Congo Bars

9:44 pm

Congo Bars ni sebenarnya macam Brownies je, cuma brownies tu ada campuran serbuk koko atau coklat yang diadunkan sekali didalam. Tetapi Congo Bars ni, hanya dimasukkan coklat cip, chocolate chunks (kepingan coklat) atau coklat rice. Mat salleh kita panggil ni Blondie. Sebab warna dia perang heheheh..

P3181440ed

Macam rasa Brownies juga rasanya, lembut berlemak tetapi dia kurang gebu dan spongy macam kek biasa. tetapi sedap sebab ada kekacang yang dicampurkan sekali dalam adunan congo bars.

P3181455ed

Disebabkan saya tak plan pun nak buat congo bar, saya cuma pakai bahan apa yang ada di dapur saya. Ada almond flakes, chocolate rice yang tak pernah habis dan butter :) Cukup lah. Jadi saya tak lah gaulkan chocolate rice kedalam adunan sebab chocolate rice ni cepat cair ;).

Cuma resepi congo bars ni agak manis, jadi saya kurangkan banyak juga gula perang tu. Kalau pakai gula biasa mesti lagi manis.

P3181472ed

Resepi Congo Bars atau Blondies
Sumber Selera Sakura

Bahan-bahan:
315 gm tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter
320 gm gula perang - saya pakai 200gm sahaja
3 biji telur gred A- atau 4 biji Gred B
1 sudu kecil esen vanila
250 gm chocolate chips - Tak pakai
1 cawan  kepingan badam atau sebarang kekacang - Simpan sedikit untuk tabur diatas
Chocolate rice atau choclate chips untuk tabur diatas

Cara:
Ayak tepung, baking powder dan garam dalam bekas besar dan ketepikan.

Dalam bekas lain campurkan gula perang bersama mentega dan kacau rata sehingga butter melarut.

Masukkan telur sebiji demi sebiji dan putar sebati.
Masukkan esen vanila.

Masukkan tepung, baking powder dan garam yang telah diayak dan kacau rata menggunakan spatula. Akhir sekali masukkan chocolate chips dan kekacang dan gaul sempurna. - Saya tak pakai choclate chips. Jadi cuma masuk badam sahaja.

Tuangkan adunan kedalam tin pembakar ukuran 13 X 9 yang telah digris dgn butter dan dialas dgn kertas minyak.

Ratakan permukan adunan dan taburkan kepingan badam dan chocolate rice  jika suka sebagai hiasan.
Bakar pada suhu 170 C selama lebih kurang 30 minit atau sehingga permukaan atasnyer kuning keemasan. Jangan terlebih bakar.

You Might Also Like

15 comments

  1. wahh a lil bit diff with the recipe yang saya guna untuk buat congo bars ehehhee. nampak sedap tuu :p kecur air liur hehehe

    ReplyDelete
  2. tengok gambar pun dah kecur air liur

    ReplyDelete
  3. amboi..... sedapnya tengok! Nanti Nina nak try Eny.. Nina simpan dalam gobok dulu resepinya~
    Thanks Eny

    ReplyDelete
  4. erm.. gambar pun dah nampak sedap.. nyum :)~

    ReplyDelete
  5. welcome to #exchangefeedgroup , salam singgah... menariknya lah hai gambar makanan kat sini...

    ReplyDelete
  6. sedapnya.... hehe Ainaa bls singgah dari #groupEFG

    ReplyDelete
  7. Terliur melihat gambar-gambar dari Kak Eny ni. Nasiblah dah kenyang. Ngeh!

    ReplyDelete
  8. sedapnya la tengok gambo ni..mana nak cari ni, nk buat mmg tak ler..huhu

    ReplyDelete
  9. menarik nih....leh cuba nnti...hihihi

    ReplyDelete
  10. ana baru dpt merasa congo bars ni masa p training baru ni mmber tapaw. gila sedap! hehe

    ReplyDelete
  11. Waa..sedap. Nak cuba isteri masakkan resepi ni..;)

    ReplyDelete

Kongsi Resepi

Networkedblog

backlinks

babap

SEO

SEO Reports for enyabdullah.com