Pais Ikan Kembung Segar

Hari Jumaat lepas ke Kuala lagi mencari ikan segar.. Ikan kalau segar walaupun sekadar ikan kembung atau Temenung orang sini panggil, memang manis dan lemak isinya. Sedap direbus, dibuat Sayur Ikan (Resepi Klik SINI) atau dibakar.

P4172290ed



Kali ini saya buat Pais Ikan, memandangkan ada lebihan sambal kelapa balance buat Ikan Cencaru Sumbat (Resepi Klik SINI).
Sambal kelapa ni memang versatile orang kata, boleh dipelbagaikan. Boleh sumbat dalam ikan dan dibakar atau digoreng, dimakan bersama laksa (cara orang Kedah),  boleh dimakan begitu sahaja dengan nasi panas-panas sebagai pembuka selera atau dibuat Pais Ikan begini.

Caranya sangat lah mudah, cuma susun ikan diatas daun pisang, kemudian letak sambal kelapa diatasnya. Balut dan kukus. Nak lagi sedap boleh tambah ulam-ulaman seperti daun cekur dan pucuk ubi dan bungkus sekali dalam pais tu. Memang sedap!

Cara mak saya buat sambal kelapa tu supaya tahan lama dan boleh disimpan dalam peti ais ialah dengan memasak sambal kelapa tu. Biasanya mak akan kisar semua bahan dengan sedikit air, biar berair sedikit dan boleh la keringkan airnya dengan memanaskannya dalam kuali. Sambal kelapa akan kering elok dan tahan lama.

Start minggu depan, mak kena operate matanya yang kabur, jadi lepas operate, makanan tu kena pantang. Jadi makanan lepas ni kena masak yang healthy sajalah hehehe..

Hidangan ni memang sihat. Walaupun ada yang cakap kelapa tu tinggi kolestrol, haippp sapa cakap, kelapa ada kolestrol yang baik lah…

P4172293ed


Resepi Pais Ikan Kembung


Bahan-bahan : 
Ikan  Kembung segar (boleh juga pakai ikan jenis lain)
2 cawan kelapa parut

Bahan Kisar (dikisar dengan sedikit air)
2 batang serai
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
6-7 biji cili padi / cili merah (nak campur keduanya sekali pun boleh)
1 sudu the serbuk kunyit
Sedikit jintan manis
Sedikit sahaja biji ketumbar (jika suka)
Sedikit jintan putih
2 inci belacan
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Campur bahan kisar dengan kelapa parut dan gaul rata. Masak sebentar sambil dikacau sehingga kering sedikit airnya. Rasa garam dan gula secukup rasa.
Susun ikan diatas daun pisang. Letak sambal kelapa diatasnya. Bungkus dengan rapat.
Kukus sehingga masak.

Post a Comment

16 Comments

  1. boleh try ni.. mohon share resepi ey kak Eny.. :)

    ReplyDelete
  2. memang sedap, mak kak ana pandai buat ni Eny :)

    ReplyDelete
  3. terhidu bau ikan dengan daun pisang tu...sedap mkn dgn nasi kosong jer ni eny

    ReplyDelete
  4. masuk je blog kak eny! mst laparrrr! malas lah masuk dah.hehehehe

    ReplyDelete
  5. Alaaa..eny...sedapnyeee..sy plg suka kelapa tuhhh...

    ReplyDelete
  6. Nampak menyelerakan...

    ReplyDelete
  7. kenapa orang panggil temenung eh... sedapnya tengok. tapi nak buat malas sungguh. ada kolesterol ke xde ke, saya rembat je... tapi nnti dah tua susah la kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah la, baru terfikir jugak nama dia temenung. Ada jugak orang panggil ikan rebus. :D

      Delete
  8. kak eny..dah meleleh air liur dayah ni ha..grrr T_T

    ReplyDelete
  9. salam kenal..

    teringat zaman kanak2 dulu.. arwah nenek selalu buat macam ni.. now dah tak pernah dah...

    ReplyDelete
  10. wahhh...nampak sedap ni...sesuai x untuk pesakit darah tinggi macam mak SA...psst...SA pun macam dah ada tanda2 nak mewarisi penyakit ni..

    ReplyDelete
  11. menjejes air liuq..hihi... sodappp kak eny..aduhh duhh duhh laparnyaa

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum eny...memang sedap ni kalau mkn panas2...:)

    ReplyDelete