Saya penggemar kuih kaswi ni atau ada yang panggil Kasui / Kosui. Kuih Kaswi ni ada 2 jenis, yang perisa gula melaka atau yang pandan (warna hijau). Keduanya sedap. Rasanya pun seolah-olah kuih lompang. Cuma perbezaannya ialah kuih lompang menggunakan tepung beras dan tepung ubi manakala kuih kasui menggunakan tepung gandum dan tepung ubi. 

P4182390ed



Kuih kaswi ni resepinya dapat dari dapur Kak Azie di SINI. Sedap sungguh, lembut, sedikit kenyal memang cair dalam mulut. Senang je cara nak buatnya...

Disebabkan mak suka kuih ni, jadi saya buat resepi ni kurangkan gula menjadi 3/4 cawan sebab nak yang kurang manis sikit. Masih lagi sedap walaupun kurang gula... tak tahu lah kalau yang jenis dah biasa makan manis hehehe..

P4182359ed

P4182385ed



Resepi Kuih Kaswi

Disalin dari blog Azie Kitchen di SINI

Bahan bahan:
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung ubi
2 keping gula Melaka - saya guna 2 1/4 kpg saiz sederhana
4-5 sudu besar gula merah - untuk mendapatkan warna yang gelap
1 cawan gula pasir - saya tambah 1 sudu besar
7 cawan air
1 sudu kecil kapur – bancuh dengan sedikit air

Bahan lain:
Kelapa parut muda
Sedikit garam

Cara cara:
Masak air dengan gula Melaka, gula merah dan gula pasir sehingga mendidih dan sedikit pekat. Sejukkan sehingga agak agak air gula suam.

Masukkan tepung gandum dan tepung ubi yang telah disatukan ke dalamnya. Kacau sebati. Masa ini, boleh rasakan sedikit adunan dan jika belum cukup manis, boleh tambah sedikit gula pasir.

Akhir sekali, masukkan air kapur dan kacau rata. Tapis adunan ke dalam periuk. Kacau sekejap je atas api sehingga naik wap sahaja. Bukan sampai keras..

Panaskan periuk pengukus dan masukkan loyang. Saya guna loyang bulat saiz 9 inci. Setelah loyang panas, tuang adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak selama 45 minit atau sehingga masak dengan menggunakan api yang besar.

Sekali sekala, lapkan penutup pengukus atau balut penutup dengan tuala. Bila telah masak, buka penutup pengukus dan kukus tanpa penutup seketika untuk mengeringkan air di permukaan kuih, jika ada.

Setelah betul betul sejuk, baru dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut yang telah digaul dengan sedikit garam.

P/s : Saya punya pengukus kumpul air di atas kuih tu, sebab tak letak tuala, jadi saya cedok air dari atas kuih dan buang. Nasib baik kuih jadi elok :)