek dan pastri yang boleh ditempah mengikut tema dan segala yang menggembirakan hati anda?




Jom kita terjah J'aime Makan! 



Apakah pelik nama J'aime Makan tu kan? J'aime adalah perkataan yang berasal dari Perancis yang bermaksud saya suka.. Maka maksudnya Saya Suka Makan... hihihi... Penggemar-penggemar makanan pastinya akan berasa taksub dengan makanan yang  dijual di sini antaranya ialah :

1. TART 

Aneka tart boleh ditempah seperti Nutella Cheese Tart, Fruit Tart, dan Raspberry Chocolate Tart.  Anda boleh juga memilih untuk membeli tart yang besaiz besar atau pun kecil... Harga tart serendah RM2 sebiji dan jika anda membeli di dalam kuantiti yang banyak, harga akan lebih murah.. Rasa? Pastilah nak lagi!