Nasi Goreng Ikan Bunga Kantan

9:40 pm

Dinner simple malam ni.. Nasi goreng ikan ni selalu mak saya buat waktu pagi atau kadang-kadang waktu malam. Sedap sangat dan tak jemu makan. Disebabkan ada bunga kantan banyak pemberian mak mentua, kali ni cuba uat nasi goreng ikan dan bunga kantan. Sedap juga gandingannya.. Resepi simple je ni pun :)

P3291765ed P3291762ed

Resepi Nasi Goreng Ikan Dan Bunga Kantan

Bahan-bahan :
2 mangkuk kecil nasi sejuk
2 ketul ikan tongkol goreng - diambil isinya dan tumbuk kasar. Boleh pakai sebarang jenis ikan goreng, atau lebihan ikan goreng.
1 sudu kecil belacan - dihancurkan
1 kuntum bunga kantan - diracik halus
Sedikit kobis putih - diracik - Boleh juga pakai sayur lain
Sedikit marjerin - saya pakai butter

Bahan tumbuk :
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit ikan bilis
4-5 biji cili padi

Cara :
Panaskan marjerin/ butter/ atau minyak. Tumiskan bahan tumbuk dan masukkan belacan. Kacau rata.

Masukkan isi ikan, kacau rata.

Masukkan nasi dan garam secukup rata.

Akhir sekali masukkan kobis dan bunga kantan. Siap!

You Might Also Like

16 comments

  1. Wow mengancam betul laaa nasi grg ikan bunga kantan..nampak sedapp tuu..mintak la sikitt

    ReplyDelete
  2. SA suka nasi goreng yang ada hirisan bunga kantan..wangi jerk dan sedap kan....

    ReplyDelete
  3. tak pernah makan nasi goreng dengan bunga kantan. nampak macam sedap je. nak cuba la try resepi ni.

    ReplyDelete
  4. kak eny...awat nampak menyelerakan sgt ni....aiyoo terliur :D

    ReplyDelete
  5. argkhhhhhhhhhhh..........kena serang umah k.eny ni...

    ReplyDelete
  6. i likeee bunga kantan... yummy!!

    ReplyDelete
  7. mesti wangi semerbak harum bunga kantan tue.

    ReplyDelete
  8. sedapnye tengok.. (hanya mampu tengok jer). hehe

    ReplyDelete
  9. menarik sekali nampaknya deco nasi goreng ni ...
    bonde bagi 5 *****

    ReplyDelete
  10. bunga kantan tu kelihatan sangat manis seperti sedang menari-nari lagu Cinderella kat atas nasi goreng tu..

    *punya la fefeling princess... hahahahahaa...*

    ReplyDelete
  11. 1st time dengar nasi goreng letak bunga kantan..nak try la nanti

    ReplyDelete
  12. eny dengan resepi2nya yang awesome :)

    ReplyDelete
  13. order satu pinggan kak eny...
    mudah dan ringkas...

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com